Hitachi Memenuhi Keperluan Lestari

Kuala Lumpur– Menyedari hakikat bahawa rumah kediaman adalah pelaburan yang terbaik, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn. Berhad. (Hitachi) memperkenalkan siri peralatan rumah yang bukan sahaja bersifat pintar dan mesra alam tetapi turut mencetus sentuhan kemewahan.

IMG20160309154039Image 1“Berbangga dengan sejarahnya dalam pengeluaran peralatan elektronik berkualiti selama ini, Hitachi telah membina reputasi mencipta rangkaian produk mesra alam yang terulung. Rangkaian peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara, pembersih vakum, penulen udara, periuk nasi dan ketuhar gelombang mikro yang diperkenalkan hari ini tidak terkecuali. Kesemuanya memperlihatkan gandingan sempurna antara inovasi dan kualiti untuk anda dan rumah anda. Produk kami ini direka berlandaskan teknologi asal Hitachi yang kami percaya akan menyumbang kepada masyarakat menerusi teknologi terkini, dengan matlamat menyenangkan dan menambah baik kualiti kehidupan pengguna kami.” -Toshinori Kaneko, Pengarah Urusan, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad.

Peti Sejuk Pembeku Bawah Perancis Hitachi yang Bertaraf Dunia (R-WB850P5M)R-WB850P5M French Bottom Freezer

  • Direka untuk memberi penjimatan tenaga yang hebat, Peti Sejuk Pembeku Bawah Perancis bergaya ini dilengkapi dengan ciri Inverter (Penyongsang), Pendinginan Dwikipas Hitachi serta Panel Penebat Vakum (VIP) untuk memastikan makanan dan minuman disimpan pada suhu dingin yang konsisten dengan tahap kesegaran optimum.
  • Bersiap sedia untuk meraikan lebih banyak majlis kerana Ruang Peti Sejuk Mudah Dilihat menyediakan kapasiti amat besar dengan bahagian dalam lebih lebar membolehkan anda menyimpan pinggan hidangan dan bekas besar jika ada baki makanan.
  • Kekalkan kesegaran sayur-sayuran sehingga 7 hari dengan Ruang Sayuran Aero-care yang mengawal udara dan suhu sekeliling dan meningkatkan kepekatan karbon dioksida dengan pemangkin platinum untuk melambatkan proses respirasi.
  • Satu ciri yang menyenangkan pengguna ialah Pembuat Ais Mudah Putar yang terletak pada pintu ruang pembeku yang memudahkan anda membuat dan mengeluarkan ais sambil menyediakan lebih banyak ruang simpanan. Ketinggiannya yang mesra pengguna membolehkan anda mencapai makanan dan minuman kegemaran anda dengan mudah manakala
  • Pemegang Bantuan Buka memudahkan anda membuka peti sejuk dengan daya minima serta ruangan yang besar untuk penyimpanan sayur-sayuran dalam kuantiti yang besar.

Disediakan dalam warna Kelabu Gradiasi (XGR) dan Hitam Kaca (GBK), Hitachi juga menawarkan waranti pemampat 10 tahun untuk semua siri inverter dengan ciri pintar dan menjimatkan tenaga.

Peti Sejuk Siri E Hitachi Buatan Jepun Mentakrifkan Semula Maksud Kesegaran (R-E6800M)

  • Menampilkan reka bentuk dan teknologi Jepun yang tiada bandingan, antara ciri menariknya termasuk teknologi ciptaan sendiri Hitachi seperti teknologi Pengekalan Vakum dengan pengawetan Fotokatalis dan Kaset Segar Antioksidan yang memastikan daging, ikan dan produk tenusu kekal dingin dan segar dan selain itu, Ruangan Sayur Aero-care inovatif mewujudkan suasana optimum untuk mengekalkan kesegaran dan nutrien dalam sayur-sayuran, lantas membolehkan anda menyediakan sajian yang menyelerakan untuk anda seisi keluarga.
  • Siri ini juga menyediakan ciri Penyongsang dan Pendinginan Dwikipas yang memberi anda penjimatan konsisten.
  • Sambil Hitachi terus merintis inisiatif hijau, teknologi unik Hitachi seperti Pendinginan Kitar Fros dengan Nyahbeku Hibrid dan Panel Penebatan Vakum (VIP) fleksibel mengurangkan penggunaan tenaga isi rumah tahunan anda secara berkesan dengan meningkatkan kecekapan pendinginan peti sejuk untuk menjimatkan lebih tenaga.
  • Dengan hanya satu sentuhan, pintu dan laci peti sejuk dibuka secara automatik dengan teknologi Pintu dan Laci Automatik Original Hitachi walaupun dalam keadaan muatan penuh.

Disediakan dalam empat warna; Cermin Kristal (X), Hitam Kristal (XT), Perang Kristal (XK) dan Putih Krisal (XW), rangkaian peti sejuk Hitachi dengan Pengawal Skrin Sentuh ini telah dirangka dengan sempurna untuk menjadikan konsep rumah pintar satu kenyataan. Sebagai jaminan lanjut dan komitmen untuk menawarkan produk bermutu tinggi, Hitachi menawarkan waranti pemampat 10 tahun untuk siri peti sejuk ini.

Memanfaatkan Kuasa Air dengan Mesin Basuh Hitachi Basuhan Ultra Aliran (SF-240XWV)

  • Siri mesin basuh mesra alam Hitachi memanfaatkan kuasa air menerusi teknologi Basuhan Ultra Aliran. Mesin basuh ini menghasilkan aliran air bertenaga yang menanggalkan kotoran di samping mengurangkan penggunaan air.
  • Dengan kapasiti antara 18kg hingga 24kg, muatan terbesar membolehkan pencucian pakaian yang tebal dan besar seperti langsir dan sarung sofa dalam keselesaan rumah sendiri tanpa perlu risau akan pembaziran air.
  • Model SF-240XWV yang terbaru boleh menampung basuhan sehingga 24kg sekali gus, menjimatkan tenaga, air dan masa berbanding dengan pembasuhan dua muatan 12kg dengan model 12 kg biasa.
  • Selain daripada kapasitinya yang lebih besar, Inverter Kuasa siri mesin basuh Hitachi ini juga memberikan lebih kawalan terhadap putaran tab dan pendenyut yang dilaraskan dengan jitu untuk penjimatan tenaga optimum mengikut muatan kecil mahupun besar.
  • Siri mesin basuh Hitachi yang berprestasi tinggi ini juga dilengkapi dengan Sensor Eko 3 Langkah, yang mengesan dalam tiga langkah penetapan paling optimum dengan menentukan jumlah cucian dan jenis kain. Hasil pengesanan jitu memastikan tiada pembaziran masa, elektrik dan air.
  • Program lain termasuk mod Program Basuhan Pintar, Kawalan Kuasa Air, Pancuran Tambahan, Pilihan Memori, Cucian Tanpa Kusut dan 11 program basuhan untuk semua keperluan cucian anda.
  • Mesin Basuh Basuhan Ultra Aliran juga dilengkapi fungsi pembersihan automatik yang berkesan mencegah bakteria dan kulat, dan telah dianugerahkan Kelulusan Allergy UK sebagai pengiktirafan terhadap keupayaannya mengurangkan atau menyingkirkan alergen.

Berbekalkan komitmen untuk mengeluarkan produk berkualiti, Hitachi dengan yakin menawarkan waranti motor 10 tahun untuk siri mesin basuh ini. Pengguna juga boleh memilih Siri Basuhan Kibasan Berkilau yang disediakan dengan muatan 13-16kg.

Penyaman Udara Tidur Lena Dengan Kamera Suasana Yang Boleh ‘Melihat’ (RAS-VX10CF)

Continue reading “Hitachi Memenuhi Keperluan Lestari”

Membongkar Rahsia di Sebalik Kopi Alicafe Bersama FBI

IMG_0002Kuala Lumpur: Jenama kopi Tongkat Ali dan Ginseng pracampur no.1 Malaysia, Power Root Marketing Sdn Bhd mendedahkan rahsia terbesar kopi tersohor mereka iaitu Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng.

Pendedahan pertama adalah dengan memperkenalkan duta baharu Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng iaitu Faizal  Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI. Selebriti terkemuka tanahair itu kemudiannya berkongsi pengalaman beliau tentang bagaimana beliau memperolehi faedah daripada hanya meminum kopi Tongkat Ali dan Ginseng.

IMG_0001“Ya, memang saya penggemar kopi. Malah, saya telah cuba pelbagai jenis kopi kerana saya beranggapan kesemua kopi adalah sama. Namun, jauh panggang dari bara. Bila saya mula mencuba kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini, saya dapati khasiatnya memang luar biasa. Maksud saya, walaupun ia hanyalah secawan kopi, tetapi setelah saya minum kopi ini, saya dapat rasakan perbezaannya. Saya lebih bertenaga dan lebih fokus. Bukan sahaja di siang hari, malah sehingga ke malam. Di situlah saya tahu yang kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini memang kopi luar biasa dan tiada kopi 3-dalam-1 setandingnya. Sejak daripada itu, saya tidak akan mulakan hari saya tanpanya. Jadi, itulah rahsia yang saya ingin kongsikan kepada semua.” – FAIZAL BIN ISMAIL, Duta Alicafe

Beliau menceritakan bahawa beliau merupakan penggemar kopi dan telah mencuba pelbagai jenis kopi 3-dalam-1 selama ini. Pada Faizal, semua kopi adalah sama sehinggalah beliau mencuba kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng

IMG_7972Faizal kemudian mendedahkan bahawa penglibatannya sebagai duta Alicafe bukanlah rahsia yang sebenarnya. Sebaliknya, beliau menerangkan mengapa kopi Tongkat Ali dan Ginseng itu bukan sekadar kopi biasa.

Oleh kerana kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng merupakan kopi pracampur 5-dalam-1, kopi ini mengandungi dua bahan tambahan yang menakjubkan. Selain daripada menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi, ia juga mengandungi Tongkat Ali dan juga Ginseng. Kedua-dua bahan ini merupakan pemangkin kepada khasiat yang luar biasa. Tongkat Ali dapat membantu meningkatkan tenaga secara keseluruhan dan dapat membantu mengekalkan fokus minda. Ginseng pula merupakan bahan antioksidan, dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif dan menguatkan tubuh supaya dapat menentang serangan penyakit. Menurut Faizal, itulah yang membezakan kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng daripada kopi lain diluar sana.

Rahsia disebalik kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng adalah pada khasiatnya. Ia dapat membantu kita mengharungi cabaran harian dengan lebih baik dengan kebaikannya. Berikut adalah kebaikkannya:

Setelah berkongsi faedah kopi Tongkat Ali dan Ginseng. Faizal mempersembahkan dua rakaman iklan TV dan radio terbaru dari Alicafe dan juga memperkenalkan slogan baharu mereka iaitu “Secawan Khasiat.Setiap Kali”.

Continue reading “Membongkar Rahsia di Sebalik Kopi Alicafe Bersama FBI”

Scarf Machine, Kiosk Tudung Aidijuma Bergerak Untuk Mereka di Luar KL

IMG20160305161815Kuala Lumpur- Sebut sahaja Tudung Bawal Aidijuma, kaum wanita yang berhijab terutamanya pasti teruja mengenai koleksi tudung bawal yang mula perkenalkan di pasaran pada 2011 oleh pemiliknya, Datin Norjuma Habib Mohamed.

Diletakkan di bawah syarikat Colors Addiction Sdn Bhd, ia dipromosikan dengan jenama “BawalScarf by Aidijuma”. Kelainan Tudung Bawal Aidijuma ini adalah ia menawarkan tudung bawal bercorak dengan label berlainan seperti Blue Label, Black Label, White Label, Red Label, Green Label dan Pink Label. Harganya yang murah menjadikannya tudung bawal yang mampu dimiliki oleh semua orang.

Baru-baru ini telah diadakan majlis pelancaran dan pengenalan kepada Scarf Machine Aidijuma di pusat beli-belah The Curve. Scarf Machine ini adalah lori yang berfungsi seperti kiosk bergerak yang menjual koleksi tudung bawal ke seluruh Malaysia dengan destinasi pertama bermula di Kedah.

IMG20160305164043Majlis bersejarah itu dihadiri oleh ratusan peminat Aidijuma dan wakil jualannya. Majlis bertambah seri dengan kehadiran penyanyi pujaan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza yang turut menghiburkan semua yang hadir dengan 2 buah lagu.

IMG_1189Sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu pada Tudung Bawal Aidijuma, pihak Aidijuma telah memberi tudung bawal PERCUMA kepada setiap yang hadir malah telah bermurah hati memberi tiket penerbangan ke Paris untuk 25 orang wakil Reseller Aidijuma yang berjaya dalam kempen jualan Aidijuma.

Apa pun, syabas kepada Colors Addicition yang bakal membuka Concept Store Aidijuma ke-20 di Putrajaya dan  ke-21 di Lot 10.