Petaling Jaya– Mondelēz Malaysia yang merupakan sebahagian daripada Mondelēz International, pengeluar konfeksi terbesar dunia melancarkan produk terbaru dari jenama Cadbury, iaitu bar coklat Cadbury 5 Star.
Produk ini menjanjikan kombinasi rasa dan tekstur yang cukup hebat dengan setiap bar mengandungi teras coklat lembut bersama bebola biskut rangup serta disalut dengan lapisan coklat susu Cadbury dan karamel.
“Kita sedia maklum coklat umumnya sering menjadikan ramai gembira dan Cadbury
5 Star diilhamkan berdasarkan inspirasi citarasa konsumer generasi baru yang didapati lebih menggemari produk makanan berperisa manis, rangup dan lembut dalam satu pek.”-Ben Summons, Pengarah Kategori Coklat Mondelēz International bagi wilayah Asia Tenggara
Cadbury 5 Star telah dilancar buat pertama kalinya di India dan setelah hampir 47 tahun ia masih kekal sebagai pilihan pengguna. Sejajar dengan reputasi bar coklat keluaran Cadbury ini, ia turut menikmati kejayaan yang sama di Brazil selepas pelancarannya di sana baru-baru ini.
Tambah Ben lagi, “Kami mencatat kejayaan memberansangkan dengan Cadbury 5 Star di negara-negara lain dan berbekalkan kajian dan penelitian yang telah dijalankan, kami yakin warga Malaysia akan jatuh cinta dengan Cadbury 5 Star.
“Sebagai pendahulu kategori, kami sentiasa menumpukan usaha inovasi dan memperkembang portfolio produk. Selain menawarkan pelbagai jenis produk dan perisa baru, kami percaya pelancaran Cadbury 5 Star adalah selaras dengan strategi untuk mengambil kesempatan dari peluang baru yang dikenalpasti dalam segmen bar coklat yang bersifat impuls yang semakin meningkat, sekaligus memantapkan lagi kedudukan Mondelēz Malaysia dalam kategori coklat.”
Cabaran #YOUTHINKYOUCAN
Sempena meraikan ketibaan Cadbury 5 Star di Malaysia, 3 personaliti muda tempatan iaitu Ho Ming Han (dari saluran YouTube, The Ming Thing), Ardell Aryana (pelakon) dan Nabil Ifwat (atau dikenali sebagai Kyopropaganda) tampil bersama dalam suatu misi cabaran yang merangkumi beberapa aksi luar biasa yang menghiburkansambil merasakan sendiri nikmat sensasi yang diberikan dari setiap kunyahan Cadbury 5 Star.
Misi yang dinamakan #YOUTHINKYOUCAN ini menggambarkan detik-detik keceriaan dan kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang terlintas dan melupakan seketika batasan tertentu untukdinikmati sekali-sekala.
Para personaliti yang penuh bertenaga ini berganding degan bakat dari Filipina, termasuk pelakon-VJ Robi Domingo, penyanyi dan pelakon Alex Diaz dan sensasi blog gaya hidup Arisse de Santos untuk sesi pembikinan video tanpa skrip dalam usaha memenuhi misi #YOUTHINKYOUCAN.
Bertempat di Sunway Lagoon Beach, mereka melakukan penggambaran dengan melakukan beberapa adegan luar biasa yang diilhamkan daripada aksi jenaka Malaysia dan Filipina, seperti ‘bermain hula-hoop dalam pakaian durian’, ‘moon-walking ke depan kelas’ dan ‘menakutkan karakter-karakter seram di rumah berhantu’.
Harga & Pek
• Cadbury 5 Star terdapat dalam tiga pek:
‒ 45g (Harga Runcit yang disyorkan RM2.90)
‒ 150g (10 bar x 15g) pek kongsi (Harga Runcit yang disyorkan RM9.90)
‒ 15g (Harga Runcit yang disyorkan RM1.00)
Dua pilihan pertama boleh didapati di semua pasar raya besar utama, pasar raya dan kedai-kedai runcit, manakala pilihan ketiga boleh dibeli di kedai bekalan runcit di seluruh negara bermula Mei 2016. Pastikan anda mencuba Cadbury 5 Star!
• Setiap pek Cadbury 5 Star mempunyai satu soalan cabaran #YOUTHINKYOUCAN yang dicetak pada bahagian dalam bungkusan. Penggemar coklat boleh membuka bungkusan, mengunyah dan mencuba aksi cabaran seperti yang tertera atau gunakan sebagai idea untuk majlis keraian.
Continue reading “Mondelez Malaysia Perkenal Bar Coklat Cadbury 5 Star”