Kurus dan Lebih Pesona Dengan Per’l Xlim

IMG_5837Kuala Lumpur-Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Power Root telah menjadi pengeluar dan pengedar terkemuka minuman berkualiti tinggi seperti Siri Alicafé, Siri Per’l, Alitea, Extra Power Root, Oligo dan 9spot yang sesuai untuk semua golongan peringkat umur.

Selain itu, Power Root juga telah melancarkan rangkaian pelangsingan badan di bawah jenama Per’l Xlim semenjak bulan Mei 2014 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna memandangkan ia adalah rangkaian minuman yang khusus untuk menurunkan berat badan, khasnya bagi mereka yang selepas bersalin dan yang mahu mengawal diet.

Per’l Xlim amat memahami dilema wanita hari ini yang sibuk dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga. Kekurangan masa menyukarkan mereka untuk mengamalkan diet yang sihat serta melakukan senaman. Oleh itu, Per’l Xlim telah diformulasikan khusus untuk membantu wanita menurunkan berat badan sekaligus menjaga kesihatan mereka.

IMG_8478 - Copy

Per’l Xlim diperkaya dengan Biji Kopi Hijau dan Kacang Ginjal Putih yang membantu penurunan berat badan. Biji Kopi Hijau berfungsi sebagai agen pembakaran lemak yang mampu mengawal penyerapan lemak ke dalam badan, sekaligus mengurangkan pengambilan kalori. Ianya juga mampu meningkatkan metabolisme dan membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Sementara Kacang Ginjal Putih berfungsi sebagai agen penyahtoksin yang kaya dengan serat untuk membantu penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit. Ianya juga mampu mengelakkan karbohidrat daripada menjadi gula dalam badan yang lazimnya menjadi lemak! Dan paling istimewa sekali kacang ginjal putih akan membuat anda rasa kenyang dengan lebih lama dan anda tidak akan mengidamkan makanan lain sepanjang tempoh itu.

Tapi keajaiban Per’l Xlim tidak berhenti di situ sahaja. Melalui kajian yang dijalankan, selain dari mengurangkan berat badan, wanita hari ini mahu menjaga kecantikan mereka dalaman dan luaran. Per’l Xlim juga mengandungi Kacip Fatimah yang membantu mengekalkan kesihatan dalaman wanita. Mengikut petua tradisional, Kacip Fatimah dapat membantu melewatkan proses penuaan, membantu mengembalikan kecergasan, membantu menyeimbangkan hormon, dan juga membantu mengukuhkan struktur tulang. Per’l Xlim juga diperkayakan dengan Kolagen untuk membantu mencantik, melembut dan menganjalkan kulit agar tidak kendur atau gelebeh bersesuaian dengan penampilan baru anda.

Kenapa memilih Per’l Xlim?

  •  Lebih berbaloi dengan harganya yang berpatutan dan tidak semahal produk-produk pelangsingan yang lain
  • Tidak ada kesan sampingan
  • Bebas merkuri
  • Cara yang lebih mudah dan lembut untuk menyahtoksin badan, tidak akan menyebabkan cirit-birit
  •  Cara pengambilan yang senang
  • Rasanya sedap

Per’l Xlim terdapat dalam dua perisa, iaitu perisa kopi dan juga perisa coklat. Golongan wanita boleh menikmati rasa enak minuman kopi dan coklat dan pada masa yang sama boleh mengurangkan berat badan!

Cara untuk minum Per’l Xlim adalah amat mudah, 1 hari, 2 uncang, 30 minit sebelum sarapan dan makan tengah hari, untuk 30 hari berterusan dan anda boleh berhenti diet dan masih boleh memiliki bentuk badan idaman anda dan terus tampil mempesona.
Continue reading “Kurus dan Lebih Pesona Dengan Per’l Xlim”