SAFI Perkenal 3 Produk Baru Formulasi DUO EMAS 24K & Lancar Muzik Video Safi Bersama Aizat Aiman

Raniaku 10
Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya.

Berkongsi perasaan indah antara dua jiwa, SAFI jenama Halal no.1 Malaysia berbangga melancarkan Muzik Video Raniaku, dengan kerjasama penyanyi terkenal Aizat Amdan dan pengarah muzik video En Nan Salleh.

“Penghasilan Muzik Video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu diperkenalkan. Kami ingin meyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.”-Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy

Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama bernama Rania di dalam muzik video itu, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, satu masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman, lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman.

Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.

Penggambaran muzik video yang dijalankan di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.

Menurut Konsultan SAFI,  Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”

Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku, SAFI turut memperkenalkan tiga produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu:

1) Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml, pada harga RM32.50
2) Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml, pada harga RM 36.90
3) Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold, 75ml pada harga RM 32.50

Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.

Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk terbaru dari SAFI.

“Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!”

Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

SUNSILK Perkenal 8 Syampu Berwajah Baru

Image 1

Kuala Lumpur – Sunsilk melancarkan semula Lapan (8) varian utama produk penjagaan rambutnya dengan memperkenalkan formula dan rupa bentuk yang terbaru.

Dari luar, rangkaian produk penjagaan rambut yang berwajah baru tampak lebih menarik dan segar manakala kandungan formula didalamnya ditambah baik dan memberi kesan lebih menakjubkan.

“Sebagai jenama syampu dan perapi rambut nombor 1* di Semenanjung Malaysia, Sunsilk memikul tanggungjawabnya sendiri; dan komitmen kami adalah untuk sentiasa mencipta inovasi dan membawakan produk penjagaan rambut yang terbaik untuk pengguna kami. Kami sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan mereka. Kami sedar bahawa sudah tiba masanya untuk kami menaik taraf pembungkusan Sunsilk dan memperkukuh formula produk kami dengan teknologi terbaru bagi membolehkan kami terus menjadi rakan penjagaan rambut yang diyakini gadis-gadis Sunsilk kami.”-Vincent Chong, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd

Formula inovatif Sunsilk telah diperkukuh untuk memberi penyelesaian penjagaan rambut yang terbaik. Ditambah baik dengan teknologi terkini, lapan (8) varian jenama telah diperkaya dengan protein, vitamin dan minyak semula jadi yang berkhasiat dan berkesan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut yang berlainan.

Setiap varian telah dicipta semula bersama barisan pakar penjagaan rambut yang terkenal, iaitu Yuko Yamashita, Dr. Francesca Fusco, Thomas Taw dan Jamal Hammadi untuk memastikan penjagaan terbaik untuk semua jenis rambut – sama ada lurus, kering, rosak, atau berhijab.

“Sunsilk sedar bahawa bukan mudah untuk memiliki rambut yang sihat dan cantik menawan – lebih-lebih lagi pada hari yang sibuk, dengan kekangan masa dan cuaca panas dan lembap di Malaysia sepanjang tahun. Keperluan dan kepentingan pengguna sentiasa menjadi keutamaan jenama kami, dan kami berusaha dan untuk membantu gadis-gadis kami memiliki rambut yang cantik menawan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Dengan rangkaian lapan (8) produk penjagaan rambut berwajah baru yang lebih segar, kami berharap untuk memperkasakan gadis-gadis bagi membolehkan mereka mencapai impian, dengan rambut yang menawan dan menyerlahkan keyakinan.” -Phoenix Ho, Pengurus Kanan Jenama Sunsilk, Kategori Penjagaan Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Lagu Persaudaraan Sunsilk, berjudul Sisters Forever, juga telah dipersembahkan di majlis pelancaran, buat pertama kali, oleh empat bintang Malaysia yang sedang mencipta nama, iaitu Najwa Latif, Daiyan Trisha, Lizz Chloe dan Jestinna Kuan.

Sisters Forever merupakan cara jenama memperkasakan anak-anak gadis dengan lagu yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan rapat. Lagu ini membuka lembaran baru dalam sejarah jenama, di mana Sunsilk mewujudkan komuniti Sunsilk ‘sisters’ untuk menggalakkan anak-anak gadis menulis cerita mereka sendiri. Sunsilk bukan sekadar menekankan kepentingan komuniti anak-anak gadis Sunsilk – menyokong dan memberi semangat kepada satu sama lain – tetapi juga memperlihatkan rambut menawan yang menyerlahkan keyakinan mereka akan memperkasakan mereka menjadi yang terbaik.

Sisters Forever boleh dimuat turun di laman mikro Sunsilk Hair Malaysia di http://www.sunsilkhairmalaysia.my/sistersforever/sunsilk-anthem.

Continue reading “SUNSILK Perkenal 8 Syampu Berwajah Baru”

Aiskrim LA CREMERIA Kini Dalam Saiz Pain Baharu

Treat your taste buds to LA CREMERIA Luscious Mango Sensation!
Petaling Jaya – LA CREMERIA®, jenama aiskrim premium dari Nestlé Ice Cream, memperkenalkan 2 (dua) perisa unik baharu iaitu, Luscious Mango Sensation dan Caramelized Macchiato Surprise dalam bentuk 750ml pain.

Luscious Mango Sensation adalah aiskrim berperisa mangga berkrim yang diilhamkan oleh mangga Alphonso yang bermutu tinggi. Setiap sudu dipenuhi dengan ketulan-ketulan mangga yang pasti akan meninggalkan sensasi lazat dalam mulut.

Bagi penggemar kopi pula, bolehlah merasai Caramelized Macchiato Surprise LA CREMERIA® yang menggabungkan aiskrim berperisa kopi, cebisan biskut serta sos karamel masin. Nikmatilah rasa kopi Robusta dan Arabica yang terbaik serta sos karamel masin yang tersendiri dalam setiap sudu – ia pasti akan memberi satu kejutan yang memberansangkan kepada deria seseorang.

Selain daripada dua perisa baharu tersebut, trio asal aiskrim LA CREMERIA® termasuk Almond Pecan Passion, Vanilla Cashew Delight dan Hazelnut Chocolate Fantasy – setiap pilihan memiliki keunikan tersendiri terutamanya tekstur aiskrim yang kaya dan berkrim sememangnya akan menjamin kepuasan di kalangan pengguna.

Selaras dengan slogan jenama LA CREMERIA® iaitu, “The World Can Wait™” yang menekankan kepentingan seseorang meluangkan masa untuk menikmati detik-detik kecil dalam kehidupan, aiskrim LA CREMERIA® dihasilkan untuk memberi pengalaman yang penuh dengan rasa kepuasan di mana detik-detik peribadi bersama aiskrim menjangkaui segala-galanya. Ini adalah hasil daripada pemilihan bahan-bahan bermutu tinggi dari sumber-sumber yang berlainan di seluruh pelusuk dunia serta kemahiran yang teliti dalam proses menghasilkan perisa yang enak untuk para penggemar aiskrim.

“Kami begitu teruja untuk menawarkan kepada pengguna perisa baharu kami iaitu Luscious Mango Sensation dan Caramelized Macchiato Surprise. Berpegang teguh kepada kenyataan produk LA CREMERIA® yang berkualiti tinggi, pengguna benar-benar boleh mengharapkan yang terbaik daripada aiskrim kita. Dengan dua perisa baharu kita, ia memberi pengguna lebih alasan untuk menangguhkan segala-galanya buat seketika dan hanya menikmati aiskrim LA CREMERIA® dengan sepuasnya.” Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Yit Woon Lai.

Seiring dengan pengenalan perisa baharu, LA CREMERIA® turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan bentuk yang bersaiz 750ml untuk rangkaian pain mereka. Saiz baharu ini memberi keterujaan kepada cara pengguna menikmati aiskrim mereka iaitu dengan menjadikan aiskrim tersebut lebih peribadi dan dimakan dengan lebih mudah.

Mengulas mengenai saiz baharu, Yit berkata “Aiskrim benar-benar menggembirakan hati kita. Kami terlampau leka dengan kesibukan harian, jadi kami patut meluangkan masa untuk menikmati detik-detik indah yang kecil dan menghargai kehidupan. Kami mahu pengguna untuk ‘berhenti’ seketika dalam kehidupan agar dapat menikmati detik-detik baik yang besar ataupun kecil termasuk menikmati LA CREMERIA® terus daripada pain tanpa sebarang kerunsingan.”

Perisa baharu LA CREMERIA® akan didapati di pasaran bersama trio asal perisa berikut dalam bentuk pain baharu:
• Almond Pecan Passion – campuran aiskrim perisa pekan dan badam panggang rangup dengan sos coklat

• Vanilla Cashew Delight – aiskrim perisa vanila yang ditaburi dengan kacang gajus, cip coklat dan sos coklat

• Hazelnut Chocolate Fantasy – gabungan aiskrim perisa vanila dan coklat yang kaya dengan kacang panggang dan pes kacang hazel yang enak

Setiap pain LA CREMERIA® dijual pada harga RM12.80 dan boleh didapati di pasar raya hyper dan super di seluruh negara mulai 1 Julai 2016.

Bersempena dengan pelancaran ini, LA CREMERIA® juga menjalankan kempen berinteraksi dalam laman web Facebook di mana para peminat berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah khas yang diilhamkan oleh perisa LA CREMERIA® kegemaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook.com/NestleLaCremeria.

TP-LINK Perkenal Telefon Pintar Neffos C5 Max

Image 2 - (L to R) Martin Zhu of Neffos_ Hugo Cai of TP-LINK Distribution Sdn. Bhd._ Robert Hu of Neffos_  Henry Ho of 11street and CM Loo of ECS AstarPetaling Jaya- TP-LINK, penyedia rangkaian Wi-Fi terbesar global memperkenalkan siri telefon Neffos C5 terbaru, iaitu Neffos C5 Max pada wakil media dan penulis blog di Talent Lounge baru-baru ini.

“TP-LINK mula memasuki pasaran telefon pintar pada Mac lalu apabila kami memperkenalkan Neffos C5 dan C5L. Kedua-dua model ini mendapat sambutan yang menggalakkan sejak ia diperkenalkan maka kami mengambil peluang untukmemperkenal rangkaian siri C5 yang terbaru, C5 Max. Banyak kelebihan, telefon terbaru ini mampu memenuhi kehendak pengguna dan gaya hidup mereka.

Dengan pelancaran Neffis C5 Max ini, kami memperkenalkan telefon yang lebih berkuasa, mempunyai paparan crystal-clear, kamera depan dan belakang yang ditingkatkan megapikselnya dan prosesan yang lebih powerful. Neffos C5 Max ini memberi lebih banyak kelebihan bagi pengguna yang inginkan kelainan dalam telefon pintar.”Hugo Cai, Country Manager TP-LINK Distribution Sdn Bhd.

TP-LINK telah bekerjasama dengan 11street,  salah satu pusat beli-belah dalam talian yang terkenal sebagai salah satu strategi penjualannya secara besar-besaran untuk pasaran tempatan. Bermula dari 28 Jun sehingga Okt ini, 11street akan menjual rangkaian siri ini pada orang ramai dengan harga yang berpatutan selaras dengan falsafahnya “Smart & Simple”.

“Kami menyukai rekaan Neffos C5 MAx ini kerana setiap reka bentuk sesuai dengan gaya hidup pelanggan kami apatah lagi TP-LINK mempunyai passion yang sama seperti 11street iaitu simplicity & convenience, kami sentiasa berinovatif untuk meningkatkan ciri rekaan sama ada di laman web atau mobile untuk membantu pelanggan mendpaatkan barangan yang mereka sukai hanya melalui sentuhan jari. Dengan kerjasama ini, pelanggan kami dapat menjadi orang pertama yang dapat melihata telefon modern simplicity ini.”-Bruce Lim, Timbalan Presiden, Merchandising 11sttreet.

Ciri-ciri Neffos C5 Max

  • Paparan yang jelas melalui 5.5 inci Full HD (1920×1080) IPS Display dengan kualiti Crystal Clear. Dilengkapi dengan teknologi LCD, ia memaparkan paparan yang jelas dari sudut 178 darjah dengan kontras 1600:1.
  • Kuasa MTK MT6753 octa-core 1.3 GHz Cortex-A53 64bit Processsor dan ARM Mali-T720 MP3 GPU, memberi pengalaman mengguna telefon terbaik sama ada untuk kerja ataupun waktu santai. Ia juga dilengkapi dengan 16GB ROM dan 2GB RAM memudahkan pertukaran satu aplikasi ke aplikasi yang lain dengan pantas. Kuasa luarnya juga bertindak hebat sebagaimana dengan kehebatan dalamannya iaitu built-in Corning Gorilla Glass 2 yang kalis calar dan memudahkan sentuhan pada permukaannya.
  • kamera belakang 13MP mengambil gambar dengan jelas dan terang. Kamera F2.0 aperture dan Flash LED membantu gambar diambil dengan cantik meskipun pada persekitaran yang rendah pencahayaan. Kamera depan 5MP dengan lens luas memudahkan anda mengambil gambar secara selfie atau wefie tidak kira pada bila-bila masa.
  • Android 5.1 memudahkan operasi aplikasi dengan mudah dan pantas. Aplikasi Smart Screenshot misalnya memudahkan anda mengambil multiple screenshots dalam satu-satu masa, mengguna filter artisitik melalui Super Camera dan mengambil gambar potret yang sempurna mengguna mod Beauty Selfie.

Harga ditawarkan adalah RM699 dengan dua warna iaitu Pearl White dan Dark Grey. 50 pelanggan pertama 11street yang membeli Neffos C5 Max melalui http://www.11street.my akan menerima pembesar suara Bluetooth Groovi Ripple mudah alih bernilai RM159 secara percuma bermula 28 jun sehingga 10 Julai.

Untuk lebih lanjut, laayari http://www.neffos.com/