Pejam celik, pejam celik sudah tiga tahun Nu Sentral, pusat beli-belah berkonsepkan ‘transumer’ atau transit consumer yang pertama seumpamanya ini beroperasi di Kuala Lumpur.
Nu Sentral meraikan ulang tahun itu dengan mengadakan kolaborasi bersama 19 pengusaha outlet makanan di bawah pengurusannya yang terdiri daripada menu tempatan, Barat, Jepun, Korea, Cina dan fusion menyediakan hidangan secara percuma di outlet masing-masing kepada 30 wakil media serta penulis blog yang dijemput khas untuk majlis tersebut.
Bukan itu sahaja, Nu Sentral juga telah bekerjasama dengan Uber, menawarkan perkhidmatan penghantaran dua hala secara percuma kepada media yang terlibat.
Daripada 19 outlet tersebut, media berpeluang untuk mengunjungi antara 3 hingga 12 outlet bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 9.30 malam. Berkonsepkan santai, media boleh menikmati hidangan yang disediakan dengan relaks tanpa perlu tergesa-gesa.
Dengan mengguna paspot #nunomnomnom yang diberikan, setiap media perlu mendapatkan ‘cop setem’ daripada setiap outlet yang dikunjungi untuk menerima hadiah menarik berupa baucar membeli-belah Nu Sentral. Bagi setiap tiga outlet yang dikunjungi, media berpeluang membawa pulang baucar bernilai RM30. Sudahlah makan percuma sepanjang hari, ditambah lagi dapat membeli membeli-belah juga, secara percuma!
Meskipun nampak mudah, namun sukar menyelesaikan misi ala-ala Food Hunt ini kerana kekenyangan yang amat sangat. Manakan tidak, bukan satu juadah yang disediakan di setiap outlet, malah ada yang menyediakan tanpa had. Ambil sahaja yang diingini, syaratnya: semua harus dihabiskan di situ.
Berikut adalah antara outlet yang dikunjungi:
- Hoagies Hauz (L5.14)
Menawarkan makanan berkonsep ‘grab-and-go’.
Terkenal dengan hoagie bun yang enak, ia turut menawarkan hidangan Barat seperti Buttermilk Chicken Chop, Black Pepper Chicken Chop, Cheezy Melt Steak, Open Sesame sandwich dan Aloha Hawaiian Chicken. Ada antara set makanan ini datang dengan lemonade. - Milkshake Factory (L5.13)
Merupakan bar susu kocak pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan lebih daripada 21 pilihan.Antara menjadi pilihan Orea Mint milkshake, KitKat milkshake, Strawberry milkshake dan banyak lagi. Selain susu kocak, waffle, burger dan nacho boleh dibeli di sini.
- BUILT Custom Burgers (L4.10)
Selari dengan namanya, di sini pelanggan boleh memilih sendiri penyediaan burger yang dikehendaki mengikut langkah-langkah yang disediakan. Hanya nyatakan apa yang dikehendaki kepada petugas di kaunter dan mereka akan menyediakannya mengikut kesesuaian cita rasa pelanggan.
Di sini juga, burger disediakan dalam dua cara iaitu bersama roti ataupun diletakkan dalam mangkuk bersama salad. - Paddington House of Pancakes (L4.11)
Terletak bersebelahan BUILT Custom Burgers, ia menyajikan 100 pilihan pancakes daripada American Pancakes, Crepe France, Pannekoek Holland hinggalah kepada burger, wafer dan pasta.
- Sushi Tei (CC.06)
Dari Barat, beralih pula pada hidangan Jepun. Tiga hidangan enak disediakan iaitu Soft Shell Crab Salad dengan pilihan sos ‘in-house’, Maguro Lover dan Kirishima Set yang terdiri daripada 18 jenis sushi. - Secret Recipe (CC.05)
Memang terkenal dengan keenakan pemanis mulut seperti kek Oreo Cheese, Indulgence, Chocolate Odyssey dan Marble Cheese.Selain pemanis mulut, turut disediakan hidangan Spicy Seafood Spagetti, menu terbaru di Secret Recipe.
- La Juiceria (LG.44)
Istimewanya, jus-jus di sini dihasilkan mengguna bahan-bahan semula jadi dan segar tanpa tambahan bahan tiruan, warna tiruan dan perisa tiruan. Memang terkenal kerana keenakan jus kesihatan yang membantu menbuang toksin dalam badan. - La Cucur (LG.38)
Menyajikan pelbagai jenis kuih-muih dan hidangan tempatan seperti Nasi Tomato, Laksa, Mee Rebus dan banyak lagi yang menyelerakan. - Dolly Dim Sum (LG.43)
Set A: Har Gao & Yam Croquette Set C: Egg Castard Bun & Salad Prawn Dumpling Set B: Siew Mai & Dolly Mozza Roll - Teh Tarik Place (LG.32)
Menikmati hidangan petang di sini.Nasi Goreng dan Mee Goreng Mamak - PappaRich (GF.37)
- B. bap Korean Food (GF.08)
Antara yang menjadi tumpuan di Nu Sentral kerana ia menawarkan aneka hidangan Korea yang halal antaranya Dol Sot Bibimbap, Kimchi Jigae, Seafood Kimchi Pasta dan banyak lagi.

Dalam keletihan bercampur kekenyangan, penulis berjaya mendapatkan cop daripada 12 outlet dalam masa lapan jam. Memang puas menikmati hidangan enak di kesemua outlet di sini.

Jangan tunggu lagi.
Cubalah merasai hidangan yang rata-ratanya enak di Nu Sentral ini.
Anda digalakkan mengguna perkhidmatan UBER kerana banyak kelebihan menggunakannya antaranya menjimatkan masa mencari tempat parkir, dapat membeli-belah dalam tempoh masa yang lama kerana tidak perlu risau akan kos parkir dan tidak perlu tergesa-gesa untuk memandu balik kerana anda akan dihantar oleh pemandu sehingga ke hadapan rumah tidak kira apa jua masa sekalipun.