Nikmati Urutan Kelas Pertama di Rumah Dengan Hi5 Rental Plan GINTELL

Wah seronoknya kini mampu membeli kerusi urut mewah GINTELL melalui skim sewa Hi5 Rental Plan!

Bukan itu sahaja, malah tidak perlu pening kerana skim ini adalah tanpa had kredit dan tanpa sebarang faedah.

Hi5 Rental Plan ini membuka peluang kepada mereka yang ingin memiliki kerusi urut impian di rumah. Ia adalah skim pembayaran yang mudah dan fleksibel dengan matlamat untuk memperkasakan setiap individu daripada semua lapisan masyarakat untuk menjalani gaya hidup sihat dengan mudah.

“GINTELL Hi5 Rental Plan dirangka untuk memperbetul tanggapan ramai bahawa hanya golongan berpendapatan tinggi yang mampu membeli kerusi urut. Kami mahu setiap keluarga, tanpa mengira latar belakang kewangan mereka, untuk memiliki kerusi urut istimewa ini agar semua dapat menikmati kesihatan yang baik.”

Lazimnya, ramai yang percaya bahawa kerusi urut adalah satu produk mewah, dan kaedah yang biasa digunakan untuk membelinya adalah melalui bayaran tunai atau kad kredit (ansuran). Oleh itu, GINTELL mengambil inisiatif dengan menyediakan pelan sewa pembayaran mudah, agar kesihatan yang baik dapat dinikmati oleh semua.

Hi5 Rental Plan melibatkan pembayaran ansuran selama 36 bulan. Hanya dengan 5 langkah mudah dan 5 ganjaran hebat, impian untuk menikmati kesihatan yang unggul di rumah kini dapat direalisasikan oleh semua!

“5 ganjaran hebat termasuk hadiah percuma, waranti 3 tahun, tiada had kredit, tanpa sebarang faedah kad kredit dan pelan naik taraf fleksibel. Buat masa ini, pelan ini hanya boleh dinikmati untuk penyewaan kerusi urut dan sofa urut terpilih.”

Pelanggan pelan sewa juga boleh mendapat hadiah percuma seperti pelanggan lain. Walau bagaimanapun, pelanggan biasa hanya menikmati waranti 1 + 1, iaitu 2 tahun waranti. Tetapi di bawah pelan ini, pelanggan pelan sewa boleh menikmati waranti 3 tahun, yang bermaksud bahawa pelanggan tersebut tidak perlu menanggung sebarang kos untuk membaiki apa-apa kerosakan semula jadi semasa tempoh waranti, termasuk barang-barang ganti.

Sepanjang tempoh waranti, jika pelanggan menghadapi sebarang masalah berkaitan kerusi urut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan GINTELL dengan segera untuk mendapatkan bantuan teknikal secara percuma.

GINTELL memahami situasi pelanggan yang mungkin berhadapan isu had kredit. Pelan ini membolehkan mereka membayar pada kadar yang sangat rendah, kemudian menjelaskan baki bayaran dengan kad kredit atau kad debit (melalui ansuran 36 bulan).

“Apa yang penting ialah isu had kredit kini dapat diselesaikan dan tiada sebarang faedah kad kredit dikenakan. Selepas bayaran pendahuluan dijelaskan, ansuran bulanan akan dibuat melalui auto-debit setiap bulan. Pelanggan kini boleh menikmati urutan kelas pertama di rumah tanpa risau akan had kredit atau faedah kad kredit.”

Pada masa yang sama, selepas membayar keseluruhan jumlah sewa dan setelah tamat tempoh sewa 3 tahun, pelanggan hanya perlu membayar sejumlah token bernilai RM1 untuk membeli kerusi urut. Jika pelanggan ingin memiliki kerusi urut model baharu, sewaan boleh dilakukan untuk model baharu dengan diskaun istimewa, sebagai kelebihan daripada pelan naik taraf Hi5 yang fleksibel.

“Buat masa ini, pelan ini adalah terhad untuk model kerusi urut dan sofa tertentu. Pelanggan boleh membeli kerusi urut atau sofa urut mini yang selesa mengikut keperluan dan kemampuan, pada kadar sewa bulanan antara RM88 hingga RM388. Inilah yang membentuk prinsip utama Hi5 Rental Plan kami – bayar mudah, hidup selesa.”

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pusat pameran GINTELL sebanyak 111 buah kedai yang berdekatan anda di seluruh negara, atau layari laman web rasmi GINTELL http://www.gintell.com, atau hubungi talian khidmat pelanggan kami di 1800-88-6332 atau 03-6277 9333.

Di samping giat melancarkan Hi5 Rental Plan, GINTELL juga aktif membuka peluang kepada individu untuk menjadi pengedar. Individu yang berminat untuk memasarkan produk GINTELL di bawah Hi5 Rental Plan boleh menghubungi 012-922 6812 untuk maklumat lanjut.

“GINTELL Hi5 merupakan skim sewa mudah terbaik yang membantu merealisasikan impian setiap individu untuk menikmati kesihatan, urutan serba unggul, gaya mewah dan kegembiraan di rumah, dengan hanya satu matlamat, iaitu menawarkan kerusi urut sempurna kepada semua!”

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati kesihatan hidup yang lebih baik.

KidZania KL Anjur Aktiviti Sukan Selama Sebulan Sempena Sukan Sea 2017

Jom, alami semangat kesukanan dan gaya hidup aktif dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik di KidZania KL

Sempena dengan Sukan SEA ke-29, KidZania Kuala Lumpur menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan selama sebulan bermula daripada 15 Ogos hingga 15 September 2017!

Menerusi KidZania SportZ 2017 (KidZania SportZ/ program), pelbagai acara diadakan setiap hari untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri pengalaman sebagai atlet dan mendidik mereka tentang pentingnya nilai-nilai disiplin, kerjasama, dan cara gaya hidup aktif.

Bukan itu saja, sepanjang sebulan program ini berlangsung, kanak-kanak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di KidZania Kuala Lumpur dan secara atas talian. Antaranya, mereka boleh mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge dan berpeluang memenangi sesi penuh tajaan AirAsia di Akademi Badminton AirAsia. Pemenang bertuah akan berlatih bersama pemain badminton kebangsaan, Liew Daren.

Image 3_KidZania SportZ 2017 Launch

Dirasmikan oleh En Mohd Azhari Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, KidZania SportZ diadakan dengan harapan agar lebih ramai kanak-kanak dan golongan remaja bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan menggalakkan aktiviti sihat pada waktu lapang.

Aktiviti utama KidZania SportZ termasuklah Obstacles Challenge dan sesi CrossFit yang direka khas untuk menguji keseimbangan, kekuatan dan stamina kanak-kanak. Fitness Dance pula akan memperkenalkan rutin Zumba yang menyeronokkan kepada kanak-kanak untuk memperbaiki koordinasi dan meningkatkan keyakinan diri. Mereka pasti seronok apabila dapat melompat dan menari mengikut irama dan rentak yang rancak. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai aktivti-aktiviti yang dapat mengasah kemahiran mereka seperti memanah, golf mini, dan bola sepak.

“Kami berharap KidZania SportZ dapat mengajar kanak-kanak erti persaingan sihat dan semangat kesukanan. Sukan memerlukan disiplin, kesungguhan dan kerjasama yang tinggi. Sudah tentu, pengalaman pembelajaran dan tabiat yang sihat ini akan kekal sehingga mereka dewasa kelak, seiring dengan moto kami iaitu Learn Life Today. 

Tambahan pula, dalam kehidupan masa kini yang mempunyai pelbagai kemudahan tersedia menjadikan kita sentiasa “melekat” dengan alat peranti dan menyebabkan kita menjadi malas untuk kekal sihat dan aktif, jadi aktiviti senaman perlulah diberi kelainan untuk menarik minat kanak-kanak, dan juga orang dewasa. Ini kerana, aktiviti sukan turut boleh merapatkan lagi hubungan seisi keluarga.”

-Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

Sejak 2012, Akademi Badminton AirAsia telah melatih lebih daripada 250 pemain, termasuklah Ari Latiff, pemenang pingat perak Sukan SEA untuk acara Perseorangan Badminton.

“Kami teruja untuk mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge ini. Pemenang akan mendapat peluang sekali-dalam-seumur-hidup untuk berlatih di Akademi Badminton AirAsia, ia merupakan satu inisiatif berterusan buat kami untuk mempromosikan sukan ini yang sangat dicintai oleh seluruh rakyat Malaysia, dan juga bagi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sukan,”

-Spencer Lee, Ketua Bahagian Komersil AirAsia Berhad.

KidZania SportZ turut menampilkan pakar-pakar industri dan peralatan sukan yang diperlukan untuk aktiviti yang diadakan. Golongan profesional akan turut turun padang dan berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para kanak-kanak menerusi siri KidZania SportZ Talk yang akan diadakan pada hujung minggu.

Antara penceramah yang akan mengambil bahagian adalah pengembara terkenal, Ravichandran Tharumalingam, atau lebih dikenali sebagai Ravi ‘Everest’; bekas pemain skuasy kebangsaan, Sharon Wee; pemegang pingat emas Sukan SEA acara renang, Jeffrey Ong; bekas atlet Kebangsaan dan juga bekas atlet Olimpik, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mani Jegathesan, yang dahulunya digelar lelaki terpantas di Asia; perenang kebangsaan dan atlet Olimpik, Khoo Cai Lin; dan jurulatih serta Kapten Skuad Bola Sepak Cacat Penglihatan Malaysia, Sunny Salesh dan Mohd Amirul Arif.

Bukan itu saja, KidZania Kuala Lumpur akan turut memberikan tiket masuk percuma dan cenderamata menarik kepada lima pemenang KidZania SportZ Facebook Contest. Pemenang boleh menggunakan tiket masuk tersebut sepanjang program berlangsung untuk menyertai aktiviti dan ceramah yang diadakan. Untuk menang, mereka hanya perlu menghantar video yang menunjukkan skil sukan terbaik mereka!

 

Jadi apa lagi, jangan lepas peluang sihat bersama KidZania…

80 Pelajar Serlah Bakat Dalam Pertandingan Paddle Pop Young Builders Award

Siapa kata pelajar kita tidak berbakat dan kreatif?

02

20 pasukan dari pelajar sekolah rendah berjaya membuktikan kreativiti, bakat dan kepandaian mereka dalam mencipta robot di pertandingan akhir Paddle Pop Young Builders Award 2017 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hotel Chorus, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari ini menyaksikan pelajar-pelajar muda berentap untuk membina struktur robot mesra alam sekitar menggunakan bahan kitar semula.

Untuk pengetahuan  semua, Paddle Pop Young Builders Award 2017 adalah satu pertandingan yang dianjur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan pertandingan tahunan peringkat kebangsaan bertujuan memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di mana  pelajar membina struktur kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60, setiap pasukan yang diwakili oleh empat orang murid perlu menggabungkan elemen-elemen yang menggambarkan Malaysia dan negeri-negeri pasukan bertanding ke dalam rekaan struktur mereka.

Pertandingan akhir Paddle Pop Young Builders Award 2017 menyaksikan kemenangan SK Peramu Jaya dari Pahang sebagai Juara, manakala SK Bukit Rokan Utara (F) dari Negeri Sembilan muncul sebagai Naib Juara dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Stella Maris (M) dari Perlis.

Di samping itu, tahun ini Paddle Pop Young Builders Award telah menyediakan TIGA hadiah kategori khas bagi ‘Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik’, ‘Semangat Kerja Berpasukan’ dan ‘Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap’. Anugerah Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik dimenangi oleh SK Durian Mas 1 dari Terengganu. Anugerah Semangat Kerja Berpasukan dimenangi oleh SK Kepala Batas (Pasukan 2) dari Kedah dan Anugerah Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap, pula disandang oleh SJK(C) Chung Hwa dari Pahang.

“Tahun ini, kami telah berjaya menarik minat lebih 20% sekolah rendah dan 80% murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan penyertaan dari sekolah-sekolah ini juga menyaksikan pertandingan akhir tahun ini lebih sengit dan kompetitif. Juri pertandingan ini yang juga merupakan seorang pelukis terkenal tempatan iaitu Professor Jalaini turut kagum dengan kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh murid-murid untuk pertandingan tahun ini yang mana ia membuktikan Paddle Pop telah berjaya menarik minat pelajar untuk memelihara alam sekitar.

Kami telah membuat pelaburan yang sewajarnya dan berkomited untuk menggalakkan bakal pemimpin masa depan negara ini bagi memelihara dan membina masa depan negara yang lebih hijau dengan cara mengguna semula, membuat semula dan mengitar semula.”

-Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang bertemakan “Perpaduan untuk Kesejahteraan Alam Sekitar” (Unity for a Greener Future) merupakan sebuah platform untuk mendidik murid-murid sekolah rendah mengenai pelbagai jenis bahan yang boleh diguna, dibuat dan dikitar semula dengan cara yang berinovasi dan menyeronokkan.

Pertandingan akhir ini telah disempurnakan secara rasmi oleh Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, dan Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

“Kementerian Pendidikan mengucapkan syabas kepada Unilever Malaysia kerana berjaya menganjurkan Paddle Pop Young Builders Award untuk tahun kelima berturut-turut. Usaha yang dilakukan Unilever seharusnya dipuji khususnya dalam mendidik dan menggalakkan para pelajar untuk lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar bagi membina masa depan lestari.

Saya cukup berbangga kerana Paddle Pop Young Builders Award bukan saja mendidik pelajar untuk menyemai nilai murni terhadap pemuliharaan alam sekitar, tetapi juga menggalakkan mereka untuk meraikan perpaduan dan rasa cinta kepada negara. Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat generasi masa depan.”

-Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang terbuka kepada semua murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sekolah rendah kebangsaan menyasarkan pencarian idea-idea kreatif untuk menghasilkan sebuah robot bersaiz sebenar menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula yang turut berperanan menyampaikan mesej tentang kepentingan masa depan yang lebih hijau. Pada tahun ini, para peserta perlu membina sebuah robot menggunakan bahan-bahan terpakai yang digunakan setiap hari yang mana fungsi robot ini ialah untuk memantau dan menjaga persekitaran hijau di sekolah melalui cara yang menyeronokkan dan berinovasi.

Bagi menambahkan lagi elemen-elemen inovasi dan kreativiti, murid-murid ini dibawa melawat ke Petrosains semasa pertandingan akhir yang berlangsung selama tiga hari tersebut.

Pada pertandingan akhir, kesemua 20 struktur kreatif ini akan dinilai oleh para juri yang diketuai oleh ketua juri iaitu Profesor Madya Jalaini Abu Hassan dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara bersama-sama seorang juri yang masing-masing mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia dan Unilever Malaysia.

Sekolah yang memenangi pertandingan ini bakal menerima hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM6,000, Percutian Keluarga selama 3 Hari/ 2 Malam di LEGOLAND® Malaysia Resort termasuk baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan hotel penginapan serta sijil penyertaan untuk keempat-empat peserta dalam pasukan tersebut. Dua sekolah yang memenangi hadiah saguhati akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000, dan 2 tiket masuk kombo LEGOLAND® Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan.

Program Paddle Pop Young Builders Award merupakan sebahagian daripada Pelan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Living Plan, USLP) bertujuan mewujudkan lebih banyak persekitaran yang mempromosikan gaya hidup mapan. USLP menyasarkan untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar melalui perkembangannya dan meningkatkan impak sosial yang positif. Ini termasuklah menangani isu kesihatan dan kesejahteraan pengguna dengan cara meningkatkan lagi nutrisi.

Varian aiskrim Paddle Pop dirumus bagi memenuhi kriteria pemakanan yang berkhasiat dan mematuhi garis panduan pemakanan sihat terutamanya dari segi kalori, lemak tepu dan gula. Melalui USLP, rangkaian aiskrim kanak-kanak Paddle Pop dijamin mengandungi tidak lebih daripada 110kcal bagi setiap hidangan, 3 gram lemak tepu bagi setiap hidangan dan 20 gram gula tambahan bagi setiap 100 gram.

“Sebagai satu jenama ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai kanak-kanak, varian aiskrim Paddle Pop telah dirumus dengan kaedah terbaik agar ia menjadi pilihan yang sihat untuk kanak-kanak hari ini,” tambah Shiv Sahgal.