MOTOROLA Malaysia Umum Penambahan Keluarga MotoZ

Adakah telefon anda cukup pintar untuk memenuhi semua keperluan anda?

Adakah anda mahukan teknologi yang lebih baik daripada telefon pintar?

Motorola mengumumkan penambahan baru kepada keluarga Moto Z dengan Moto Z2 Play serba baharu yang mampu bertukar menjadi sesuatu yang anda mahukan secara serta-merta dan pada bila-bila masa apabila dipadankan dengan Moto Mods. Dengan rekaan bentuk nipis, ringan dan prestasi lebih pantas, Moto Z2 Play menawarkan ciri-ciri yang anda idamkan. Pada masa yang sama, ia juga mampu menyediakan pengalaman yang transformatif menerusi Moto Mods.

Rangkaian telefon pintar Moto ZTM dengan Moto ModsTM membolehkan pengguna melakukan perkara yang sebelum ini mustahil dilakukan dengan sebuah telefon. Daripada memancarkan skrin sehingga 70 inci di mana-mana sahaja hinggalah penambahan zoom optikal sehingga 10x, Moto Mods sememangnya menawarkan inovasi mudah alih yang tiada tandingan. Menerusi peranti generasi seterusnya, anda boleh menerokai lebih banyak pengalaman dan cara untuk mengubah telefon pintar anda.

Moto Z2 Play baharu menampilkan rupa bentuk unibody metal sepenuhnya yang direka dengan terperinci. Selain cantik dan bergaya, ia mampu menahan penggunaan secara lasak pada setiap hari. Paparan Full HD Super AMOLED bersaiz 5.5” membuatkan permainan video, foto dan video dipaparkan di atas skrin dengan warna yang jelas menonjol bersama perincian yang cukup tajam. Untuk mendapatkan pengalaman optimum dari pemproses 2.2GHz octa-core, bateri yang dilengkapkan bersama mampu bertahan sepanjang hari dan sehingga hari seterusnya tanpa sebarang masalah. Terlupa untuk mengecaj Moto Z2 Play? Tiada masalah – hanya 15 minit pengecasan untuk dapatkan kuasa sehingga 7 jam.

Terima kasih kepada teknologi dwipiksel, anda kini boleh merakam foto-foto yang jelas sama ada pada waktu siang atau malam dengan kamera utamanya yang menggabungkan ciri laser serta piksel autofokus berkembar. Kamera hadapan 5MP dengan suluhan dwiwarna berkolerasi suhu (CCT) yang membuatkan anda kelihatan hebat dalam rakaman swafoto pada waktu siang atau malam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memuatkan semua rakan dalam satu selfie dengan kanta sudut luas!

Moto Z2 Play menawarkan Moto Experiences yang unik. Ciri pertanyaan pantas yang baru pada Moto Voice menyediakan informasi berguna seperti cuaca atau kalendar. Ia juga membolehkan anda membuka aplikasi tanpa perlu menyentuh atau membuka telefon pintar tersebut. Melalui pengimbas cap jari yang telah direka semula, anda boleh mengaktifkan ciri navigasi satu butang untuk beralih di antara skrin dengan pantas. Alihkan ke kiri untuk kembali, ke kanan untuk mengakses aplikasi terkini, sentuh semula untuk ke laman utama dan tekan sesaat untuk mengunci telefon. Tanpa sebarang butang pada skrin, anda kini mempunyai paparan yang lebih jelas.

Kebolehdapatan dan Harga

Moto Z2 Play serba baharu kini sudah mula dijual di semua pengedar dan kedai Lenovo Mobile yang sah. Ia didatangkan dengan dua warna – kelabu (Lunar Grey) dan emas (Fine Gold); pada harga RM1,999.

 

Pelancaran pada hari ini turut memperkenalkan penambahan baharu ke dalam keluarga Moto C dan Moto E iaitu Moto C, Moto C Plus, Moto E4, Moto E4 Plus.

Moto C – Ambil Langkah Bijak; dan Moto C Plus – Kuasa yang Menggerakkan Anda

Pengguna yang sentiasa sibuk kini boleh membawa kehidupan mudah alih mereka ke satu tahap lebih tinggi dengan kuasa bateri Moto C Plus. Tidak seperti kebanyakan telefon pintar di pasaran sekarang, Moto C Plus dilengkapi bateri berkapasiti 4,000mAh yang boleh bertahan sehingga 30 jam. Ini bermakna pengguna tidak perlu risau akan kehabisan bateri apabila berada di luar rumah sepanjang hari.

Tingkatkan gaya hidup definisi tinggi dengan Moto C Plus. Paparan 5 inci memastikan tontonan filem dan foto yang maksimum untuk hiburan multimedia yang lebih mengujakan. Tidak perlu bimbang untuk memuat naik semua rakaman foto percutian yang mengagumkan dengan kamera belakang 8MP serta rakam selfie yang jelas menggunakan kamera hadapan 2MP.

Moto C pula ialah telefon pintar berkuasa yang mampu menyelesaikan tugas tanpa perlu membebankan poket anda. Paparan bersaiz 5 inci membolehkan pengguna menikmati foto dan video dengan lebih perincian serta jelas. Rakam gambar secara spontan, walaupun di bawah cahaya yang suram dengan kamera belakang 5MP pada Moto C yang dilengkapi flash LED. Rakam juga saat-saat selfie terbaik dengan kamera hadapan 2MP yang disokong oleh lampu selfie. Tidak perlu bimbang apabila perlu mengecaj bateri pada hari yang sibuk. Moto C didatangkan dengan ciri 3G dan berwarna starry black bersama bateri berkuasa 2,350mAh. Dengan ciri dua kad SIM, telefon pintar ini menawarkan fungsi dua telefon dalam satu, jadi pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Lakukan semua ini dan banyak lagi dengan lancar kerana Moto C dan Moto C Plus dilengkapi dengan pemproses quad-core yang berkuasa bersama AndroidTM 7.0.

Kebolehdapatan dan Harga
Moto C boleh didapati dalam dua varian warna iaitu hitam (Starry Black) dan putih mutiara (Pearl White) pada harga RM399. Manakala Moto C Plus pula hadir dalam dua varian warna iaitu hitam (Starry Black) dan emas (Fine Gold) pada harga RM539.
Moto E4 dan Moto E4 Plus – Pilihan Telefon Pintar yang Terbaik

Moto E4 dan Moto E4 Plus baharu merupakan dua model telefon pintar Motorola yang boleh dipercayai. Ia menawarkan gaya serta ciri-ciri luar biasa pada harga mampu dimiliki. Moto E4 menggabungkan perkara yang anda mahu serta perlukan pada sebuah telefon pintar, semua ini dengan harga yang pasti anda suka. Jika anda sentiasa mahukan yang lebih, dapatkan Moto E4 Plus. Dengan rekaan metal yang licin, paparan HD dan kapasiti bateri yang besar, ia membolehkan pengguna untuk melakukan lebih banyak perkara dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Moto E4 dan Moto E4 Plus menampilkan paparan HD bersaiz 5” dan 5.5”. Kedua-duanya dikuasakan oleh AndroidTM 7.1.1 bersama pemproses MediaTek Quad Core yang membolehkan pengguna melakukan tugas tanpa sebarang gangguan.

Kebolehdapatan dan Harga
Moto E4 ditawarkan pada harga RM639 serta hadir dalam dua varian warna iaitu kelabu (Iron Gray) dan emas (Blush Gold). Moto E4 Plus pula berharga RM799 serta didatangkan dalam dua varian warna iaitu kelabu (Iron Gray) dan emas (Fine Gold).

 

Rangkaian telefon pintar Moto yang baru membuktikan komitmen Lenovo untuk memenuhi keperluan kelompok pengguna berbeza. Ini termasuklah pasaran asas (entry level) pada masa sama memenuhi keperluan masyarakat yang kian dinamik. Dengan Moto C, Moto C Plus, Moto E4 dan Moto E4 Plus, Lenovo memberikan anda kebebasan untuk memilih daripada satu rangkaian telefon pintar yang padat dengan ciri-ciri penting, pada harga lebih mampu milik.

Semua model Moto Z2 Play, Moto C, Moto C Plus, Moto E4 dan Moto E4 Plus kini sudah boleh didapati di semua pengedar serta kedai-kedai sah Lenovo Mobile.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu Moto, sila layari laman web https://www.moto.com/my/home atau ikuti http://www.fb.com/MotoMsia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s