Kempen Bra Drive NEUBODI Galak Kitar Semula

 

 

Bra Drive NEUBODI kini kembali sekali lagi! Maknanya sudah tiba masanya untuk anda menyerahkan bra terpakai anda ke “Bank Bra” 

IMG20171007142930

 

Neubodi, sebuah jenama tempatan pakar pakaian dalam, secara rasminya melancarkan kempen Bra Drive “SUMBANG. SOKONG. KITAR SEMULA” yang dijalankan selama sebulan sehingga 5 November, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Antarabangsa.

Neubodi Bra Drive 2017 (1)

 

IMG20171017160420

Serahkan bra yang terpakai atau bra yang tidak dimahukan lagi ke “Bank Bra” kami di mana-mana cawangan Neubodi di serata negara dan kami akan menyumbangkan barangan tersebut kepada mangsa pemerdagangan seks, untuk membolehkan mereka diterap masuk kembali kepada masyarakat sambil memperoleh rezeki dengan menjual bra terpakai. Golongan yang akan memperoleh manfaat daripada inisiatif SUMBANGAN ini adalah komuniti-komuniti di Malaysia, Kemboja, Nepal, India dan Afrika termasuk golongan yang hidup dalam kemiskinan, di mana bra merupakan barangan yang amat diperlukan – bagi tujuan keselesaan dan keyakinan.

Untuk memastikan tiada tekstil terbuang, bra yang tidak sesuai untuk disumbangkan akan diambil oleh rakan strategik kami, Life Line Clothing. Menggunakan teknologi tersendiri, bahan mentah seperti spandex, nilon, wayar besi dan plastik akan ditukarkan menjadi bahan bakar pepejal yang boleh diguna semula, yang biasanya digunakan untuk penjana dan dandang perindustrian. Inisiatif “KITAR SEMULA” ini merupakan AKTIVITI pertama sejenis ini di Malaysia.

Kerjasama antara Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) dan Neubodi ini bermatlamat untuk meraih kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa kanser payudara tidak mengenal jantina, dan menekankan kepentingan pemeriksaan diri dan pengesanan awal sambil mengumpul dana bagi program “Hospital Angels” anjuran BCWA. Bagi inisiatif ini, pakar terlatih akan melawat pesakit kanser payudara yang baru didiagnosis dan membantu mereka mengharungi penyakit dalam persekitaran yang positif dan penuh galakan. Dana yang terkumpul adalah menerusi konvoi basikal “Pedal Forward” Neubodi yang telah berakhir pagi tadi, serta jualan eksklusif dari koleksi GO PINK sepanjang pelancaran pada hujung minggu ini di Ground Floor – Highstreet Concourse, Pusat Membeli-belah 1 Utama. RM10 dari setiap pembelian PINK BRA pakan disumbangkan kepada BCWA.

“Sebagai sebuah jenama pakaian dalam terkemuka di Malaysia, kita dapat mendidik pelanggan kami serta orang awam tentang isu-isu kemasyarakatan yang penting, menerusi inisiatif yang sukar dilupakan sebagai sebahagian daripada Bra Drive SUMBANG.SOKONG.KITARSEMULA” kata Ms Anne Tan, Pengarah dan Pengasas Neubodi Holdings Sdn.Bhd. “Sambil kami terus meningkatkan kesedaran tentang kesihatan payudara, kanser payudara dan kepentingan pengesanan awal, kami juga menyediakan peluang untuk hidup yang lebih baik bagi para wanita yang kurang bernasib baik menerusi kutipan Bank Bra Bank kami. Saya dan pasukan saya berbangga dapat melakukan semua ini, dan kami bangga akan kerjasama kami yang lama dengan BCWA.”

Kejayaan kempen Bra Drive SUMBANG. SOKONG. KITAR SEMULA. Neubodi ini telah dijayakan dengan sokongan daripada rakan strategik kami Excel SLA (M) Sdn.Bhd dan 3 Gorgeous Network. Bra Drive Neubodi kini telah dianjurkan buat tahun kelima dan sehingga kini telah berjaya mengumpul enam tan bra. Melalui usaha “menerajui inisiatif kebajikan wanita” Neubodi Holdings Sdn.Bhd telah menerima Anugerah KPWKM CSR Malaysia (Kategori SME) pada Julai 2017.

Menurut Institut Kanser Negara Malaysia, lebih kurang 5,000 wanita Malaysia didiagnosis dengan kanser payudara setiap tahun, dan hampir separuh daripada jumlah tersebut terdiri daripada mereka yang berumur 50-tahun ke bawah. Kurang daripada 72% pulih daripada penyakit ini, kerana lawatan doktor hanya dilakukan setelah simptom semakin parah – di mana kanser tersebut telah pun merebak.

Untuk meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan pengunjung 1Utama, klinik gerakan BCWA – dilengkapi dengan alat sokongan dan pengesan awal bagi pemeriksaan klinikal payudara, dan gerai khusus yang menawarkan sesi kaunseling bagi pemeriksaan payudara sendiri menggunakan model silikon khas, telah ditubuhkan. Pakar onkologi serta golongan profesional dalam bidang kesihatan dari Tropicana Medical Centre turut berada di sana untuk membantu orang awam dalam memahami kanser payudara dengan lebih lanjut dan menjalankan pemeriksaan kesihatan asas di tempat acara berlangsung.

Ketika merasmikan acara pelancaran, Encik Shukri Abdullah, Ketua Timbalan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mengucapkan tahniah kepada kerjasama antara Neubodi dan BCWA, dan turut memuji mereka atas usaha mereka dalam meningkatkan kesedaran awam tentang kanser payudara dan kesihatan payudara. Acara penting hari tersebut termasuklah sumbangan rasmi cek bernilai lebih daripada RM60,000 kepada BCWA daripada inisiatif “Pedal Forward” Neubodi. Pada pagi tersebut, seramai lebih daripada 100 orang penu8nggang basikal telah mengayuh sejauh 18km, setelah secara peribadi mengumpul dana selama sebulan sebelum acara. Dana telah dikumpulkan menerusi MyStartr – sebuah platform sumber dana awam, menjadikan ini program pertama di Malaysia yang melakukan sedemikian.

“BCWA terharu dengan Bra Drive Neubodi ini yang tertumpu kepada masyarakat, kerana ia membantu kami mencapai audiens yang lebih luas dalam usaha bergabung kami untuk menentang kanser payudara,” kata Ranjit Kaur, Presiden, BCWA. “Sokongan awam dan swasta sebegini membolehkan kami untuk meneruskan misi kami untuk meningkatkan kualiti hidup bagi lelaki dan wanita yang menghidap kanser payudar8a dan untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tentang kanser payudara dan kesihatan payudara.”

Acara perasmian tersebut telah dihadiri oleh para selebriti seperti Amber Chia, Agnes Wang, Carrie Lee, Jan Chia, Lavin Seow dan Thanuja Ananthan, serta figura awam seperti Puan Sri Dato’ Akmal yang juga merupakan Penaung bagi Penyakit Tidak Berjangkit, Alvin Lim – pengayuh tangan paralimpik negara pertama Malaysia dan pemenang pingat emas sebanyak dua kali, serta pereka fesyen Key Ng. Ada di antara selebriti-selebriti ini turut mengambil bahagian dalam kayuhan Pedal Forward. Program kesedaran awam Neubodi, yang berakhir pada hujung minggu ini, merupakan acara dalaman dengan rakan acara lain serta penyewa pusat membeli-belah mengadakan aktiviti-aktiviti dari flash mob, sesi dandanan, pembuatan kraf tangan sehinggalah ke seni pin, perbincangan tentang penjagaan alam sekitar, sesi makan bertema, dan photo booth.

Maklumat lanjut tentang Bra Drive “SUMBANG.SOKONG.KITAR SEMULA” Neubodi 2017, yang berakhir pada 5 November, boleh didapati di laman Facebook Neubodi, facebook.com/neubodi atau laman webnya di neubodi.com

Tentang Neubodi

Ditubuhkan pada tahun 2008, Neubodi merupakan jenama pakaian dalam yang berusaha untuk membawakan padanan yang tepat demi kecantikan dan keyakinan setiap wanita moden masa kini. Sebagai kedai pakar padanan bra bercawangan yang pertama di Malaysia, Neubodi menawarkan pelanggannya perkhidmatan dan pengetahuan dalam memilih bra yang muat dengan padanan tepat, menerusi kaedah menyeluruh tersendiri. Berasaskan inovasi rekaan, koleksi jualannya terdapat dalam pelbagai jenis pakaian dalam harian yang selesa: bra, seluar dalam, pembentuk tubuh/ bengkung (body shaper) dan produk penjagaan pakaian dalam. Neubodi mempunyai 10 cawangan di seluruh negara; Pusat Membeli Belah Aeon Bukit Tinggi, Bangsar Village II, Empire Shopping Gallery, Encorp Strand, Gurney Plaza, Imago Shopping Mall, Mid Valley Megamall, One Utama Shopping Centre, Vivacity Mall dan Suria Sabah Shopping Centre. Kesemua kedai mempunyai pakaian dalam sebanyak lebih daripada 600 rekaan, warna dan saiz termasuklah plus size, khusus untuk wanita. Bagi maklumat lanjut, sila layari https://www.neubodi.com/

Tentang Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA)

Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) terdiri daripada pakar perubatan yang telah menubuhkan BCWA pada tahun 1986 kerana menyedari keperluan bagi sokongan golongan senasib bagi para wanita yang menghidap kanser payudara. Ia merupakan sebuah organisasi sukarelawan yang bebas dan terkecuali daripada cukai, dan didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dan merupakan ahli bagi Reach to Recovery International (RRI). Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.breastcancer.org.my

Tentang Mystartr

Mystartr adalah platform pendanaan yang pertama untuk projek kreatif. Setiap minggu, ramai individu yang menyumbang wang mereka untuk projek dalam bidang muzik, filem, seni, teknologi, reka bentuk, makanan, penerbitan serta bidang kreatif lain. Satu bentuk perdagangan dan sokongan yang baharu. Ia bukan pelaburan atau pinjaman. Pencipta projek mengekalkan 100% hak milik dan kawalan bagi kerja mereka. Mereka sebaliknya menawarkan produk dan pengalaman yang unik bagi setiap produk. Dana sepenuhnya atau tiada langsung.

Tentang Life Line Clothing

Sebuah syarikat antarabangsa dan peneraju industri kitar semula di seluruh dunia. Mempunyai 4 buah pejabat di 4 buah negara, Life Line Clothing adalah sebuah syarikat kitar semula tekstil dengan misi kesedaran global untuk membantu komuniti menggunakan semula, memperbaharui semula dan mengitar semua pakaian, kasut, alat permainan serta barangan rumah. Mereka komited untuk mengelakkan tekstil daripada dilupuskan ke tempat pembuangan sampah, mewujudkan peluang pekerjaan di negara ini dan di luar negara. Model perniagaan mereka yang unik hanya meninggalkan jejak karbon yang sangat kecil dan planet bumi yang lebih sejahtera untuk generasi hari muka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s