Selesa dan Lebih Kemas Dengan Neubodi

Seminggu selepas menghadiri Kempen Bra Drive NEUBODI di pusat beli-belah OneUtama, penulis blog yang hadir menerima tawaran istimewa daripada NEUBODI, iaitu pemberian bra NEUBODI percuma.

Pemberian bra percuma itu bagaimanapun dilakukan di butik NEUBODI yang terletak di Kota Damansara. Butik dua tingkat itu menawarkan pelbagai koleksi bra NEUBODI.

Sebaik tiba di butik, petugas disitu akan memberi konsultansi terlebih dahulu mengenai cara-cara pemilihan bra yang betul. Menariknya, tidak perlu pening kepala atau berjalan dari hujung butik mencari-cari bra yang sesuai kerana petugas butik akan membuat padanan bra yang sesuai berdasarkan saiz dan postur tubuh badan pelanggan.

IMG20171017160623
Ruang menunggu yang selesa

Apabila selesai pemilihan, pelanggan perlu mencuba bra di fitting room dalam ruang menunggu. Kemudian, petugas butik akan memberi panduan mengenai pemakaian bra yang betul agar nampak lebih kemas.

Memang terasa kelainan apabila memakai bra NEUBODI berbanding bra biasa kerana selain selesa, ia juga menjadikan penampilan di bahagian dada lebih penuh serta tegang. Masalah yang sering dialami sewaku memakai bra biasa seperti garisan merah di kawasan payu dara dan sakit bahagian belakang juga dapat dikurangkan.

Keistimewaan bra NEUBODI ini adalah:

  • menyediakan saiz bra dan cup sesuai untuk semua bentuk badan. Tidak perlu risau jika anda berbadan besar sekalipun
  • selesa kerana semua produk bra adalah ‘hand-cut’ dan ‘hand-sewn’
  • kemasan di sisi bra yang agak besar mampu menampung berat payu dara sekaligus menjadikannya stabil

Memakai bra NEUBODI ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri. Kini, NEUBODI jadi pilihan untuk kesihatan payu dara.

Nota: 5 bintang untuk bra NEUBODI. Memang recommend untuk kaum wanita di luar sana.

Kunjungilah butik NEUBODI jika ingin mengetahui bra yang sesuai untuk anda.

Lokasi butik:

  1. Mid valley
  2. Bangsar Village 2
  3. Encorp Strand
  4. Empire Shopping Gallery
  5. 1Utama
  6. AEON Bukit Tinggi

atau layari: http://www.neubodi.com untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s