Bebas Dari Bulu Dengan Gillette Venus ComfortGlide White Tea

Dengan Gillette Venus ComfortGlide White Tea, kaum wanita tidak perlu lagi runsing apabila ingin mencukur bulu kerana pencukur ini mampu menjadikan kulit lebih licin dengan mudah.

Photo 3

Jenama nombor satu pencukur untuk wanita, Gillette Venus memperkenalkan  rangkaian pencukur terbaharu Gillette Venus ComfortableGlide White Tea baru-baru ini dalam sidang media di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Gillette Venus mengumumkan duta tempatan pertamanya iaitu atlet jimnastik yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi.

Rangkaian produk terbaru yang sudahpun berada di pasaran ini, direka untuk wanita yang mahukan kulit bebas daripada bulu sekali gus memperoleh kulit licin dalam masa yang lama.

Gillette Venus ComfortGlide White Tea ini direka dengan built-in moisture bars yang kaya dengan body butter serta lengkap dengan bauan tropika segar.

Antara ciri yang ada pada pencukur ini adalah tiga curve-hugging blade yang menjadikan proses mencukur lebih mudah meskipun pada kulit sensitif. Pemengang ergonomik pula direka mengikut kesesuaian tangan wanita agar mudah dicengkam sekali gus mengurangkan risiko terlepas dari genggaman.

“Gillette Venus memahami betapa pentingnya mempunyai kulit yang licin. Kebiasaannya rutin penjagaan diri wanita memerlukan waktu yang lama, menyakitkan dan kos tinggi. Mengambil kira masalah itu, Gillette Venus mereka cipta produk yang sesuai untuk mengatasi masalah yang sering dialami oleh wanita moden masa kini agar proses mendapatkan kulit licin dapat direalisasikan dalam cara yang kurang sakit, mudah dan tidak memerlukan kos tinggi.”

-Utkarsh Mohan, Ketua Kategori Shavecare, P&G Malaysia, Singapura, Global Development Markets Asia and Vietnam.

Dalam majlis itu juga, Gillette Venus telah menyatakan beberapa mitos mengenai pencukuran bulu yang sering diwar-warkan pada semua kaum wanita di seluruh negara.

“Ada masanya kami menerima nasihat kecantikan daripada kawan dan keluarga tanpa mengetahui akan kebenarannya. Sebab itu ramai wanita yang keliru antara fakta yang betul atau fakta yang tidak benar mengenai mencukur bulu. Oleh itu, Gillette Venus ingin membetulkan semua tanggapan yang salah agar dapat membantu wanita khasnya di Malaysia.”tambah Mohan lagi.

Farah Ann turut berkongsi pendapatnya mengenai pentingnya penjagaan diri daripada rambut hingga kaki lebih-lebih lagi pada dirinya yang perlu berdisiplin dalam menjalani rejim penjagaan diri.

“Dengan Gillette Venus, saya sudah tidak perlu lagi risau akan kulit saya kerana rekaannya yang unik memastikan pencukur tidak memberikan sebarang rasa tidak selesa pada kulit menjadikan kulit lebih licin dan lembap. Ia juga bebas masalah.”

 Turut berkongsi pendapat adalah Dr. Yeow Hui Qian, Aesthe Physician.

“Majoriti kaum wanita mengalami masalah kulit yang tidak sekata sewaktu bercukur. Sebab itu ramai yang mengelak untuk bercukur kerana mereka percaya apabila bercukur, kulit mereka akan bertukar menjadi lebih gelap atau bulu akan tumbuh dengan lebih lebat. realitinya, pertumbuhan bulu pada kulit disebabkan oleh genetik dan homonal makeup.”

Rangkaian Gillette Venus boleh dibeli di semua pasar raya terbesar seperti Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Mydin, Watsons, Guardian dan banyak lagi.

Usahasama KIPLING & Zoo Negara Teruskan Kesinambungan Hidupan Terancam

Syabas KIPLING kerana usaha anda mampu menyelamatkan Ungka Tangan Putih dari terus terancam dan pupus!

IMG20171121115815

Pada 21 Nov lalu, KIPLING Malaysia, jenama beg tangan terkenal ini meraikan kerjasamanya dengan Zoo Negara.

KIPLING telah mengambil Dan dan Cutie, iaitu sepasang Ungka Tangan Putih sebagai anak angkat memandangkan hidupan liar ini adalah antara haiwan yang semakin terancam berikutan jumlahnya semakin berkurangan dan dibimbangi berkemungkinan bakal pupus.

“KIPLING berbangga dapat bekerjasama dengan Zoo Negara dan dapat membantu menyokong kehidupan dan kesihatan haiwan yang semakin pupus. Misi Zoo Negara yang memelihara hidupan liar selaras dengan inisiatif pendidikan dan usaha konservasi yang diutamakan oleh KIPLING. Kami seronok dapat bekerjsama dengan Zoo Negara dan menyertai usaha pendidikan yang dapat disertai oleh rakyat Malaysia.”

-Tan Seong Teck, Pengarah Eksekutif Ram Pacific Distribution Sdn Bhd.

Dalam masa yang sama, KIPLING turut memperkenalkan rangkaian koleksi beg terbaru edisi terhad Ekslusif Asia 2017 Holiday Pre-Spring: Basic Plus Capsule.

Koleksi terbaru ini diperbuat daripada fabrik nilon kalis-air yang boleh digunakan dalam aktiviti seharian dan juga meraikan perayaan.

IMG20171121104607
Koleksi Winter Firework

Jualan daripada koleksi beg tangan terbaru ini akan disalurkan pada usaha-usaha yang terlibat dalam memelihara haiwan yang semakin pupus  ini.

“Saya amat berbesar hati dapat menerima kebaikan daripada KIPLING bermula dari pelancaran koleksi beg tangan dan memelihara haiwan yang semakin terancam, sesungguhnya KIPLING menjadi sebahagian daripada keluarga Zoo Negara.”

-Hafidz Rahmat, Pengerusi Pentadbiran Awam, Pemasaran dan Khidmatb Pelanggan Zoo Negara Malaysia.

Bagi yang berminat untuk mengenali lebih dekat Ungka Tangan Putih ini bolehlah melawat Zoo Negara yang dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang atau layari http://www.zoonegaramalaysia.my atau hubungi 03-41083422/4/7/8.

Untuk maklumat lanjut mengenai KIPLING pula, layari Facebook (KiplingMalaysia) dan Instagram (@KiplingMalaysia).

Ayam Brand Rai Ulang Tahun ke-125 Dengan Kempen Inovasi Perlumbaan ke Angkasa

Ulang tahun kali ini diraikan dengan kempen yang sangat kreatif. Bukan sahaja di luar jangkaan tetapi hingga nun di luar angkasa sana!

AB_001

Ayam Brand™ menggapai bintang seiring dengan sambutan ulang tahun ke-125 melalui pelancaran kempen Perlumbaan-Ke-Angkasa (Racing-To-Space) yang julung kali diadakan yang akan mengetengahkan produk-produk utamanya dalam konteks usaha-usaha kemampanan serantau yang sedang dijalankannya ketika ini.

Jenama isi rumah yang tersohor dengan barisan meluas produk-produk bertin yang sihat dan memudahkan; bebas pengawet dan tiada tambahan MSG ini sedang mendefinasikan semula makna kemampanan; hayat panjang; kesedaran alam sekitar serta komitmennya kepada masyarakat.

Tema bagi sambutan ulang tahun ke-125 “Kami Prihatin, Kami Keluarga (We Care, We Are Family)” amat jelas apabila jenama ini berkongsi video altitud tinggi yang dirakamkan di Kahang, Johor di Malaysia.

Video-video itu diambil dari ketinggian 29,000 meter aras laut merakamkan pemandangan menakjubkan kawasan serantau meliputi Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand melibatkan empat belon altitud tinggi dengan rig khas dilepaskan bersama empat produk terkemuka Ayam Brand iaitu Sardin Dalam Sos Tomato; Tuna Cili; Kacang Panggang dan Santan.

Tujuan perlumbaan ini ialah untuk mengetahui yang mana antara produk-produk klasik Ayam Brand akan berjaya sampai ke altitud tertinggi terlebih dahulu dan dalam masa sama memberikan jutaan pengguna Ayam Brand pemandangan udara rantau ini yang menakjubkan.

Bagi memastikan video-video berkenaan dapat dirakam dalam suhu beku dan tekanan rendah terlampau persekitran altitd tinggi, Ayam Brand turut mereka bentuk bekas kameranya sendiri.

AB_002

Satu tayangan khas video Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini telah diadakan di Pawagam GSC Premiere Class di Gardens Mall untuk pihak media menikmati kesan layar besar Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand Race-to-Space diikuti dengan tayangan sebuah filem pecah panggung.

Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini  berlangsung pada 20 November hingga 1 Disember 2017 dan peserta yang berminat boleh mendaftar di pautan :

http://www.ayambrand.com.my/racing-to-space

Peserta dikehendaki menonton dua video pendek daripada belon-belon berkenaan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang mana satu antara kedua-dua belon itu yang sampai dahulu ke ketinggian 12,000 meter; yang mana satu terbang paling tinggi; satu soalan mengenai Ayam Brand dan mengarang satu slogan untuk jenama berkenaan sebagai penentu kemenangan.

Pertandingan ini akan diadakan serentak di Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Australia, China, Jepun dan Perancis. Untuk Malaysia, sejumlah 1,000 hadiah Ayam Brand dan 5 gogel VR ditawarkan sebagai hadiah yang mana jumlah keseluruahn hadiah-hadiah ini adalah RM53,000! Para pemenang bertuah yang memenangi gogel VR berkenaan akan dapar menyaksikan rakaman Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand dalam paparan 360 darjah untuk pengalaman yang mengujakan.

Menurut Pengarah Pemasaran Kumpulan Ayam Brand, Herve Simon, kempen Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini diilhamkan meraikn rantau-rantau yang menyumbang kepada hayat panjang Ayam Brand serta untuk mendapatkan satu rekod visual rantau ini dari aras tinggi bagi mereka yang tidakpernah menaiki kapal terbang dan juga generasi masa hadapan badi menggalakkan kesedaran mengenai alam sekitar.

“Ayam Brand telah menjadi sebahagian daripada diet pengguna di rantau ini sejak 125 tahun dahulu. Malah untuk mereka yang bekerja denga Ayam Brand, kami amat kagum dengan hayat panjangnya dan ia terus berinovasi; menjadi lebih hijau; lebih mengambil berat serta lebih terhubung dengan masyarakat sepanjang kematangannya.

Ketika mengilhamkan Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand, kami membayangkan untuk berkongsi keindahan rantau ini dengan lebih ramai orang seiring dengan tema ulang tahun ke-125 Kami Ambil Berat, Kami Keluarga. Ketika kami mengusahakannya, pertubuhan World Wide Fund for Nature (WWF) turut berkongsi minat dalam projek ini kerana ia satu cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar yang dapat menjadikan orang ramai lebih peka kepada bagaimana tabiat penggunaan mereka boleh memberi kesan kepada alam sekitar. Ayam Brand berbangga menjadi sebahagian daripada rantau yang indah ini!”

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Denise Westerhout, Pemimpin Program Pasaran Mampan WWF-Malaysia WWF yang memuji perlaksanaan strategi kesedaran alam sekitar Ayam Brand.

“Alam sekitar adalah ekosistem yang perlu dipertahankan. Tindakan individu dan korporat boleh mendatangkan kesan besar kepada legasi yang akan kita tinggalkan untuk generasi masa depan. Ayam Brand sedang memberi sumbangan besar kepada penjagaan alam sekitar melalui Perlumbaan-Ke-Angkasa ini,” 

Baru-baru ini, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai pendahulu dalam Kad Markah Pembeli Minyak Sawit WWF– Malaysia dan Singapura 2017 di atas penggunaan minyak sawit mampan yang disahkan. Jenama ini bertukar kepada penggunaan minyak sawit mampan pada 2010 dan menjadi salah satu daripada sejumlah kecil syarikat tempatan yang membuat komitmen ini.

Syarikat berkenaan mempunyai pelbagai inisiatif mampan yang sedang dilaksanakan untuk menjadikannya lebih mesra alam, hijau dan bersih dalam membekalkan pilihan makanan dalam tin yang lebih sihat dan bertanggungjawab dalam penyumberannya kepada para pengguna yang mana ini termasuklah ikrarnya untuk menjadikan kesemua bangunan dan kilangnya mendapat pensijilan Green Mark menjelang 2030 selain mengurangkan pengunaan tenaga antara 25 hingga peratus dengan pemasangan panel solar 1.4 Megawatt di bumbung enam buah fasilitinya di Malaysia. Pengesan dan perisian terkini akan membolehkan penyeliaan dan pengawalan penggunaan tenaga masa sebenar dilakukan di kilang-kilang dan pejabat-pejabat ini.

“Ayam Brand™ ialah mengenai kemampanan. Kami berpegang kepadanya untuk jangka masa panjang baik dalam soal inovasi dan kesinambungan; penjagaan komuniti; kemesraan kepada alam dan kepuasan pelanggan. Kini kami mendahului dalam kalangan jenama runcit dengan Perlumbaan-Ke-Angkasa ini,” seloroh Simon dalam ucapan penutupnya.

Untuk maklumat lain mengenai Ayam Brand™, sila lawati pautan http://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes atau lawati pautan http://www.ayambrand.com.my/racing-to-space untuk menyertai pertandingan ini.

Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 125 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001) serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Layari pautan http://www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.

10 Pemenang Peraduan GUARDIAN Win a Home Makeover Bawa Pulang RM50,000

Wow, untungnya dapat bawa balik hadiah berupa pakej hias semula dengan nilai RM50,000 seorang!

PHOTO E

Sebelum itu, 50 peserta peraduan Win a Home Makeover (WAHM) Guardian telah berentap dalam pertandingan akhir bercorak realiti untuk merebut pakej hias semula kediaman berjumlah RM500,000.

Di penghujung cabaran selama satu jam itu, 10 daripada mereka telah berjaya membawa pulang hadiah utama bernilai RM50,000 setiap seorang. Setiap pakej adalah beserta pengubahsuaian dalaman bagi ruang tamu, dapur dan bilik tidur utama, serta peralatan elektrik daripada Kuvings.

50 finalis tersebut telah dipilih daripada lebih satu juta penyertaan yang diterima untuk peraduan WAHM, yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun Guardian Malaysia yang ke-50!

Peraduan tersebut yang telah berlansung dari 6 Julai sehingga 7 September lalu, adalah anjuran bersama Guardian Malaysia dan Petron Malaysia.

“Kami ingin memberikan hadiah yang bermakna kepada para pelanggan kami di atas sokongan dan kesetiaan yang mereka berikan selama 50 tahun lalu.

Kami merasakan pakej hias semula kediaman ini adalah hadiah yang cukup berharga, dimana ia membolehkan kami menjadi sebahagian daripada detik-detik bermakna dalam kehidupan para pelanggan kami, dengan memberikan mereka suasana kediaman yang lebih selesa”

-Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Ms. Christina Low

Christina turut berkata bahawa dengan kerjasama Petron, ia memudahkan pelanggan untuk menyertai peraduan itu. Pembelian minimum RM10 di mana-mana stor atau e-stor Guardian melayakkan mereka untuk mendapat satu penyertaan. Begitu juga dengan ahli-ahli P Miles yang mengisi petrol minimum RM10 dalam satu resit, secara automatik mereka layak untuk mendapat satu penyertaan.

“Saya sangat gembira untuk mengatakan bahawa peraduan ini adalah sebuah kejayaan yang besar. Guardian dan Petron telah menerima lebih satu juta penyertaan dari seluruh negara dalam tempoh yang cukup singkat iaitu dua bulan!” tambah beliau.

Ketua Perniagaan Runcit Petron, Puan Faridah Ali berkata:

“Kerjasama dengan Guardian ini memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghias semula dan memperbaharui kediaman mereka. Dalam usaha kami untuk terus menghargai sokongan pelanggan, kami kekal komited dalam menawarkan lebih nilai apabila mereka mengisi minyak di Petron.

Menerusi program Petron Miles, kami dapat memberi lebih penjimatan, lebih ganjaran dan yang paling penting, pengalaman ‘Fuel Happy’ kepada pelanggan Guardian dan Petron,” tambah beliau.

Mengulas tentang format bercorak realiti dalam menentukan pemenang-pemenang hadiah utama, Christina menjelaskan: “Tujuan kami adalah untuk memberikan cabaran yang seberapa sengit dan menarik mungkin, agar kesemua 50 finalis mempunyai peluang sama rata dalam merebut hadiah utama iaitu SEPULUH pakej hias semula kediaman bernilai RM50,000 setiap satu.

Ia juga menjadi matlamat kami untuk memupuk semangat setiakawan dan kesukanan dikalangan para pelanggan di samping menjadikan ini satu momen yang akan diingati oleh semua peserta.

Untuk 40 finalis lain, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Sepuluh pemenang tempat pertama menerima petrol percuma untuk setahun daripada Petron, bernilai RM4,000 setiap seorang. Sepuluh pemenang tempat kedua menerima baucar Guardian bernilai RM2,000 setiap seorang dan 20 yang lain menerima mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000 setiap seorang.