Beli-Belah di Jakel & Menangi Pakej Umrah Percuma

Pertama seumpamanya, gedung tekstil terkemuka, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) meraikan pelanggan setia Jakel dengan membawa mereka yang bertuah menunaikan ibadah UMRAH. 

IMG-20171106-WA0039

Seramai 80 pemenang Hadiah Eksklusif Beli & Menang  Cabutan Hadiah 2016/2017 diraikan dalam majlis taklimat ringkas yang diadakan di Jakel Mall baru-baru ini yang turut menyaksikan penyerahan mock-up cek kepada Tabung Haji. Ia juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Travel, Tuan Hj Ahmad Suhaimee Ismail bersama warga kerja Tabung Haji Travel.

Anjuran majlis itu adalah lanjutan daripada Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2016/2017 yang diadakan sempena Kempen Jualan Akhir Tahun 2016 hingga bulan Mei 2017, di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Jakel memberi kelainan pada edisi kempen Jualan Akhir Tahun 2016 dengan mengadakan PERADUAN BELI & MENANG bagi memberi peluang kepada pelanggan setia mereka memenangi hadiah pakej umrah selain menawarkan hadiah berupa wang tunai setiap minggu.

IMG20171106164605

Perlaksanaan penganjuran kempen itu adalah salah satu alternatif bagi Jakel untuk menghargai dan meraikan sokonga kepada pelanggan mereka yang sentiasa menyokong sejak ia mula bertapak di Malaysia. Oleh itu, Jakel menggunakan medium ini sebagai tanda penghargaan dengan mengembalikan semula soongan kepada pelanggan dengan berkongsi semula keuntungan kepada mereka.

Atas dasar keprihatinan, Jkel mengambil platform ini dengan memberi peluang kepada pelanggan bertuah untuk menunaikan Umrah yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel.

Memandangkan majoriti pelanggan adalah kaum Melayu menyebabkan Jakel mengambil keputusan untuk meraikan pelanggan mereka mengerjakan Umrah secara PERCUMA selain memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara tidak langsung menunjukkan ketelusan Jakel memenuhi janji yang ditawarkan, bukan sekadar publisiti kosong.

Cara penyertaan peraduan ini sangat mudah. Pelanggan yang berbelanja RM1,000 di Jakel akan diberikan kupon penyertaan. Selepas mengisi maklumat, kupon tersebut akan dimasukkan dalam kotak yang disediakan di kaunter pembayaran. Semua kupon akan dikumpulkan selama 26 minggu sehingga cabutan bertuah dilakukan. Setiap cawangan akan memilih 2 pemenang bertuah.

Menurut Datuk Hj Mohamed Faro Mohamed Jakel, kempen ini telah mendapat respon yang sangat positif lagi memberangsangkan dengan jumlah penyertaan yang sangat ramai. Pemenang dipilih menggunakan mekanisme cabutan bertuah. Penganjuran majlis ini juga membuktikan bahawa kempen Peraduan Beli & Menang Jakel adalah satu peraduan yang telus, bukn hanya sekadar nama dan dibuktikan dengan meraikan semua pemenang.

“Pemenang Umrah meliputi dari seluruh Malaysia. Saya dimaklumkan ramai antara pemenang terkejut dan bersyukur dengan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan hadiah kemenangan yang diberikan bahkan ada yang tidak menyangka bahawa mereka memenangi hadiah menjadi tetamu Allah. Sebagai makluman, kempen ini adalah bagi menzahirkan penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan. Jakel sentiasa mencari peluang untuk memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami melalui produk dan perkhidmatan yang menarik atau program ganjaran seperti ini. ” tambah beliau.

Bagi menjadikan urusan ibadah Umrah berjalan lancar dan sempurna, Jakel  bersama Tabung Haji Travel Sdn Bhd akan memastikan pengurusan jemaah sewaktu di sana diuruskan dengan baik.

Kumpulan pertama bakal berlepas ke Tanah Suci pad 19hb November ini sehingga 29 November manakala kumpulan kedua bakal menyusul 22 Disember hingga 1 Januari 2018.

Ingin juga memenangi hadiah pakej Umrah?

Berita baik, Jakel menawarkan sekali lagi hadiah pakej Umrah PERCUMA dan kali ini, seramai 200 orang akan dipilih. Jadi, beli-belah dengan Jakel sekarang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s