VIVO V7 Untuk Swafoto Berkualiti

V7 satu lagi ahli terbaru dalam keluarga vivo V!

Photo 1 (5)
vivo perkenalkan V7, telefon pintar yang menghasilkan  swafoto yang berkualiti. Ia dilengkapi dengan teknologi terkini termasuklah kamera hadapan 24MP dan paparan skrip penuh.

“Sebagai pengguna yang sentiasa aktif di media sosial, telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang canggih amat penting kepada saya. Dengan adanya Paparan FullViewTM serta kamera depan 24MP, vivo V7 dapta memenuhi keperluan saya. V7 membantu saya menangkap detik-detik bermakna dan selfie saya memudahkan saya untuk berinteraksi dengan peminat,” –

Janna Nick selaku duta vivo V7+.

Gambar dan Swafoto Lebih Jelas Dengan V7

V7 dihasilkan dengan kepakaran vivo dalam teknologi swafoto. Kamera hadapan V7 mengekalkan warna foto dan pemandangan asli setiap masa, serta membolehkan pengguna menonjolkan keperibadian mereka pada setiap masa, di mana sahaja.

Teknologi Face Beauty 7.0 menjadikan swafoto lebih terang walaupun diambil dalam persekitaran yang gelap. Mod potret V7 memfokuskan pada subjek foto sama seperti yang dihasilkan oleh kamera DSLR.

18:9 Skrin Membawa Pengalaman Sempurna

V7 hadir dengan paparan ratio 18:9 pada skrin bersaiz 5.7 inci, yang memberikan lebih 12.5% paparan berbanding telefon skrin 16:9 yang biasa.

vivo V7 turut dilengkapi oleh cip lapan teras 64-bit Qualcomm CPU dan RAM sebesar 4GB, agar pengguna menikmati kepantasan pemprossessan terbaik. Antaramuka Funtouch 3.2 juga lebih mesra pengguna dan menjadikan V7 telefon terbaik untuk dimiliki. Selain pengesan cap jari, V7 turut dilengkapi teknologi pengecaman wajah Vivo. Ia mampu mengenalpasti lebih 100 titik perbezaan pada wajah manusia.

V7 bakal dijual bermula pada 25 November 2017 dalam warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,299 di kedai-kedai konsep vivo, kedai-kedai rakan vivo serta pasaran e-dagang. Manakala, pra-tempah untuk V7 akan bemula daripada 20 hingga 24 November 2017 di Lazada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s