Butik SKECHERS City Kini di Buka di IPC

Dengan keluasan 6,600 kaki persegi menjadikan Skechers di IPC butik kasut terbesar di Asia Tenggara!

Ribbon Cutting Ceremony 3

SKECHERS USA, Inc (NYSE:SKX), satu jenama global yang terkenal dalam industri fesyen sukan dan gaya hidup membuka butik terbaharu yang dikenali sebagai Skechers™ City Outlet di pusat beli belah IPC, Mutiara Damansara.

Dengan keluasan sebesar 6,600 kaki persegi, Skechers™ City Outlet menjadikan butik jenama Skechers™ yang terbesar di Asia Tenggara.

Skechers™ City Outlet baharu ini menggabungkan kedai konsep yang mengetengahkan koleksi fesyen kasut dan pakaian terkini dengan bahagian yang mempamerkan rangkaian koleksi sukan serta gaya hidup yang hangat bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Skechers™ telah berjaya memenangi hati masyarakat Malaysia menerusi:

  • Koleksi kasut yang bergaya dan selesa seperti Sport, D’Lites 2, Burst, USA, Bobs, Energy Lights, Twinkle Toes, the GOwalk dan GOrun
  • Pakaian untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top dan banyak lagi.

Skechers™ juga telah berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal seperti bintang hip-hop Korea Zico, kumpulan K-Pop terkenal EXO, pemenang anugerah multi-platinum Meghan Trainor, penyanyi dan penulis lagu Camila Cabello, model dan pelakon Kelly Brook, personaliti televisyen Brooke Burke-Charvet dan lagenda-lagenda sukan seperti Sugar Ray Leonard, Ozzie Smith serta Howie Long.

“Kami sangat teruja bagi memperkenalkan butik bersaiz besar ini untuk mengetengahkan stail terkini disamping koleksi yang memberi pilihan luas kepada semua pelanggan Skechers™ di bawah satu bumbung. Pembukaan Skechers™ City Outlet terbaru ini mencerminkan kedudukan jenama Skechers™ yang kian meningkat di pasaran tempatan sejak membuat kemunculan pertamanya di Malaysia.” –

-Vincent Leung, Presiden of Skechers™ Hong Kong dan Asia Tenggara.

Skechers™ City Outlet ini mempamerkan kira-kira 500 jenis produk Skechers™. yang mana bahagian dalaman butik dikategorikan mengikut bahagian lelaki, wanita, kanak-kanak serta kategori pakaian bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.

Vincent turut menambah,

“Kami tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak koleksi dalam rangkaian kedai konsep kami kerana kami percaya jenama ini akan terus berkembang mengikut pelan pemasaran yang telah dirancang sepanjang 2018 nanti”.

Menjelang tahun 2018, Skechers™ dengan penuh semangat bukan sahaja berazam untuk menempatkan diri dalam kelompok 3 jenama terbaik di dalam kategori fesyen kasut malah turut berhasrat mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu pasaran bagi koleksi kasut untuk kegunaan berjalan.

Skechers™ juga ingin memperkenalkan koleksi terbaharu dengan unsur-unsur lebih bergaya dan lebih selesa. Dalam masa yang sama, Skechers™ akan turut berkembang menerusi pembukaan 29 lagi butik baharu pada tahun depan sekaligus mencapai jumlah keseluruhan rangkaian jenama sebanyak 91 butik di Malaysia.

Untuk makluman lanjut, sila layari www.skechers.com.my atau kunjungi ke laman Facebook Skechers™ di http://www.facebook.com/Skechersmalaysia/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi Skechers™.

MENGENAI SKECHERS USA

SKECHERS USA, Inc yang berpusat di Manhattan Beach, California mereka bentuk, mebangunkan dan memasarkan pelbagai kasut gaya hidup untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak selain kasut berprestasi tinggi untuk lelaki dan wanita. Produk keluaran SKECHERS boleh didapati di Amerika Syarikat serta lebih daripada 1600 negara di seluruh dunia. Selain itu, Skechers juga menerusi butik istimewa selain turut dipasarkan di 1710 butik rangkaian pihak ketika milik syarikat SKECHERS dan e-dagang syarikat.

SKECHERS baru-baru ini telah menerima anugerah “Brand of The Year” untuk tahun ketiga berturut-turut di 2017 Footwear Industry Award. Koleksi SKECHERS KIDS pula telah dianugerahkan kecemerlangan reka bentuk dalam kategori kanak-kanak oleh penerbitan Footwear Plus. Ini menandakan Anugerah Plus yang ke-sembilan untuk Skechers bagi kecemerlangan reka bentuk kasut dan yang anugerah yang ketiga untuk kategori kanak-kanak.

Syarikat mengurus perniagaan antarabangsa melalui rangkaian pengedar global, rakan usaha sama di Asia dan Timur Tengah, dan anak syarikat milik penuh di Kanada, Jepun, di seluruh Eropah dan Amerika Latin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari skechers.com.my dan ikuti Skechers di Facebook (facebook.com/skechersmalaysia) dan Instagram (@skechersmalaysia).

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s