Rhythm of Life Jadi Trend Warna Jotun 2018

Adakah anda Urban Hipster, Hippie Dreamer ataupun Natural Escapist?

Pelancaran Trend Warna Global Jotun 2018 memperkenalkan TIGA tema warna yang baru:

  • CITY MOTIONS
  • SILENT SERENITY
  • LUSH GARDEN.

The management team of Jotun with the dancers who each represent the 3 colour themes - City Motions, Silent Serenity and Lush Garden copy

Tema-tema ini direka khas untuk menggambarkan kepelbagaian pilihan gaya hiasan dalaman yang mencerminkan identiti unik penghuni kota di setiap bandaraya yang berjiwa global.

Malaysia adalah pasaran pertama di Asia Tenggara yang mengalu-alukan kedatangan Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life.

Ketiga-tiga tema warna ini dihasilkan melalui pelaburan masa dan kepakaran ahli-ahli Pasukan Warna Jotun dari Norway yang dipimpin Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.

Trend Warna Global Jotun edisi 2018: Rhythm of Life, membawakan 3 irama yang berbeza bagi kediaman-kediaman kontemporari: CITY MOTIONS, SILENT SERENITY dan LUSH GARDEN. Ketiga-tiga irama berbeza ini mampu melengkapkan mood setiap tema dan mempamerkan keunikan warna dalam membentuk irama visual sesebuah bilik.

Tema-tema unik ini juga memberikan inspirasi kepada pemilik rumah mahupun pereka ruang dalaman dari semua lapisan dan dari mana jua – tak kiralah jika mereka berjiwa “hipster”, “hippie” ataupun sebagainya.

Perubahan berlaku di dalam aliran hidup dan irama kehidupan setiap insan berubah mengikut apa yang telah dialami – irama yang mempengaruhi cara hidup kita, pilihan berbeza yang kita buat, dan cara kita melihat dunia dan diri kita sendiri. Warna-warna Rhythm of Life menyediakan palet padan suai yang amat bersesuaian dengan keperibadian anda. Dan, apabila gaya atau pilihan anda berubah mengikut masa, anda boleh memanfaatkan kuasa luar biasa warna bagi mengubah suasana sebuah bilik dan mewujudkan ruang yang paling sesuai sekali dengan nilai-nilai diri anda yang terkini.

“Penyelidikan kami telah mengenal pasti tiga trend utama bagi penduduk-penduduk setiap bandaraya global: keinginan mengalami kuasa pemulihan alam semula jadi; impian ketenangan serta kehidupan yang lebih perlahan dan menyenangkan; dan keinginan untuk menjadikan bandaraya yang semakin padat berpenduduk sebagai ruang hidup gaya minimalis yang tetap kreatif. Kami telah merancang kad warna kami sebagai alat untuk membantu setiap penghuni kota mengekspresikan semua ini di kediaman mereka – mencampurkan dan memadankan warna dengan cara yang terbaik bagi mencerminkan identiti dan irama kehidupan mereka sendiri,” kata Lisbeth Larsen, Pengurus Warna Global Jotun.

Tema warna baru Jotun adalah cara yang baik untuk mendekati sifat peralihan yang dibawakan oleh rekabentuk dan warna berbeza. Tema-tema ini membolehkan anda membuat dan mempamerkan kecerahan, perasaan dan suasana yang berbeza untuk mencerminkan diri anda dengan lebih tepat.

“Jotun berada di barisan hadapan inovasi produk dan warna, dan sentiasa berusaha untuk melepasi jangkaan dengan membawakan produk berkualiti tinggi dan warna yang tahan lama bagi bangunan ikonik pencakar langit dan juga untuk apa jua kediaman,” kata Pengarah Urusan Jotun Malaysia & Singapura, Eric Mallace pada hari ini. Beliau juga berkata, “Sepanjang tahun, Lisbeth (Larsen) dan pasukannya di Norway memanfaatkan trend reka bentuk di bandar-bandar global, membaca laporan penyelidikan dari seluruh dunia dan melihat bagaimana gaya hidup kita berubah mengejar peredaran zaman; semua ini dilakukan supaya kami dapat meramalkan keinginan dan keperluan pereka-pereka rumah hari ini dan kemudian membuat warna yang sesuai digunakan oleh mereka. Kami juga amat berbangga kerana Malaysia menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara yang mempamerkan Trend Warna Global Jotun 2018. “

Tema-tema ini masing-masing direka untuk mencerminkan realiti kehidupan moden dan mengilhami imaginasi. Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life dengan 32 warna menyediakan setiap pereka dengan palet hiasan dalaman yang sesuai dengan pelbagai kediaman di seluruh dunia.

Melangkahlah ke masa hadapan 2018 untuk mengetahui palet warna yang akan memperbaharui bahagian dalaman kediaman anda .

TREND WARNA GLOBAL JOTUN 2018: RHYTHM OF LIFE

Kita semua bergerak mengikut rentak tersendiri – irama yang mempengaruhi cara hidup kita, pilihan yang kita buat, cara kita melihat dunia.

Trend Warna Jotun 2018: Rhythm of Life menggambarkan identiti global yang amat luas dan gaya dalaman untuk kediaman kontemporari melalui tiga tema warna; CITY MOTIONS, SILENT SERENITY dan LUSH GARDEN.

Tema: CITY MOTIONS
Warna-warna utama: biru pekat, kelabu marmar, coklat kayu

Diilhamkan oleh…..
Urban Hipster: Bagi hipster-hipster yang berani dan bangga.

Warna-warna City Motions mencerminkan budaya kreatif kota moden, di mana penghuninya menggemari reka bentuk terkini dan menanggalkan yang tidak perlu bagi mengubah ruang hidup terhad dengan garis-garis yang teratur dan bersih serta membawakan keanggunan bersahaja.

City Motions memaparkan kehidupan di bandar yang sibuk. Ia merangkumi seni bina dan sifat minimalis, namun masih lagi mesra-pakai – gaya santai bandar dengan butiran buatan tangan serta berfokuskan mesra alam.

Inspirasi gaya tema oleh Krakvik & D’Orazio
Rona biru membawakan ketenangan, dan dilengkapi pula bahan-bahan seperti bulu, linen, kulit, velvet, batu dan seramik.

WARNA-WARNA TEMA CITY MOTIONS

5455 Industrial Blue 5044 Icy Blue 5200 Dusky Blue
5452 Nordic Breeze 1434 Elegant 1877 Pebblestone
1973 Objective 1391 Bare 10981 Norwegian Wood
10965 Hipster Brown 10961 Raw Canvas

Diilhamkan oleh…..
Hippie Dreamer: Untuk “hippies” abad ke-21

Warna Silent Serenity diilhamkan oleh perjalanan nomad global dan gaya hidup pelbagai budaya yang mementingkan cahaya semulajadi dan rasa bebas kawasan lapang.

Silent Serenity dengan gabungan warna merah jambu dan coklat keperangan yang bersahaja menjanjikan suasana damai – fikirkan saja sayur-sayuran organik dan cara hidup menyenangkan.

Inspirasi Gaya Tema oleh Kravik & D’Orazio Kami telah mengadun pelbagai elemen budaya yang berbeza termasuk periuk tua, besi, bakul dan seramik. Semuanya dibuat dengan tangan menggunakan bahan semula jadi berbeza: linen, fabrik bulu binatang, batu, kulit asli dan terakota.

WARNA-WARNA TEMA SILENT SERENITY

10981 Norwegian Wood 20046 Savanna Sunset 20047 Blushing Peach
10580 Soft Skin 10966 Almond Beige 10965 Hipster brown
10678 Space 1024 Timeless 10962 Sandy
10963 Smoked Oak

Tema: LUSH GARDEN
Warna-warna utama: biru-hijau, coklat kekuningan dan merah

Diilhamkan oleh…..
Natural Escapist: Bagi pencinta alam semulajadi

Palet Lush Garden dicipta berasaskan permintaan warga kota yang inginkan kesegaran alam semula jadi ; daya tarikan kehijauan hutan tropika, dan taman botani yang menjanjikan ketenangan. Menggabungkan unsur-unsur semula jadi ke dalam ruangan dalaman sekitar anda akan membangkitkan semangat intrinsik di dalam diri yang menimbulkan kedamaian.

Lush Garden berlandaskan keinginan untuk dikelilingi kesegaran alam semula jadi. Ia membolehkan kita menggunakan warna dan botani yang sentiasa segar dan ceria
gayanya. Kami menumpukan perhatian menghasilkan habitat semulajadi umpama tempat-tempat yang sentiasa cerah bermatahari, contohnya Vietnam dan Malaysia, dengan ruang dalaman yang serba moden.

Inspirasi Gaya Tema oleh Kravik & D’Orazio
Tema Lush Garden mencampurkan warna-warna yang menyeronokkan, tumbuh-tumbuhan besar, bunga-bunga yang meriah, objek etnik dan antik, serta bahan semula jadi termasuk linen, sutera, bakul dan seramik.

WARNA TEMA GARDEN LUSH
5454 Dark Teal 6352 Evening Green 6350 Soft Teal
8494 Organic Green 8493 Green Tea 8302 Laurel
8281 Pale Linden 2727 Red Maple 20055 Dusty Rose
20054 Silky Pink 2588 Artist Clay 10963 Golden Bronze
6351 Tender Green

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s