BIMYOU Creations Perkenal Jenama Kecantikan Halal dari Korea S2J Cosmetics

Tahniah syarikat BIMYOU Creations kerana menjadi syarikat kecantikan tempatan pertama melancarkan jenama kecantikan Korea S2J di Malaysia!

BimyouxS2J_1

Bimyou Creations Sdn. Bhd., sebuah syarikat kecantikan tempatan telah mengadakan majlis pelancaran produk penjagaan wajah Korea Selatan berjenama S2J Cosmetics dengan jayanya di Ruang, Shah Alam.

Ini adalah kali pertama S2J Cosmetics berada di pasaran Malaysia. S2J Cosmetics yang merupakan milik sepenuhnya syarikat YGP Co. Ltd. dari Korea Selatan bakal berada di pasaran Malaysia bermula Januari 2018.

Kerjasama antara syarikat Bimyou Creations dan YGP Co. Ltd. merupakan kerjasama positif antara dua negara.

Keunikan produk S2J Cosmetics untuk pasaran Malaysia adalah ia akan dihasilkan di kilang tempatan yang berstatuskan Halal serta diiktiraf GMP (Good Manufacturing Practice) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nur Zaty Liyana Indra Gunawan, Pengarah Urusan syarikat Bimyou Creations Sdn. Bhd. berkata:

“Idea untuk membawa masuk produk kecantikan S2J Cosmetics ke pasaran Malaysia adalah untuk mengatasi masalah wanita di luar sana yang mempunyai kesulitan dalam pemilihan produk wajah yang bersesuaian dan berkualiti. Saya amat meminati produk kecantikan Korea Selatan tetapi saya mendapati bahawa kebanyakan produk mereka tidak begitu serasi dengan kulit kita. Ini kerana, formula yang digunakan adalah berbeza bagi memenuhi keperluan jenis kulit mereka dan juga iklim di sana yang mempunyai empat jenis musim.

Kita tahu bahawa produk-produk kecantikan Korea Selatan dihasilkan dengan menggunakan formula yang berasaskan teknologi supaya ia memberi kesan yang lebih efektif pada kulit wajah. Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan produk wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit dan iklim di Malaysia dengan menggunakan formula berasaskan teknologi dari Korea Selatan. Dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk menghasilkan produk S2J Cosmetics di kilang tempatan untuk pasaran Malaysia agar ia sesuai digunakan pada jenis kulit wajah wanita Malaysia dan juga iklim di sini.”

Penghasilan produk kecantikan S2J Cosmetics di kilang tempatan yang mempunyai status Halal dan diiktiraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah amat penting kerana ia dapat memberi jaminan kepada wanita di luar sana bahawa setiap produk S2J Cosmetics yang dihasilkan adalah berkualiti serta selamat dan bersih untuk digunakan pada kulit wajah.

“Sudah menjadi kebiasaan pada wanita untuk bertanyakan soalan berkenaan produk kecantikan wajah itu sebelum membuat keputusan untuk membelinya atau pun tidak. Adakah kandungan produk ini Halal? Bagaimana pula dengan kualitinya? Adakah produk ini selamat untuk digunakan pada kulit wajah? Oleh itu, bagi memenuhi permintaan mereka, kami dan rakan kongsi kami dari Korea Selatan telah berjaya menghasilkan formula produk kecantikan wajah yang berkualiti berasaskan teknologi dari Korea Selatan, selamat untuk digunakan pada kulit wajah serta bersesuaian dengan iklim di Malaysia.

Rakan kongsi perniagaan antara Bimyou Creations dan YGP.

IMG20171216151002

Seo Sujin adalah pengasas kepada YGP Co. Ltd. dan juga S2J Cosmetics. Beliau merupakan Make up Artist “Hallyu” yang pertama di Korea Selatan. Walaupun beliau mempunyai pengalaman dalam bidang kecantikan lebih daripada 20 tahun, namun beliau tidak pernah jemu untuk melopori teknik-teknik dan trend terkini. Oleh sebab itu, Seo Sujin sentiasa berada satu langkah di hadapan dari segi ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kecantikan.

Apabila ditanya mengenai perkongsian perniagaan ini, Seo Sujin berkata,

“Saya amat teruja dengan kerjasama antara Bimyou dan YGP. Pelancaran produk S2J “White Fleur” di Malaysia bakal menjadi produk pertama S2J yang menembusi pasaran di Asia Tenggara. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan kami.

Selain itu, saya juga berharap bahawa penghasilan produk S2J di kilang Malaysia yang berstatuskan Halal serta diiktiraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dapat meluaskan lagi pasaran produk ini dan juga memenuhi keperluan jenis kulit pengguna di Malaysia.” 

 

Produk Pencerahan Kulit S2J “White Fleur”

S2J “White Fleur” ini merupakan produk pencerahan kulit yang mampu menyihatkan kulit agar tampak lebih muda. Produk ini mempunyai tujuh agen pencerahan di mana setiap satu agen itu diekstrak secara organik. Tujuh agen pencerahan ini adalah sangat berkualiti kerana ia diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan dan kebanyakannya adalah daripada jenis bunga-bunga yang berwarna putih. Maka, Bimyou telah memperkenalkan produk S2J untuk pasaran Malaysia sebagai produk variasi “White Fleur” yang membawa maksud bunga putih.

Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur” telah diuji secara klinikal dan kesannya juga telah terbukti mengikut laporan ujian makmal.

Set “White Fleur” ini mempunyai 4 barangan yang merangkumi langkah asas penjagaan wajah seperti orang Korea:

  • Cleansing Oil, 115ml, RM65 – Membersihkan setiap kotoran, bakteria dan sel-sel kulit mati agar wajah menjadi lebih bersih, lembut tanpa merosakkan kulit.
  • Cleansing Gel, 115ml, RM60 – Menghasilkan buih-buih ringan yang kaya dengan agen pembersih bagi mendapatkan proses pembersihan muka secara efektif agar wajah tampak lebih segar dan bermaya.
  • Toning Essence, 115ml, RM85 – Menganjalkan kulit secara dwi kali dengan kelembapan dan nutrisi bagi mendapatkan kelembutan dan seri pada kulit wajah.
  • Hydrating Moisturizer, 50ml, RM110 – Krim ringan yang dapat menyegarkan kulit wajah serta dapat menambahkan hidrasi dan kelembapan agar wajah kelihatan lebih lembut dan licin.

Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur” boleh dibeli melalui atas talian dan juga menerusi stokis yang disahkan bermula Januari 2018 dengan harga RM288 bagi setiap set. Untuk butiran lebih lanjut, sila lawati http://www.bimyou.com.my.

Berkenaan Bimyou Creations

Bimyou Creations Sdn. Bhd. diasaskan pada tahun 2016 dan mempunyai visi untuk melahirkan generasi wanita yang mempunyai keyakinan tinggi dan menghargai kelebihan diri mereka dengan menyerlahkan imej dan keterampilan yang cantik melalui kaedah teknologi serta pendidikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s