Telefon Dwi Kamera MEIZU M6 Note Kini di Malaysia

Jika anda sedang mencari-cari telefon pintar terbaru namun bajet yang ada di di bawah RM1,000, maka Meizu M6 jawapannya.

Group Photo (2)

Meizu, sebuah syarikat pengeluar elektronik konsumer dan telefon pintar terkemuka mengumumkan kehadiran Meizu M6 Note di Malaysia

meizu_m6_note_story_1503487482266

Meizu M6 Note adalah telefon pintar pertama dari Meizu yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon. Tambahan pula dengan skrin 5.5-inch yang luas, dwi-kamera di belakang dan juga bateri besar dengan sokongan cas pantas – ini adalah telefon dibawah RM 1000 yang paling berbaloi di pasaran sekarang!

PRESTASI TINGGI DENGAN SNAPDRAGON 625

Dinobatkan sebagai Superstar berharga kurang dari RM 1,000 – M6 Note dikuasai oleh cip pemprosesan lapan-teras Qualcomm Snapdragon 625 dengan kelajuan 2.0GHz. Model ini adalah model pertama buatan Meizu yang menggunakan cip Qualcomm yang jimat tenaga ini. Dengan menggunakan proses pembinaan 14 nanometer LLP terbaru, ia membolehkan M6 Note menggunakan kuasa yang sedikit, sekaligus menawarkan jangkahayat bateri yang panjang. Ditambah pula dengan GPU Adreno 506 yang menawarkan 71% kecekapan lebih baik dari generasi terdahulu – ini bermaksud Meizu M6 Note meyokong lebih banyak aplikasi game untuk pengalaman yang lebih unggul.

NYAHKUNCI DALAM MASA 0.2 SAAT

Paparan LTPS 5.5-inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel telah digabungkan dengan badan ‘unibody’ logam dan bahagian tepi yang telah di-camfer-kan. Nisbah kontras skrin sebanyak 1000:1 pula menjaminkan apa yang dipaparkan jelas, terang dan nyata.
Butang Meizu mBack di bahagian hadapan berfungsi sebagai sensor cap jari yang boleh mengnyah-kunci M6 Note dalam masa 0.2 saat! Butang mBack ini juga menyokong sistem pembayaran AliPay untuk kemudahan pembayaran dan juga sebagai sekuriti tambahan untuk setiap transaksi di M6 Note.

DUA KAMERA UNTUK GAMBAR BERKUALITI TINGGI

Fotografi dengan Meizu M6 Note adalah baik sekali. Sistem dwi-kamera M6 Note menggunakan sensor 12-megapiksel Sony IMX362 dengan apatur f/1.9, saiz pixel sebesar 1.4um dan lensa 6P; ia disertakan sekali dengan sensor 5-megapiksel Samsung 2L7 sekunder. Kamera belakang menggunakan sistem autofokus Dual Phase Detection yang boleh memfokus selaju 0.03 saat untuk memberikan prestasi kamera yang terbaik untuk kelasnya.

Lampu denyar 4-LED dwi-warna pula disemadikan di garisan antena, yang menghasilkan sumber cahaya yang terang dan tampak semula jadi untuk gambar di kala cahaya yang kelam.

Meizu M6 Note mempunyai algoritma dari Acrsoft yang mengoptimumkan bokeh dwi-kamera dan menggunakan fungsi pengurangan bunyi semasa cahaya yang malap. Kedua-dua fungsi ini meningkatkan kualiti bokeh dan gambar dengan ketara.
Untuk swafoto yang menawan hati, M6 Note mempunyai kamera 16-megapiksel dengan apatur f/2.0 di bahagian hadapan. Apabila digabungkan dengan algoritma kecantikan dari Arcsoft, warna kulit yang semulajadi dan juga tekstur yang menawan kini lebih terserlah. Tambahan pula, Flyme OS hadir dengan beratus-ratus pelekat kamera, untuk mencantikkan gambar yang diambil sebelum dikongsi bersama.

BATERI YANG MENGAGUMKAN DENGAN SOKONGAN CAS PANTAS 18W

Meizu berjaya memuatkan bateri sebesar 4,000mAh ke dalam badan M6 Note yang boleh bertahan selama 10 jam secara berterusan apabila memainkan game. Peranti cekap kuasa ini juga datang dengan pengecas pantas mCharge 18W untuk mengcas M6 Note. Telefon pintar ini menggunakan Flyme 6 dengan One Mind AI Meizu yang telah dibina berdasarkan Android 7.1.2 Nougat. Ia mempunyai dua slot SIM, 4G LTE, Bluetooth 4.2 dan juga Wi-Fi 802.11a/b/g/n.

HARGA DAN KETERSEDIAAN

Model terbaru Meizu ini tersedia di dalam empat warna:

  • Moonlight Silver
  • Champagne Gold
  • Blue
  • Obsidian Black.

Ia mempunyai 3GB RAM dan 32GB storan dalaman dan kini dijual dengan harga RM899 di Malaysia. Meizu M6 Note akan dijual di kedai-kedai jenama Meizu dan juga rakan e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Meizu juga akan menjual Meizu M6 untuk para peminat di Malaysia yang inginkan peranti yang lebih kompak. Meizu M6 akan dijual dengan harga RM 599 apabila ianya dilancarkan dengan rasmi tidak lama lagi.

Perbandingan diantara Meizu M6 Note dan Meizu M6 boleh dilihat dibawah:

  • MEIZU M6 NOTE MEIZU M6
  • DISPLAY 5.5-INCH 1080 x 1920 PIXELS 5.2-INCH 720 x 1280 PIXELS
  • CHIPSET QUALCOMM SNAPDRAGON 625 MEDIATEK MT6750
  • CPU OCTA-CORE 2.0 GHZ OCTA-CORE 1.5 GHZ
  • MEMORY CAPACITY 3GB RAM + 32GB ROM 3GB RAM + 32GB ROM
  • CAMERA REAR: 12 MP F1.9 + 5 MP F2.0
  • FRONT: 16MP F2.0 REAR: 13 MP F2.2
  • FRONT: 8MP F2.0
  • BATTERY 4000 MAH 3070 MAH
  • OS FLYME UI 6.0 BASED ON ANDROID 7.1.2 NOUGAT FLYME UI 6.0 BASED ON ANDROID 7.0 NOUGAT
  • BODY DIMENSION 154.6 x 75.2 x 8.4 MM 148.2 x 72.8 x 8.3 mm
  • WEIGHT 173 GRAMS 143 GRAMS

Selepas tiga bulan di pasaran, Meizu Malaysia telah menerima sambutan yang menggalakkan untuk siri Meizu Pro 7. Kebanyakan pengguna tertarik dengan rekabentuk dwi-skrin unik Pro 7.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan, Meizu Malaysia telah mengurangkan harga jualan untuk Pro 7 dan Pro 7 Plus ke RM1,499 dan RM 2,399 yang membolehkan lebih ramai pelanggan setia untuk memiliki model-model ini.

Harga terbaru ini akan dikemaskinikan di kesemua kedai-kedai jenama Meizu di seluruh negara. Ianya juga boleh dibeli dalam talian melalui rakan e-dagangan rasmi Meizu Malaysia seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut:
Meizu Malaysia official Hotline: 03-8023 2100
Meizu Malaysia official Website: https://www.meizu.com/en/
Meizu Malaysia official Facebook: http://www.facebook.com/meizumyofficial

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s