OPPO F5 6GB Merah Bergaya & Berkilau Dengan Kristal Swarovski

Wow merahnya Oppo F5 baharu ni! Bukan sahaja berseri-seri tapi bertambah berkilau dengan sarungnya yang bertatatahkan kristal Swarovski. Setiap pebelian Oppo F5 ini juga, anda bakal menerima Kotak Hadiah Edisi Terhad untuk Edisi Merah.

IMG20171206123950

OPPO Malaysia sekali lagi memperkenalkan rangkaian telefon terbaharu iaitu OPPO F5 6GB yang boleh didapati dalm 2 (Dua) varian iaitu Hitam & Merah.

Menariknya, OPPO telah mereka kotak hadiah Edisi Terhad yang anggun berona merah terang yang turut mengandungi satu arung telefon bertatahkan kristal Swarovski. Memangkan ia adalah Edisi Terhad, maka ia hanya ditawarkan kepada 1,000 pelanggan pertama yang membuat pra-pesanan bermula 6 Disember lalu.

OPPO F5 menawarkan pilihan konfigurasi 6GB RAM dan 64GB ROM untuk pengalaman permainan, bertukar antara aplikasi, penstoran dan pengalaman operasi yang lebih lancar secara menyeluruh yang bleh dinikmati oleh pengguna dalam masa sama tidak perlu khuatir akan masalah kekurangan memori mahupun penstoran.

Sama seperti model OPPO F5, model F5 6GB ini ditwarkan dengan pemproses Octa-core yang memberikan kelajuan prestasi lebih tinggi untuk pengalaman permainan terunggul.

“Kami begitu teruja untuk memperkenalkan OPPO F5 6GB kepada pasaran Mlaysia, ia didatangkan dengan 6GB RAM dan 64 ROM yang lebih tinggi, sekali gus membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak swafoto semula jadi, muzik dan fail disamping mendapatkan pegalaman peralihan di antara aplikasi yang lebih lancar dan pantas.”

-Ken Ng, Pengurus Produk bagi OPPO Malaysia

Varian OPPO F5 6GB rona merah begitu memukau dan bergaya manakala hitam kelihatan elegan serta canggih. Persamaan kedua-dua rona ini adalah ia sesuai dipadankan dengan sebarang pakaian. Apabila digabungkan dengan kemasan depan berwarna hitam atau merah pastinya menyerlahkan aura sofistikated OPPO F5 6GB ini.

Pengumuman OPPO mengenai kerjasama bersama Swarovski menandakan satu lagi langkah untuk terus mewujudkan keseronokan telfon ini.

Menurut Nikki Chen Lu, Pengarah Penjenamaan bagi OPPO Malaysia:

Kedua-dua telefon ini diminati oleh golongn mua yang secara kebetulannya turut menjdi penaja pertunjukan fesyen Victoria’s Secret baru-baru ini yang menjadi ikutan generasi muda yang mementingkan fesyen dan trend terkini. Perkongsian ideal ii akan melahirkan satu sarung telefon eksklusif yang bertatahkan kristal Swarovski.”

Sempena pelancaran OPPO F 6GB Edisi Merah, sebuah kotak edisi terhad telah direka khas sebagai ganjran buat 1,000 pelanggan pertama yang membuat pra-pesanan. Kotak hadiah itu didatangkan dengan sarung telefon bertatahkan kristal Swarovski.

Pelakon Neelofa telah dilantik sebagai Duta produk OPPO F5 6GB Edisi Merah. Beliau berkongsi mengenai telefon ini semasa lawatannya ke Shanghai dan dalam masa sama menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret yang ditaja ecara rasmi oleh OPPO.

Sepanjang di pertunjukan fesyen itu, Neelofa berkongsi gambar swafoto bersama Angeles Victoria Secret sekali gus memperkenalkan dirinya sebagai Duta OPPO F5 6GB Edisi Merah. Dengan semangat dan personaliti beliau, memang sesuai dijadikan duta jenama itu.

Sebagai Duta OPPO F5 6GB Edisi Merah dan Rakan kepada Swarovski di Malaysia, saya teruja dengan perkongsian ini. Saya berharap mendapatkan salah satu daripda sarung edisi terhad ini kerana ia pasti menjadi satu kenyataan fesyen yang berani! Satu telefon merah bersarungkan kristal Swarovski-ia pasti menjadi satu daya tarikan unik.

Satu lagi perkara yang benar-benar mengujakan saya adalah rona merahnya yang anggun. Ia adalah warna yang cantik sesuai dipadankan dengan pakaian saya membuatkan saya rasa bergaya. Merah adalah varian yang sangat mengagumkan dan sering dilihat seksi, bersemangat dan sedikit nakl. Inilah cara saya menjalani kehidupan saya.”

-Neelofa

OPPO F5 6GB juga dilengkapi denan mod medan jelas, iaitu fungsi baru yang memberi sentuhan professional kepada swafoto hasil gabungan kamera hadapan 20MP dan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I yang hebat diperkatakan dn menghasilkan swafoto berkualiti premium.

Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I

Selain dilengkapi dengan kamera hadapan 20MP, ia dipadankan dengan apertur f/20 dan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I yang mengumpulkan maklumat serta mempelajari ciri-ciri khusus wajah orang daripada pangkalan data imej dunia wajah manusia. Jurugambar dan arti solekan profesional dirujuk semasa proese Penyelidakn & Pembangunan menghasilkan teknologi A.I yang mempunyai keunikan unik untuk mencontohi kemahiran profesional yang dapat membntu swafoto kelihatan lebih menarik.

Teknologi itu juga apat mengesan tona kulit dan jenis, jantina dan usia, memadankan dengan pangkalan datanya seterusnya membuat peningkatan kecantikan yang dikhususkan untuk setiap individu dalam swafoto. Dengan lebih 200 ciri wajah yang diimbas, teknologi A.I mampu mengesan wajah secara terperinci dan memperbaiki swafoto anda.

‘OPPO sentiasa komited dalam menampaikan teknologi swafoto terkemuka di dunia untuk menikmati kemudahan dan mempunyai pengalaman fotografi swafoto yang terbaik. Dengan OPPO F5 6GB, pengguna boleh menangkap swafoto yang terbaik dalam apa jua keadaan.”

-William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia.

OPPO F5 6GB dilengkapi dengan:

  • Paparan Penuh 6 inci FHD+paparan
  • mempunyai skrin resolusi tinggi 2160×1080 dengan nisbah aspek 18:9
  • Facial Unlock, teknologi pengenalan muka baru yang akan mengenali penggunanya dan mengaktifkan telefon

F5 dan F5 Youth juga dari rangkaiana siri F5 telah mencatat kejayaan besar sejak ia dilancarkan. Pra-pesanan rangkaian ini melebihi pendahulunya iaitu Pakar Selfie, F1 sehingga empat kali ganda dalam tempoh 9 hari selepas diperkenalkan sekali gus mencipta rekod jualan baharu dalam sejarah OPPO Malaysia.

Tempoh pra-pesaan OPPO F5 6GB Edisi Merah bermula pada 6 Disember di Kedai Konsep OPPO dan laman rasmi OPPO.

Cepat buat pesanan jikan anda ingin memiliki kotak hadiah edisi terhad.

Maklumat lanjut:

www. oppo.com/my/index.html

www.facebook.com/malaysiaoppo/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s