Jenama Organik Itali Alce Nero Untuk Hidangan Seimbang di Musim Perayaan

Musim perayaan memang tak dinafikan memang asyik makan. Jadi untuk dapatkan hidangan seimbang bolehlah guna produk organik Alce Nero

Jenama organik terkemuka dari Itali ini telah memperkenalkan satu siri lima resepi perayaan yang sihat dan kreatif. Ia terdiri daripada masakan tradisional dan masakan fusion yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Semua produk Alce Nero adalah 100% organik dan diiktiraf oleh undang-undang Kesatuan Eropah termasuklah tanaman, tanah pertanian, kilang pemprosesan, prosedur dan kandungan yang digunakan untuk pengeluaran.

Produk organik Alce Nero merangkumi rangkaian pasta kering, sos pasta, madu, minyak zaitun dan jem buah-buahan.

Selaku jenama pilihan kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan dan alam sekitar, Alce Nero sentiasa memperkenalkan resepi unik serta kreatif yang memanfaatkan produk-produk yang telah menerima persijilan organik.

Rangakaian produk Alce Nero diperakui Halal oleh badan-badan persijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sempena musim perayaan ini, terokai hidangan tradisional dan fusion bersama citarasa Itali yang meningkatkan rasa semula jadi serta organik yang menggabungkan ramuan Asia bersama hasil tanaman Itali tulen dan berkualiti tinggi.

Bolehlah cuba hidangan:

  • Prosperity Lucky Rolls
  • Spageti Telur Masin bersama Filet Ikan
  • Udang Masak Asam Jawa Bermadu
  • Pai Carbonara
  • Hotcakes Berinti Jem bersama Pir Rebusan Madu

Rasai citarasa timur dan barat yang terbaik dengan trend kulinari Telur Masin bersama spageti Itali Alce Nero. Ia kemudian dikontraskan pula dengan kemanisan filet ikan kicap bermadu yang berciri Asia. Pai carbonara merupakan satu hidangan yang mengenyangkan. Ia menggabungkan spaghetti carbonara yang berkrim dengan keju di atasnya. Hidangan yang unik dan berbau enak ini akan membuatkan ahli keluarga dan tetamu anda ingin menambahnya.

Udang Masak Asam Jawa Bermadu menggunakan minyak zaitun dara ekstra Alce Nero, Alce Nero Organic Balsamic Vinegar dan madu Wildflower Organik Alce Nero yang digandingkan dengan rasa masam asam jawa untuk sensasi kulinari yang pasti membuka selera.

Pasta Alce Nero mengandungi indeks glycemic lebih rendah dan kandungan protein tinggi, sekali gus membuatkannya sesuai untuk pesakit diabetes.

Makanan dengan indeks glycemic (GI) lebih rendah adalah tambahan yang baik dalam pemakanan harian kerana ia lambat diserap dan dicerna, seterusnya mampu meregulasikan kadar gula dalam darah dan insulin secara perlahan-lahan, serta nyata memberi faedah kepada kesihatan. Diet rendah GI terbukti dapat menambah baik tahap glukosa dan lipid dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes (jenis 1 dan 2) . Ia berfungsi menjaga berat badan kerana dapat mengawal selera dan membuatkan anda lambat lapar.

 

Gunakan minyak zaitun dara ekstra Alce Nero dan madu Wildflower Organik Alce Nero untuk hidangan Prosperity Lucky Rolls yang enak. Ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai hidangan ringan atau digabungkan bersama juadah lain.

Minyak zaitun dara ekstra Alce Nero diperbuat daripada buah zaitun terbaik yang dipilih di Sicily. Ia mengandungi rasa dan manfaat kesihatan jantung menerusi kandungan vitamin serta anti-oksidan yang tinggi.

Bagi memenuhi keinginan selera anda terhadap makanan manis, nikmati Hotcakes Berinti Jem bersama Pir Rebusan Madu. Pilihlah dari jem organik Alce Nero yang terdiri daripada strawberi, plum, pic dan beri campuran untuk kek dan Alce Nero Organic Acacia Honey untuk pir rebusan madu anda.

Jem buah-buahan Alce Nero diperbuat daripada buahan-buahan organik berkualiti tinggi. Ia tidak mengandungi gula tambahan dan pektin, demi memelihara rasa yang semula jadi.

Tulen dan semula jadi, Madu Organik Alce Nero mengandungi unsur anti-bakteria semula jadi. Ia tidak dipanaskan, sekali gus dapat mengekalkan segala nutriennya yang menyihatkan. Madu ini juga merupakan satu sumber tenaga yang terbaik dan boleh digunakan dalam pelbagai hidangan manis, mahupun lauk kegemaran anda.

Hidangan-hidangan ini pasti akan menjadi tarikan pada musim perayaan nanti. Setiap hidangan ini adalah gabungan ramuan Asia dan produk keluaran Itali untuk menghasilkan satu juadah yang akan menjadi kegemaran keluarga serta rakan-rakan anda.

Untuk resipi yang sihat dan unik, maklumat lanjut mengenai Alce Nero serta rangkaian resepi yang luas, sila layari laman web http://alcenero.asia/ dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/

Mengenai Alce Nero
Alce Nero telah diasaskan pada tahun 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali menjadi perintis revolusi produk organik dengan mengeluarkan makanan yang berkhasiat dan mesra alam sekitar. Alce Nero menggabungkan teknik-teknk pertanian tradisional dengan penyelidikan terkini dari aspek kesihatan dan persekitaran. Teknik-teknik tersebut telah berkembang, tetapi jaminan kualiti kami tetap berdasarkan ramuan asas daripada Alce Nero iaitu: cinta kepada makanan, hormat kepada alam persekitaran dan menidakkan penggunaan bahan-bahan kimia sintetik.

Kini, Alce Nero merupakan jenama organik nombor satu di Itali. Pengeluar-pengeluar kami terbabit dalam kesemua peringkat pembuatan, dan ini membolehkan kami menekankan semua prinsip-prinsip kami disepanjang proses pengeluaran dan memastikan makanan kami adalah berdasarkan kepada keasliannya. Hanya dengan itu, kami dapat memastikan hasil produk yang berkualiti tinggi, 100% organik, produk-produk Itali yang sebenar dibawa daripada ladang pertanian kami terus ke pinggan anda.

Alce Nero terkenal dengan persijilan organik yang telah diberikan oleh badan-badan pensijilan yang paling ketat dari Kesatuan Eropah dan Jepun.

Di Malaysia, Alce Nero membawa rangkaian pasta organic, minyak zaitun extra virgin, sos tomato, jem and madu. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.alcenero.asia <http://www.alcenero.asia&gt; atau Facebook AlceNeroMalaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s