Persiapan Tahun Baru Cina Jadi Mudah Dengan 11street

Memandangkan banyak barang yang perlu disediakan oleh mereka yang menyambut kedatangan tahun baru ini, maka 11street bekerjasama dengan Just Order Conveniently On Mobile (JOCOM) menawarkan pembelian barangan dan beli-belah secara online.

Photo 1_lowres

“Semain ramai rakyat Malaysia yang sudah mulai membeli barang keperluan rumah secara online dan sehingga hujung tahun 2017, terdapat peningkatan dalam pembelian online bagi kategori produk tersebut. Ini memberi keyakinan kepada 11street untuk bekerjasama dengan JOCOM dalm menjadi platform e-dagangan yang menawarkan produk segar, produk sejuk beku dan bahan yang diperlukan untuk meraikan Tahun Baru Cina. Dengan jalinan kerjasama ini akan dapat memberi peluang kepada pengguna untuk mengguna platform kami sebagai tempat membeli-belah sempena kedatangan tahun baru nanti.”

-Bruce Lim-Naib Presiden, Merchandising 11street.

Photo 4_lowres

Kerjasama dengan JOCOM tidak terhad kepada penjualan produk tetapi juga kepada terbitan program masakan 10 episod iaitu “Cooking Up Prosperity” yang ditayangkan secara online.

Ia menampilkan cef terkenal, Cef Cheah Kee Khiang dan pengacara Wong Chui Ling yang akan memasak hidangan Tahun Baru Cina menggunakan bahan-bahan yang boleh dibeli di 11street.

“Apabila kami mula bekerjsama dengan 11street tahun lepas, kami ingin menambah bilangan pengguna dan paling penting, kami ingin memberi kemudahan membeli-belah barangan keperluan harian secara online. Selain itu, kami juga menghasilkan program masakan untuk membantu pelanggan kami yang menyambut tahun baru menyediakan makanan dengan mudah tanpa perlu keluar umah.”

-Joshua Sew, Ketua Pengarah Eksekutif, JOCOM.

Program masakan yang ditaja oleh Clio, Desa Home, Electrolux, F&N, Khind, Kinohimitsu, Maggi, Onenot-enough, Philips, Sharp, SJK Electrical, Starbucks, Sublime dan Trine Nexus akan ke udara pada setiap hari Selasa dan Khamis. Ia berlangsung selama 10 minit sahaja. Antara menu yang bakal disediakan adalah Golden Prosperity (Fried Prawn with Salted Egg Floss), Tremendous Opulence (CNY Cae with Taro & Sweet Potato) dan Superior Smooth Porridge.

Menariknya, sempena tahun baru ini, 11street akan mengadakan promosi diskaun sehingga 50% dan penghantaran percuma bagi lebih 3,000 barang elektrik serta keperluan rumah.

Selain itu, bagi pelanggan 11street, mereka juga boleh menikmati penjimatan tambahan dengan melawat “Promotion Page” untuk memuat turun kupon diskaun bermula dari RM20 bermula hari ini sehingga 4 Mac akan datang.

Untuk maklumat lanjut, layari http://promotion.11street.my/2018/01/cooking-prosperity.

Dalam majlis itu juga, JOCOM telah menerima akuan daripada Malaysia Book of Records untuk anugerah “First Grocery Mobile Commerce App”. Anugerah itu disampaikan oleh Tan Sri Danny Ooi, Pengasas Malaysia Book of Records sambil disaksikan oleh YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s