Ranggi dan Bergaya di Tahun Baru Bersama Kacamata BOLON

 

Ubah penampilan sempena kehadiran tahun baru dengan koleksi kacamata BOLON.

Didatangkan dengan pelbagai pilihan bingkai berwarna terang seperti merah, merah jambu, kuning dan biru, koleksi terbaharu Bolon musim ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk terkini, malah ia turut diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.

Koleksi yang bergaya serta ranggi ini mendapat inspirasi daripada;

  • Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas)
  • Wavy (inspirasi rekaan ukiran)
  • Eiffel (inspirasi rekaan Menara Eiffel)
  • Layers (inspirasi rekaan corak geometri)

Keempat-empat reka bentuk daripada koleksi terbaharu Bolon melambangkan keperibadian, pengungkapan personaliti dan gaya si pemakai pada musim ini.

Terdapat pelbagai pilihan rekaan terbaru yang pasti menyerlahkan lagi personaliti anda disamping menyempurnakan transformasi diri anda sempena sambutan tahun baru 2018.

JEWELLIKE
Siri ini diilhamkan daripada gaya feminin yang disulami dengan kehalusan reka bentuk barangan kemas sesuai untuk pelbagai peringkat usia.

WAVY
Siri ini diilhamkan daripada arca besi gergasi ‘Ali and Nino’ hasil karya seorang artis dari Georgia, Tamar Kvesitadze dan berdasarkan sebuah kisah cinta oleh Kurban Said. Direka berdasarkan ukiran berkenaan, bahagian tepi bingkainya yang beralun sepadan dengan konsep alunan pada ukiran itu.

EIFFEL
Siri ini diilhamkan daripada reka bentuk struktur Menara Eiffel. Rangkaian kacamata ini menampilkan reka bentuk ukiran besi yang anggun.

LAYERS
Siri ini diilhamkan daripada gabungan konsep deconstruction, segmentation dan reconstruction yang membentuk sebuah reka bentuk unik.

Koleksi terbaharu Bolon dijual pada harga bermula RM638 (tidak termasuk 6% GST) dan boleh didapati di butik-butik optikal A-Look, Proeyes dan Seen di seluruh Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Terbaharu Bolon, sila kunjungi http://www.boloneyewear.com.

Mengenai Bolon®

Bolon merupakan jenama kaca mata rekaan Itali yang diasaskan pada tahun 2003. Bolon telah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Essilor pada tahun 2013. Bolon adalah satu-satunya jenama kaca mata yang menawarkan gaya mewah yang berpatutan dengan menawarkan fesyen, reka bentuk dan kualiti yang juga merupakan nilai teras kepada jenama tersebut.

Bolon yang sentiasa mengikuti gaya fesyen terkini, menawarkan ciri-ciri rekaan Itali yang unik dan elegan serta berkualiti tinggi dan penggunaan bahan-bahan kaca mata terbaik seperti Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan pemilihan warna dan tekstur yang menarik dan Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.

Bagi Bolon, kanta kualitatif merupakan elemen penting kepada nilai jenama berkenaan dengan menampilkan kanta polarisasi berdefinisi tinggi untuk menawarkan pengalaman penglihatan terbaik dan memastikan tahap keselesaan dan perlindungan tertinggi. Tahan lasak, ringan dan selesa adalah ciri-ciri yang ditampilkan oleh Bolon untuk setiap bingkai. Tiada kompromi dalam hal berkaitan kualiti dan gaya.

Sejak pelancarannya, Bolon telah memenangi beberapa anugerah dan telah diiktiraf sebagai salah satu jenama kaca mata yang paling berpengaruh. Kaca mata Bolon merangkumi kaca mata hitam untuk Wanita, Lelaki dan Kanak-Kanak – dan juga menampilkan koleksi menarik optik untuk Wanita & Lelaki. Salah satu keunikan jenama ini ialah koleksi Bolon kanak-kanak dengan gaya yang sepadan dengan koleksi kaca mata untuk dewasa. Koleksi ini dikenali sebagai Mini-me.

Mengenai Essilor

Essilor, syarikat optik oftalmik terkemuka di dunia, mereka bentuk, mengeluar dan memasarkan pelbagai jenis kanta untuk memperbaiki dan melindungi penglihatan. Essilor bermisi untuk menambah baik taraf hidup dengan memperbaiki penglihatan orang ramai. Bagi menyokong misi ini, Essilor memperuntukkan lebih daripada €200 juta untuk penyelidikan dan inovasi setiap tahun, selaras komitmennya untuk terus menyediakan produk baru yang lebih berkesan ke dalam pasaran. Jenama utama Essilor adalah Varilux®, Crizal®, Transitions®, Eyezen™, Xperio®, Foster Grant®, Bolon™ dan Costa®. Ia juga menyediakan dan memasarkan peralatan, instrumen dan perkhidmatan untuk golongan penjagaan mata profesional.

Essilor mencatatkan hasil yang disatukan melebihi €6.7 bilion pada tahun 2015 dan mempunyai seramai 61,000 orang pekerja di seluruh dunia. Ia memasarkan produknya di lebih daripada 100 buah negara dan mempunyai 32 buah kilang, 490 makmal preskripsi dan kemudahan penepian, serta lima pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.essilor.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s