Eve Duet, Dua Haruman Dalam Satu Dari Avon

Bukan sahaja makanan dan minuman yang ada 2 in 1. Sekarang minyak wangi Avon Eve Duet Eau de Parfum turut tawar dua haruman dalam satu.

IMG20180111151415

Bakal dilancarkan 1 Mac 2018, minyak wangi ini boleh digunakan berasingan mahupun dilapisi bersama untuk mencipta haruman signatur anda secara tak langsung menyerlahkan personaliti dan sisi anggun ands sebagai seorang wanita!

Dicipta oleh Master Perfumer dari IFF, Jean-Marc Chaillan, dua haruman yang kekal lama ini berkongsi satu nota utama yang mencetus harmoni apabila dipakai bersama. ia dihasil mengguna bunga teratai Amazon eksotik yang hanya mekar selama 3 hari dalam setahun. Bauan segar bunga-bungaan menyerlahkan lagi haruman flora sensual memikat.

Keunikan bunga teratai eksotik yang digunakan adalah ia berubah warna dan aroma bermula dari fajar hinggalah ke senja menjadikannya simbolik kepada setiap watak serta sisi wanita yang berlainan menjadikannya asas terpenting dalam penghasilan Eve Duet.

‘Kolaborasi bersama Avon dan kerana penghormatannya yang teguh kepada pengguna, kami telah bergabung untuk mencipta haruman yang indah dan sememangnya unik.”

-Jean-Marc Chaillan.

Bagi mencermin keplebagaian sisi Eve Duet, Avon telah memperkenalkan pelakon Eva Mendes sebagai wajah Eve Duet. Eva adalah selebriti antarabangsa yang berbakat dan terkenal kerana memegang pelbagai watak yang dimiliki oleh seorang wanita moden.

Selain berlakon, beliau juga adalah ibu kepada dua cahaya mata, pereka fesyen dan usahawan berjaya. Eva memancarkan personaliti yang pintar, berani, riang dan menceriakan setiap orang yang mendampinginya.

“Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat yang memahami dan menghormati wanita buat sekian lama. Saya gemar menjadi kreatif dan mencuba pelbagai fesyen mengikut mood saya, jadi saya amat teruja untuk mengekspresi dan meraikan identiti saya melaui haruman.”

-Eva Mandes

Harga pasaran untuk Eve Duet adalah RM109 (WM) dan RM125.40 (EM) dan boleh dibeli melalui wakil Avon serta Butik Kecantikan Avon juga online.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s