OhMostWanted Menjaga, Mencantikkan dan Merawat Kulit

Ingin produk yang bukan sahaja mencantikkan malah merawat kulit, lebih-lebih lagi tidak perlu was-was dengan kandungan bahan yang digunakan dan mesra wudhu?

OhMostWanted jawapannya!

IMG20171230142125

Lahir daripada minat pelakon Nora Danish terhadap bidang kecantikan dan penjagaan wajah sejak dari kecil lagi, produk OhMostWanted juga diinspirasikan daripada pengalama Nora melancong ke luar negara. Ia juga diaspirasikan melalui pengamatan kepada perkara yang cantik, youthful, cute dan sangat feminis.

Sudahpun memasuki tahun ke-3, OhMostWanted mulai aktif dengan kedatangan tahun baru 2018 selepas dua tahun team OhMostWanted bertungkus-lumus melakukan kajian pasaran, market validation dan penyelidikan.

Selama dua tahun itu juga, Nora banyak terlibat secara langsung di belakang tabir erana masih terikat dengan beberapa kontrak sebagai Duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan.

Keunikan produk OhMostWanted adalah pada kandungannya yang diformulasikan oleh dua rakan perniagaan Nora iaitu Dr Aina dan Dr Azri yang mana kedua-duanya adalah doktor aesthetic (kecantikan) dari Klinik Hana menjadikan produk berkenaan dalam kategor Cosmeuceutical atau kosmetik serta farmasutikal.

 

Buat masa ini, produk di bawah OhMostWanted terdiri daripada:

  • Magic Foundation with SPF 50
  • Pout-fect Lip Cream
  • Magic Blender dan
  • Magic Wand

Keempat-empat produk di atas boleh digunakan sebagai kegunaan harian.

Setakat ini, respon yang diperoleh daripada pelanggan, rata-ratanya berpuas hati dengan kualiti produk terutamanya Magic Foundation kerana ia ringan, mudah dibawa, mudah ditanggalkan, mesra wudhu dan mampu membantu menyelesaikan masalah kulit mereka.

Seawal bulan ini, beberapa produk untuk siri Pro-face-sional yang sesuai untuk penggunaan lebih ‘berat’ seperti menghadiri majlis-majlis tertentu bakal dikeluarkan.

Kesemua produk OhMostWanted boleh didapati di semua cawangan Play Up Advance antaranya di Fahrenheit88, Bukit Bintang, klinik-klinik kecantikan dan farmasi terpilih, kedai online seperti MySmink, BeautyBrowse dan PinkboxCereal, rakan pengedar di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei atau di laman web http://www.ohmostwanted.com.

Berita baik bagi yang ingin menjadi rakan perniagaan produk ini, Nora membuka peluang untuk mereka mengedarkan produk dengan modal yang rendah namun margin keuntungan yang tinggi sebagai tambahan pendapatan. Pelajar universiti, suri rumah malah sesiapa sahaja boleh menjadi sebahagian team OhMostWanted ini!

Harapan Nora adalah untuk melihat jenama OhMostWanted dikenali di seluruh Malaysia sebagai satu jenama cosmeuceutical yang dipercayai. Team OhMostWanted sedang giat berusaha untuk meluaskan saluran pengedaran agar memudahkan pengguna mendapatkan produk berkenaan. Tahun ini juga, Nora sedang mengintai peluang eskport ke Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara Eropah dengan kerjasama rakan niaga strategik di sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s