IPC Umum Penjenamaan Semula

Bukan itu sahaja, IPC juga sudah berwajah baru dengan banyak lagi kemudahan!

IMG-20180202-WA0007

IPC Shopping Centre dengan bangganya mengumumkan penjenamaan semula pusat beli-belah itu yang baru sahaja selesai dinaik taraf sepenuhnya.

Pembangunan semula dapat dilihat pada ruang fizikal dan jenama keseluruhannya yang direka bentuk bagi mewujudkan suasana membeli-belah yang lebih ceria, berinspirasi dan menggembirakan untuk pengunjung.

Ia merupakan kemuncak bagi sebuah projek berwawasan tinggi, menjadikannya sebagai projek pembangunan semula pusat beli-belah yang TERBESAR di rantau ini dengan pelaburan berjumlah RM200 juta bagi menukar wajah infrastruktur komuniti dan rupa bentuk lanskap dalaman dan sekitar pusat itu.

Pusat Membeli Belah Yang Unik dan Berlainan

Melihat kepada keperluan pengunjung serta komuniti yang sentiasa berubah-ubah, IPC memperkenal konsep ‘So Much More’ yang membawa maksud ia bukan sekadar destinasi membeli-belah malah menawarkan suatu pengalaman yang lebih daripada itu.

Pusat beli-belah terunggul yang terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara ini telah direka secara terperinci dengan memberi penelitian terhadap pengalaman membeli-belah menerusi reka bentuk ruang, penyusunan semula reka bentuk dalaman serta kemudahan yang mesra keluarga.

Pengarah Pusat Membeli Belah IKEA Asia Tenggara, Thomas Malmberg menjelaskan,

“Pasaran pengguna kini sentiasa berubah. Dalam persekitaran persaingan perniagaan yang sengit ini, kami memahami keperluan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan agar dapat kekal relevan dan sentiasa berada di depan. Oleh itu, kami sentiasa berusaha dan mendengar segala keluh kesah, kebimbangan serta kehendak dan keperluan masyarakat di sekeliling kami.

Pembangunan semula ini adalah untuk mereka, dan ia turut memberi peluang terbaik bagi membina hubungan yang lebih erat dengan rakan kongsi serta penyewa-penyewa yang baru dan sedia ada. Kami bersama-sama dengan jiran-jiran kami seperti The Curve, eCurve dan IKEA akan mengukuhkan lagi kedudukan Pusat Perniagaan Mutiara Damansara sebagai destinasi utama untuk keluarga serta teman-teman berkumpul, membeli belah, dan menjamu selera.”

Pusat beli-belah Untuk Semua

Idea disebalik pembangunan semula IPC Shopping Centre ialah untuk mewujudkan sebuah ruang kontemporari yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Reka bentuk terbarunya memastikan setiap anggota keluarga mempunyai ruang yang dapat memenuhi citarasa mereka tersendiri.

Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim menambah,

“IPC Shopping Centre telah melalui proses kematangan sejak 15 tahun yang lalu dan kami berasa gembira kerana dapat membangun bersama dengan kawasan-kawasan kejiranan di sekeliling kami dan menjadi tempat pertemuan yang penting untuk keluarga serta teman-teman. Sememangnya sudah menjadi wawasan kami untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat dengan menyediakan sebuah tempat yang cukup selesa seakan berada di rumah. Itulah hasrat IPC, menyediakan sebuah tempat yang selamat, selesa dan mesra keluarga.”

Lebih Banyak Pilihan Untuk Membeli Belah dan Menjamu Selera

Pengunjung kini boleh memilih untuk membeli belah atau menjamu selera di antara 145 kedai yang ada. Ini termasuk kedai-kedai gaya hidup, fesyen serta kecantikan dan kedai-kedai makanan dan minuman berkonsep terkini yang serba baru dan diperluaskan.

Pusat membeli belah ini menyaksikan 46% daripada penyewa asal kembali berniaga di sini seperti Harvey Norman, Popular Bookstore, Padini, Brands Outlet, Spotlight dan Ace Hardware. Penyewa baru termasuklah Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), Family Mart, IKEA Café, Watsons, Cotton On, LC Waikiki dan juga kedai utama Skechers yang terbesar di Asia Tengara.

Untuk makanan dan minuman pula, IPC Shopping Centre kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengunjung menjamu selera. Pengunjung boleh memilih sama ada menikmati makanan di tempat makan alfresco atau di ‘Foodland’, medan seleranya yang telah dinaik taraf. Antara restoran yang baru termasuklah Hana Japanese Dining, Paradise Dynasty, Suki-Ya, Ichiban Ramen dan Magnum Café. Para pengunjung juga pasti akan teruja melihat kepulangan restoran tempatan kegemaran mereka seperti Kluang Station, Uncle Lim, Absolute Thai, Noodle Shack, Nando’s, Starbucks dan Dome.

Kemudahan Baru dan Dinaik Taraf

IPC Shopping Centre turut percaya bahawa kenangan manis dan positif boleh tercipta saat pembeli-belah menjejakkan kaki ke kompleks beli-belah tersebut. Oleh itu, IPC Shopping Centre telah memberi penelitian terhadap perkara-perkara kecil yang diperlukan untuk mencipta pengalaman membeli belah yang terbaik seperti keselamatan, aksesibiliti, selesa dan menyenangkan. Selain itu, pembangunan semula yang dilakukan turut melibatkan sistem parkir terarah, penambahan tempat duduk dan kemudahan-kemudahan mesra keluarga seperti pintu masuk kanak-kanak, menaik taraf ruang keluarga dan ‘Funland’, sebuah taman permainan khas untuk si kecil.

Kehidupan Lestari Untuk Kemampanan Pengunjung

IPC Shopping Centre sentiasa berusaha untuk menjaga alam sekitar dengan menaik taraf Pusat Pembelian & Kitar Semula dan pemasangan panel solar yang dapat memastikan sasaran penjimatan tenaga tercapai.

IPC Shopping Centre juga sedang dalam proses untuk mendapatkan sijil bangunan hijau secara rasmi daripada badan persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan Kepimpinan Rekabentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED Gold) Malaysia.

Wajah Baru, Logo Baru

Selain daripada pembangunan semula, IPC Shopping Centre turut memperkenalkan logo terbaharunya sempena ulang tahun ke-15 jenama berkenaan. Logo tersebut memaparkan evolusi jenama berkenaan secara menyeluruh dan bagaimana ia terus kekal relevan kepada masyarakat.

Tahun Yang Meriangkan Untuk Keluarga

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, IPC Shopping Centre akan melancarkan sambutan perayaan yang bertemakan ‘A Tale of Great Fortune’.

Pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan tarian singa, aktiviti kraftangan untuk kanak-kanak, bengkel seni tradisional Cina, persembahan orkestra Cina dan pemberian hadiah-hadiah menarik.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s