AVON Perkenal Rangkaian Produk Terbaharu di Ekspo Kecantikan

Wah, lepas ni makin berseri-serilah bila guna produk Avon!

Bukan nama yang asing lagi dalam dunia kecantikan dan penjagaan diri tempatan dan antarabangsa sejak 40 tahun, Avon terus kekal komited membantu setiap wanita agar berasa yakin dan menyerlah.

Setiap tahun, pasti ada penghasilan produk terbaru dan ia sememangnya dinanti-nantikan oleh orang ramai yang sukakan kecantikan dan ketrampilan diri.

Menariknya, setiap produk baharu akan diperkenalkan secara besar-besaran dalm majlis berprestij.

 

Baru-baru ini telah diadakan pelancaran rangkaian produk utama di Ekspo Kecantikan Avon 2018 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Produk yang diperkenalkan adalah terdiri daripada koleksi jagaan kulit terbaru Nutraeffects, alat solekan Ultra Volume Lash Magnify Mascara dan haruman paling terbaru Eve Duet.

Pada suku pertama 2018 bersempena Persidangan Kebangsaan Avon, satu majlis yang mengiktiraf kecemerlangan Wakil-Wakil Avon sepanjang 2017, kesemua rangkaian produk tersebut diperkenalkan dengan lebih terperinci oleh pakar kecantikan Avon di kaunter pameran yang berlangsung selama dua hari.

Sepanjang tempoh itu, tetamu yang hadir berpeluang mencuba produk terbaharu itu dan mendapatkan penerangan lebih lanjut merangkumi pelbagai aspek daripada pakar kecantikan Avon.

Rangkaian produk termasuk koleksi jagaan kulit untuk kekal cntik dan sihat, paduan gincu bibir rona merah jambu hebat memukau, padanan gaya dan karakter mempersona melalui haruman serta pakaian dalam yang menyerlah sisi wanita.

Antara acara di Ekspo Kecantikan itu adalah mengundang pakar haruman, Wendy Wong yang berkongsi mengenai penghasilan haruman terkini Eve Duet.

Tahun 2018, Avon sekali lagi memperkenalkan hasil inovasi rangkaian kecantikannya yang bukan sahaja membuatkan wanita tampil jelita dan yakin malah menyerlahkan sisi sendiri yang selesa.

Sesuai dengan peredaran masa, Avon meyediakan produk yang menepati citarasa wanita Malaysia pelbagai peringkat umur dan jaminan kualiti.

davAvon True Ultra Volume Lash Magnify Mascara

  • Melebat bulu mata dengan mewahnya dari setiap sudut
  • Smartfibre Complex memberi 3 transformasi hebat pada bulu mata. Membesarkan, mengganda dan memaksimum
  • Terdapat dalam rona Blackest Black
  • 10ml-RM23.90 WM/ RM27.50 EM
  • Bakal berada di pasaran pada 1 April

Avon True Nutraeffects

  •  Koleksi jagaan kulit yang lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Diuji untuk alergi, bebas paraben dan pewarna
  • Diformulasi dengan Active Seed Complex untuk kulit nyata sihat
  • Berada di pasaran 1 Feb

Produk baharu ini akan berada di pasaran secara berperingkat mulai bulan Feb ini sehingga April 2018.

Anda ingin memiliki koleksi terbaru Avon ini?

Hubungi wakil Avon atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara atau hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.avon.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s