Kempen Gong Xi Wang Wang 11street Tawar Lebih RM20 Juta Kupon Ang Pow

Wow seronoknya!! 11street tawar lebih RM20 juta dalam bentuk kupon Ang Pow untuk lebih 10 juta produk  dengan diskaun sehingga 88% sempena Kempen Gong Xi Wang Wang.

Bukan itu sahaja, tawaran menarik itu juga meliputi ‘good luck flash deals’ dengan produk pilihan yang boleh dibeli pada harga serendah RM0.88. 11street juga menjual e-baucar PETRONAS sehingga 30% diskaun daripada harga asal bagi membolehkan mereka yang menyambut Tahun Baru Cina dapat berkumpul bersama meraikan perayaan tersebut.

Photo 3_lowres“Tahun ini Kempen Gong Xi Wang Wang harap dapat mengurangkan tekanan dalam persediaan meraikan sambutan tahun baru dalam masa masa memberi pengalaman baru dalam membuat pembelian secara online dengan 11 street. Kami berharap dapat meningkatkan sekurang-kurangnya 50 peratus dalam Gross Merchandising Value berbanding tahun lepas.

Kami faham dengan kesibukan masa kini, masa untuk menyiapkan persediaan sambutan tahun baru begitu terhad, jadi kami membantu mereka menjadi rakan kongsi yang dapat memberi mereka keseronokan membeli-belah barangan yang diperlukan sempena tahun baru dan dapat meluangkan msa bersama yang tersayang.”

-Hoseok Kim, Ketua Pegawai Eksekutif, 11street.

Sempena Tahun Baru Lunar ini, 11 street telah melakukan kaji selidik untuk lebih memahami kehendak pembeli online. Dijalankan pada 22 Disember 2017 hingga 3 Januari 2018, secara keseluruhan sebanyak 1,854 responden mengambil bahagian, hasilnya didapati rakyat Malaysia biasanya suka melakukan beli-belah di saat akhir dan keluarga serta rakan adalah keutamaan.

Atas maklumat itu maka 11street telah menawarkan Kempen Gong Xi Wang Wang yang memfokus pada memberi kesenangan kepada orang ramai membeli-belah.

Daripada kaji selidik itu juga, didapati sekurangnya 96 peratus responden lebih suka membeli-belah online untuk sambutan perayaan , ia disebabkan faktor harga yang menarik, diskaun dan promosi.

Maka tidak hairanlah ramai yang memilih untuk membeli secara online.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Gong Xi Wang Wang ini, bolehlah layari www.11street.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s