Malaysia Jadi Hub Mengeksport Cendawan HOKTO

Bukan sahaja sedap malah cendawan Hokto boleh dibeli pada harga berpatutan.

bunashimeji

bunapi

Hokto Malaysia Sdn Bhd memulakan sambutan tahun baru 2018 dengan meraikan ulang tahun ke-tiga. Anak syarikat Hokuta Corporation menubuhkan kilang mereka di Bandar Enstek, Negeri Sembilan tiga tahun lepas dengan matlamat mejadikannya hub untuk mengeksport cendawan Brown Beech dan White Beech yang terkenal ke negara-negara di rantau ini.

Pembukaan tanaman itu di sini telah mengukuhkan kehadiran jenama Hokto apatah lagi dua tahun lepas, Hokto Malaysia telh mengeksport sebanyak 1,150 tan cendawan Brown Beech dan White Beech ke Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Tanaman ini pertama kalinya diusahakan secara automatik mengguna fasiliti di Malaysia yang bernilai hampir RM80 juta. Kapasiti pengelyarannya boleh mencecah sehinga 1,000 setiap tahun.

“Ini adalah pelan strategik untk membuka tapak tanaman di Malaysia di mana Malaysia mempunyai insfrastruktur yang diperlukan. Tambahan lagi, terdapat pasaran  besar bagi cendawan Jepun di negara ini. Testurnya yang kenyal dan boleh menyerap segala perisa membuatkan cendawan ini sesuai untuk cita rasa tempatan.”

-Tadao Yamamoto, Pengarah Urusan Hakto Malaysia.

HoktonMalaysia juga merupakan satu-satunya syarikat yang mengimport dan membekal cendawan Maitake di negara ini. Terbaru, 3 tan cendawan itu diimport dari Jepun secara bulanan. Tekenal dengan rasa kayu, bertekstur rangup dan aroma yang hebat, cendawan Maitake sesuai untuk apa jua hidangn dan cara masakan.

Antara pencapaian hebat sepanjang dua tahun ini adalah dapat menembusi pasaran berbea di rantau ini dan berjaya membangunkan resipi yang sihat. Selain itu, Hokto cukup dikenali dengan pelnagai cendawan antaranya Bunashimeji dan Bunapi.

Melangkah ke tahun 2018, Hoto berhasrat untuk mencapai 100% kapasiti penghasilan. Ini membolehkan Hokto memperkenalkan jenamanya ke segmen pasaran berpotensi terutamanya di pasaran Melayu.

“Kami yakin dengan kualiti produk keluaran kami yang menggunakan 100% bahan-bahan semula jadi untuk pertumbuhan dan percambahan cendawan, dengan pembangunan teknologi dari Hokuto Japan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati keenakan, kebaikan cendawan dan panjang umur seperti masyarakat Jepun.”

Maklumat lanjut boleh didapati di www.hokto-kinoko.com.my atau www.facebook.com/HoktoKinokoMalaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s