Rebut Ganjaran Menarik di KLCC Sempena Tahun Baru Cina

Setiap sambutan perayaan, KLCC memang terbaik!

hdr

Kali ini tanglung gergasi dengan ketinggian 22 meter dan 12 meter lebar dipersembahkan kepada orang ramai.

Sambutan Tahun Baru Cina di Suria KLCC dan Alamanda membawa tema yang mengembalikan kepada masa lalu dengan menyajikan suasana ketenangan sambil menghirup teh pada waktu petang di satu perkampungan Cina yang damai.

Orang ramai yang berkunjung ke gedung terkemuka itu disajikan dengan pemandangan rumah warisan dua tingkat yang bercitikan seni bina tradisional Cina dengan deretan kedai lama serta hiasan lampu tanglung merah menyala yang dipasang sempena menyambut tahun baru.

dav

Hadir di acara perasmian sambutan Tahun Baru Cina adalah pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi; Ben Chong, Pengurus Besar Suria KLCC serta Edmund Lim dan Yap Sook Yee, Pengasas bersama Persatuan We Care Journey.

Berisnpirasikan semangat perayaan, dekorasi di Suria KLCC menggabungkan ciri-ciri tradisional dengan paparan proses pembuatan teh. Selain itu, pokok bunga plum setinggi 20 kaki yang dihiasi dengan juntaian 1,000 riben berwarna merah dan emas simbolik kepada harapan baharu untuk tahun mendatang pastinya menarik minat pengunjung untuk berswafoto.

Dekorasi di setiap pintu utama Suria KLCC turut memaparkan suasana upacara minum kaum Cina yang melambangkan intipati perayaan iaitu penyatuan ahli keluarga memandangkan perayaan itu adalah momen penting dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Suria KLCC juga membina tanglung Cina di Esplanade KLCC yang mempunyai struktur binaan 22 meter tinggi dan 12 meter lebar menjadikannya tanglung tertinggi di Malaysia. Ia telah disahkan oleh The Malaysia Book of Records. Orang ramai berpeluang mengambil gambar di tanglung ini sehingga 22 Februari ini.

Jadi, berkunjunglah ke KLCC bersama keluarga sambil menikmati persembahan yang memukau seperti tarian singa, pertunjukan akrobatik dari China, persembahan musik Cina dan penampilan ‘Dewa Kemakmuran’ yang berlangsung sehingga 18 Februari ini.

Selain dekorasi hiasan kreatif dan unik, Suria KLCC turut memberi sokongan untuk menyebarkan kegirangan Tahun Baru Cina kepada persatuan We Care Journey melalui penubuhan tabung ‘Share the Care’. Tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Spinal Muscular Atrophy (SMA) dan juga mengumpul dana minima sebanyak RM0,000 dari 25 Januari hingga 28 Februari 2018.

Mereka yang menyumbang RM10 bagi tujuan tersebut akan menerima riben merah sebagai tanda apresasi sokongan. Mereka digalakkan menulis nama atau mesej di atas riben tersebut pda pokok bunga Plum yang terletak di pintu masuk.

Semua sumbangan akan disalurkan kepada We Care Journey untuk pembelian peralatan kesihatan serta menjayakan program We Care Journey untuk kesejahteraan keluarga dan kanak-kanak yang menghidap SMA.

Maklumat lanjut layari www.wecarejourney.org

Bersedialah menikmati ganjaran menarik apabila membei-belah di Suria KLCC dan Alamanda apabila anda berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam satu resit, anda akan menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah.

Setiap pembelian pada hari minggu pula, anda berpeluang menikmati hidangan di Restoran Spring Garden untuk 10 orang dengan pembelian minima RM3,500 dan ke atas dalam satu resit.

Pengunjung di alamanda pula boleh mendapatkan set teko teh Cina dan sampul merah dengan pembelian RM688 dalam dua resit. Mereka juga berpeluang memenangi hadiah atau baucar beli-belah yang bernilai RM50 bagi jumlah pembelian minima yang sama pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja untu 30 pembeli pertama setiap hari.

Manakala pengunjung di Mesra Mall pula akan menerima set teko teh Cina dan sampul merah dengan pembelian minima RM350 dalam dua resit.

Layari www.suriaklcc.com.my atau www.alamanda.com.my atau www.mesramall.com.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s