AEON Jalin Kerjasama Dengan honestbee

Beli-belah di Aeon lebih mudah dengan honestbee..terus onine saja..

Photo 3_Lowres (1)

AEON CO. (M) BHD. dan honestbee menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membentuk sebuah perikatan perniagaan. Perikatan ini membolehkan kedua-dua pihak membangunkan dan membentuk perkhidmatan baharu yang bersesuaian dengan permintaan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah dengan mewujudkan sebuah rangka kerjasama untuk menyepadukan kekuatan masing-masing. Kerjasama tersebut terhasil daripada perkembangan trend pembelian dalam talian dan keinginan kedua-dua pihak untuk terus menyediakan penawaran berinovasi bagi mempertingkatkan nilai kepada rakyat Malaysia.

Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. berkata:

“Menerusi sokongan pelanggan sejak bertahun-tahun lamanya, syarikat ini telah bertapak kukuh di pasaran dan meluaskan kehadirannya di seluruh negara. Kami percaya kekuatan perniagaan ini tidak hanya berasaskan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang disediakan, tetapi juga kepercayaan pelanggan dalam jenama ini. Dalam usaha untuk mempertingkatkan nilai kepada pelanggan dengan menjadi sebuah peruncit pelbagai saluran, kami mahu menggabungkan kekuatan syarikat ini dengan kepakaran honestbee untuk mendigitalkan pengalaman membeli-belah pelanggan.”

Menambah Nilai Kepada Peruncit Terkemuka

honestbee merupakan sebuah perkhidmatan concierge online dan penghantaran yang mempunyai kehadiran di lapan buah negara.

Marianne Chuo, Pengurus Besar Negara honestbee berkata, cara rakyat Malaysia membeli-belah pada hari ini jelas jauh berbeza daripada keadaan sedekad lalu.

“Salah satu pemacu utama bagi kejayaan sektor peruncitan dalam talian adalah penyediaan kemudahan. Sebagai concierge dalam talian yang dipercayai, kami sentiasa berubah dengan masa untuk menawarkan aras baharu kebolehpercayaan kepada pelanggan. Kami menguruskan pergerakan logistik dengan cara paling cekap dan efektif apabila menghantar produk-produk yang merangkumi makanan segar dan barangan kering. Sehubungan itu, kami menantikan jalinan usaha sama yang berjaya bersama AEON CO. (M) BHD.”

Sebagai projek perintis perikatan ini, AEON Mid Valley akan memulakan perkhidmatan pembeli peribadi honestbee, membenarkan pelanggan yang menetap dalam radius 17km dari pusat beli-belah berkenaan menikmati perkhidmatan penghantaran dalam tempoh minimum 1 jam, tertakluk pada kekosongan slot masa, bagi pembelian barangan runcit yang tersenarai.

Washizawa menambah:

“Kami amat berbangga untuk melancarkan perkhidmatan ini di cawangan utama kami, AEON Mid Valley. Syarikat kami akan memantau secara rapi maklum balas dan permintaan pelanggan, selain turut membuat pertimbangan untuk memperluaskan perkhidmatan ini dalam aspek lokasi dan penawaran barangan. Saya amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa AEON CO. (M) BHD. akan memperkenalkan lebih banyak inovasi seumpama ini pada masa akan datang.”

“Di honestbee, kepakaran kami terletak dalam memastikan pelanggan menerima pembelian mereka sepantas mungkin. Kami amat berbangga kerana dilantik sebagai rakan AEON CO. (M) BHD. dalam usaha mereka untuk menerokai segmen pasaran perkhidmatan penghantaran berasaskan permintaan ini,” tambah Chuo.

Sebagai tawaran pengenalan, setiap pelanggan dapat menikmati diskaun RM50 dengan perbelanjaan minimum RM120. Bagi menikmati manfaat tersebut, pelanggan baharu perlu memasukkan kod promosi “AEON50HB” untuk penebusan yang dibuat sebelum 1 Mac 2018.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:

www.aeonretail.com.my atau www.facebook/aeonretail.com.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s