FANCY FEAST Edar 600 Pek Makanan Sempena Ulang Tahun Bujibu

600 pek makanan ini disumbangkan kepada haiwan-haiwan di SPCA Selangor.

 

dav

Purina, salah satu jenama ternama dalam industri makanan haiwan peliharaan mengumumkan Bujibu Chempel sebagai duta jenamanya yang terbaharu bagi rangkaian makanan kucing gourmet keluarannya iaitu Fancy Feast.

Pengumuman berkenaan dibuat sempena ulang tahun kelahiran Bujibu yang ketiga pada 13 Februari. Majlis keraian yang serba eksklusif itu diadakan di pusat perlindungan haiwan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) bertemakan “A Fancy Feast Birthday Pawty with Bujibu and Friends”, memberi peluang kepada Purina dan Bujibu untuk berkongsi detik istimewa ini bersama dengan haiwan-haiwan yang ditempatkan di pusat perlindungan berkenaan.

“Sebagai salah satu jenama utama makanan kucing premium di Malaysia , kami sentiasa berusaha untuk memberikan nutrisi dan penjagaan yang terbaik kepada haiwan peliharaan kami. Kami memilih Bujibu untuk menjadi duta Fancy Feast kerana ia mempunyai sifat-sifat yang ideal sebagai kucing Fancy Feast, terutama dari segi penjagaan yang penuh kasih sayang serta makanan terbaik yang diberikan kepadanya.

Kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menganjurkan majlis yang istimewa ini bersama-sama dengan SPCA Selangor. Kami juga berasa gembira kerana dapat berkongsi kemeriahan disamping menghulurkan bantuan setakat yang termampu.”

-Pengurus Perniagaan Purina Malaysia, Lam Pui Yuee.

Bujibu, adalah kucing baka ‘British shorthair’ milik pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Kucing yang terkenal di Malaysia ini berjaya memikat hati lebih 1.1 juta pengikutnya di Instagram dengan personalitinya yang comel lagi bergaya serta aksinya yang sering mencuit hati. Kucing yang dibiakkan oleh pemelihara kucing selebriti, Johan Eskandar yang juga pemilik Johan and His Cats ini sebenarnya berasal dari Russia, dan dari situlah ia mendapat nama keluarganya Chempel.

“Kami dapat melihat bahawa Bujibu benar-benar menggemari makanan daripada rangkaian makanan kucing gourmet Fancy Feast keluaran Purina yang mempunyai adunan resipi terbaik lagi menyelerakan serta menggunakan bahan-bahan asli dan berkualiti tinggi. Kami berasa amat gembira kerana ia telah dipilih sebagai duta Fancy Feast.”

-Hanis Zalikha yang juga ‘ibu’ kepada Bujibu.

Kehadiran Bujibu telah membawa kegembiraan dalam kehidupan keluarga berkenaan dan ia turut mengeratkan lagi hubungan sesama mereka melalui detik-detik berkualiti yang dilalui bersama. Bujibu turut mempunyai seorang ‘adik’ iatu Yusuf Iskandar, anak sulung Hanis dan Hairul, yang turut membintangi rancangan realiti mereka sendiri iaitu “My Little Heroes – Yusuf & Bujibu” yang ditayangkan di Astro Ria. Hubungan antara mereka berdua begitu rapat sekali memandangkan Yusuf yang kini berusia dua tahun telah membesar di samping Bujibu.

Keluarga Bujibu telah memilih untuk mengadakan majlis sambutan ulang tahun kucing superstar itu di SPCA Selangor sebagai membalas jasa pertubuhan yang telah memainkan peranan utama dalam menjaga kebajikan haiwan peliharaan tempatan.

“Bujibu merupakan sebahagian keluarga kami dan kami amat menyayanginya, oleh kerana itu kami sentiasa memberikan hanya yang terbaik kepadanya. Walau bagaimanapun, kami juga ingin mencurahkan kasih sayang kepada kucing-kucing yang kurang bernasib baik dengan cara berkongsi makanan kegemaran Bujibu bersama kucing-kucing lain di SPCA,” jelas Hanis Zalikha.

Majlis tersebut dimulakan dengan acara perarakan masuk Bujibu menaiki sebuah kereta mainan yang comel bersama-sama dengan adik Yusuf. Selepas selesai membuat satu pusingan di perkarangan pusat perlindungan itu, acara diteruskan dengan majlis memotong kek ulang tahun kelahiran Bujibu dan sesi bergambar bersama media. Keluarga berkenaan kemudiannya meluangkan masa untuk memberikan makanan kepada kucing-kucing yang ditempatkan di tempat penjagaan kucing SPCA. 600 pek makanan kucing gourmet Fancy Feast telah diberikan secara eksklusif untuk majlis itu oleh Purina.

“Hari ini sememangnya merupakan hari yang sangat menyeronokkan. Kami berasa gembira kerana menerima kunjungan Purina, Bujibu dan keluarganya untuk berkongsi hari yang sangat istimewa baginya di pusat perlindungan ini bersama dengan kucing-kucing kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Purina kerana sudi memberikan makanan kucing gourmet kepada kucing-kucing di sini. Selain daripada itu, kami juga berharap bahawa majlis pada hari ini dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai kebajikan kucing-kucing terbiar.”

-wakil SPCA Selangor, Pyo Ng.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Purina dan produk-produknya yang terkini, sila kunjungi purina.com.my atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan Purina di 1 800 88 7462.

MENGENAI PURINA
Syarikat PURINA Petcare merupakan peneraju utama dalam industri produk-produk berkaitan haiwan peliharaan yang komited terhadap usaha memperbaiki kehidupan kucing-kucing dan anjing-anjing melalui pemakanan dan penjagaan berkualiti. Falsafah utama syarikat ini termasuklah menggalakkan penjagaan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab, pendidikan kemanusiaan, penyertaan komuniti, dan hubungan positif antara masyarakat dan haiwan peliharaan mereka.

Syarikat PURINA Petcare telah ditubuhkan selepas penggabungan Syarikat Friskies Petcare dan Ralston Purina pada Disember 2001. Kedua-dua organisasi berkenaan menggabungkan sejarahnya yang kaya, sumbernya yang pelbagai dan kekuatan masing-masing, menawarkan haiwan peliharaan dan pemilik mereka beraneka jenis produk yang berinovasi, berkualiti tinggi dan berkhasiat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s