COOLBLOG Buka Stor Baru Rai Ulang Tahun ke-10

Wah, Semakin banyak kaunter CoolBlog yang sudah dibuka..

CoolBlog Store Opening 1

Sempena meraikan ulang tahun ke-10, CoolBlog membuka stor terbaru di pusat beli-belah Melawati Mall.

Dengan keluasan ruang kira-kira 973 kaki persegi, ia merupakan stor terbesar yang pernah dibuka oleh CoolBlog.

Penataan hiasan dalamannya juga lebih moden dengan penggunaan kayu pada kaunter serta penggunaan cat gabungan merah jambu dan hitam memberikan penampilan yang segar.

“Kami rasakan penempatan stor Cool Blog di Melawati Mall sangat sesuai berikutan ia terletak dalam kawasan padat dengan target pengguna baharu. Ia jadi tumpuan keluarga dan pelajar sekitar kawasan Lembah Klang. Selain itu, stor kami juga terletak berdekatan dengan wayang, maka sudah pasti ramai yang akan mengunjungi stor CoolBlog kami.

Pembukaan stor terbaharu ini juga jadi pemangkin untuk kami kembangkan lagi dengan membuka lebih banyak cawangan. Selain itu kami juga akan mengembangkan perniagaan ke Malaysia Timur, membuka peluang perniagaan franchise pada usahawan wanita dan banyak lagi.”

-Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd.

 Sempena pembukaan stor terbaharu itu, CoolBlog menawarkan minuman edisi terhad yang hanya ada di Melawati Mall sahaja sehingga 28 Feb ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/coolblog.my/

Amazing Titan Man Sarat Dengan Emosi

Filem kedua hasil Jaguar Lim  Production Sdn Bhd ini bakal ditayangkan pada 22 Februari ini di pawagam seluruh Malaysia.

Ia lahir atas kejayaan filem pertamanya iaitu Zombies vs. The Lucky Exorcist yang ditayangkan pada tiga tahun lalu. Filem ini dikatakan bakal mencabar filem-filem Tahun Baru Cina yang lain

Jaguar Lim bukan sahaja memegang peranan utama dalam filem ini malah berperanan sebagai Pengeluar dan Produser Eksekutif dalam masa sama turut memperkenalkan Eddie Tiger sebagai Pengarah, Pengeluar serta Penulis Skrip.

Amazing Titan Man ini dibintangi oleh barisan-barisan pelakon hebat antaranya:

  1. Jaguar Lim atau lebih dikenali sebagai ‘Jutawan Masa Depan’
  2. Namewee, Artis sensasi terkini
  3. Mehrdad Ravavi Mozart, Model dan Artis terkenal kelahiran Iran
  4. Jordan Voon, Pelakon Lelaki Terbaik Golden Awards 2017
  5. Rosa Chong, Pelakon pentas wanita terbaik
  6. Edilson Lim, Selebriti Internet
  7. Jovi Theng, Komposer terkenal
  8. Azman Hassan, Pelakon Lelaki Terbaik Pertandingan Filem Pendek BMW

Filem Cina bercorak Sains Fiksyen in adalah yang pertama seumpamanya yang dihasilkan dan dikeluarkan di Malaysia. Ia banyak mengguna teknik animasi yang tinggi serta kesan khas memberikan satu dimensi segar dan berlainan daripada filem-filem lain.

Sinopsis:

Mengisahkan pihak NASA dari Amerika menyiasat kehadiran satu makhluk asing ke bumi pada tahun 2015. Makhluk asing itu datang dari sebuah planet bernama Planet Titan. Hasil siasatan mendapati makhluk asing itu menginap di bumi dan sudah pun menjalinkan hubungan serta berinteraksi dengan orang bumi.

Pihak NASA merasa bimbang dengan kehadiran makhluk asing itu dan membuat keputusan untuk menangkapnya. Dalam masa sama, seorang individu asing mendedahkan maklumat rahsia mengenai makhluk asing itu.

Kesimpulan keseluruhan:

  • Banyak yang dipelajari oleh makhluk asing itu ketika berada di bumi antaranya perasaan emosi kasih, sayang, cemburu dan marah.

Berita baik bagi mereka yang menonton wayang ini kelak!

Dapatkan tiket wayang cerita ini dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Rai Sambutan Tahun Baru Cina Dengan KFC Golden Egg Crunch

Sedap betul resipi ayam goreng terbaharu ni..

3

KFC Golden Egg Crunch menampilkan perisa telur asin yang digemari ramai bersama daun kari dan selasih manis, membawakan keenakan yang tidak tertahan.

Hidangan masa terhad ini menampilkan ayam Hot & Spicy KFC yang diolah bersama ramuan istimewa, menghasilkan rasa unik masin, pedas dan manis, lengkap dengan aroma lazat yang pasti membangkitkan selera.

“Telur asin amat popular di dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami berikan sentuhan KFC di dalam hidangan ini bagi menghasilkan sesuatu yang lebih tersendiri untuk dinikmati para pelanggan kami. KFC Golden Egg Crunch adalah sebuah ciptaan yang sangat istimewa, bersesuaian dengan perayaan yang bakal menjelang tiba.”

-Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Restoran, QSR Brands (M) Holdings Bhd.

KFC Golden Egg Crunch boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam. Bermula daripada RM14.50, setiap kombo didatangkan dengan hidangan sampingan KFC kegemaran ramai iaitu coleslaw, kentang putar serta secawan minuman Mug Sarsaparilla.

Untuk hidangan yang lebih besar sepanjang musim perayaan ini, KFC turut menawarkan Celebration Bucket yang menampilkan ayam Original Recipe dan Hot & Spicy bersama hidangan sampingan istimewa, KFC Cheezy Golden Sticks dengan keju krim, cebisan udang dan cendawan.

KFC Celebration Bucket ini sesuai untuk dihidangkan di dalam jamuan keluarga dan rakan – rakan, didatangkan di dalam kombo 5 ketul dan 9 ketul ayam bersama KFC Cheezy Golden Sticks, kentang putar dan minuman ringan berkarbonat.

“Perayaan mengeratkan hubungan seisi keluarga dan hidangan enak menjadi penyeri kepada kemeriahannya. KFC Golden Egg Crunch dan Celebration Bucket telah dicipta khas bagi tujuan ini. Kami berharap anda semua menikmati saat- saat indah di musim perayaan ini serta menggemari kesemua hidangan istimewa yang telah kami sediakan!” 

KFC Golden Egg Crunch dan KFC Celebration Bucket boleh didapati di semua restoran KFC dari 25 Januari 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.kfc.com.my

AYAMAS Lancar Menu Ayam Panggang Terbaharu dan Buku Masakan

Sambil datang Kedai Ayamas untuk rasa ayam panggang bolehlah beli sekali buku “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk..

Pic 2

Kedai Ayamas telah mengadakan majlis pelancaran ayam panggang terbarunya, Golden Sesame Roaster sempena perayaan Tahun Baru Cina bersama dengan Buku Masakan Mutiara Johor Corporation berjudul “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk …” di Kedai Ayamas Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.

Dengan kombinasi yang sempurna dari rasa masam, manis dan savuri, “Golden Sesame Roaster” adalah ayam panggang Ayamas yang enak yang diperap menggunakan kaedah vacuum tumbler marinator dan diadun dengan perisa bijan panggang, mencetuskan rasa yang unik dan pastinya memuaskan selera anda!

“Saya yakin “Golden Sesame Roaster” akan mendapat sambutan yang hebat daripada para pelanggan kami, bukan hanya untuk mereka yang merayakan Tahun Baru Cina tetapi juga oleh semua rakyat Malaysia untuk dinikmati.”

-Calvin Ang, Pengarah Eksekutif, KARA Holdings Sdn Bhd.

Turut dilancarkan dalam majlis itu adalah buku masakan tradisional yang diterbitkan oleh Mutiara Johor Corporation dengan kerjasama Women OnWards Kulim (WOW), dengan sokongan Johor Corporation (JCORP) dan rakan strategiknya, QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KARA Holdings Sdn Bhd.

Bertajuk “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk…”, buku masakan ini mengandungi 60 jenis resepi tradisional kegemaran sepanjang zaman, termasuk hidangan salad dan sayuran, lauk-pauk, pastri, kek, biskut dan pencuci mulut. Dengan harga RM29.90 senaskah, penerbitan buku masakan ini adalah bagi pengumpulan dana program kebajikan serta kesejahteraan sosial yang dijalankan oleh Mutiara Johor Corporation dan juga bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan wanita di ladang-ladang milik Kulim (Malaysia) Berhad melalui WOW. Hasil daripada jualan buku-buku ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan.

“Buku masakan ini adalah koleksi resipi Melayu tradisional yang disumbangkan oleh wanita Kulim (Malaysia) Berhad yang juga ahli WOW. Dengan nuansa nostalgianya yang tersendiri, buku masakan ini diharap akan menjadi warisan yang akan dapat ditinggalkan kepada generasi muda untuk rujukan mereka dalam menyediakan hidangan tradisional.”

– Datin Noor Laila Yahaya, Pengerusi Mutiara Johor Corporation.

Ayam panggang “Golden Sesame Roaster” dijual dengan harga RM26.88, dan bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih besar, set hidangan “Prosperity Feast” boleh didapati dengan harga RM44.88 dan set hidangan “Prosperity Dinner” dengan harga RM22.88 melalui Ayamas Roaster Express dan cawangan Deli Ayamas sahaja.

“Golden Sesame Roaster” boleh didapati bermula hari ini sehingga 12 Mac 2018 di semua kedai-kedai Ayamas, restoran Rasamas, Ayamas Roaster Express dan Deli Ayamas, selagi stok masih ada.

*tawaran ini tidak sah semasa promosi 15hb & 30hb di Kedai Ayamas

Bath & Kids Anjur “Supermarket Sweep” Bersama Kanak-Kanak Yayasan Sunbeams Home

Seronok betul kanak-kanak ni dapat ambil sendiri bermacam-macam barang dari koleksi Justice League. Bukan selalu dapat peluang macam ni..


AmLion MD Dato Lance Koek handing out angpows to children of Yayasan Sunbeams HomeDato’ Lance Koek, pemilik Bath & Kids, stor berkonsep penjagaan hygin yang terletak di pusat beli-belah One Utama meraikan kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams Home ini dengan caranya tersediri dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina.

“Kami baru sahaja membuka Bath & Kids pada awal Januari lalu. Meskipun belum diperkenalkan secara rasmi, matlamat kami lebih kepada memberi keseronokan kepada kanak-kanak.

Memandangkan syarikat kami adalah syarikat yang mementingkan kekeluargaan, maka kami ingin menyebarkan kasih sayang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sebab itu kami memilih Yayasan Sunbeams Home yang terletak di Ampang ini untuk sama-sama meraikan program CSR yang kami anjurkan.

Dalam masa sama kami ingin berkongsi ilmu mengenai kepentingan kebersihan hygin kepada mereka dan orang ramai. Kejayaan kami adalah disebabkan sokongan komuniti di sekeliling, maka kami percaya apa yang kami beri akan mendapat pembalasan baik yang setimpal.”

-Dato Lance Koek, yang juga Pengarah Urusan AmLion, pengilang kepada lebih daripada 80 jenama produk penjagaan diri bagi lebih 30 negara.

Kanak-kanak dari Yayasan ini dihiburkan dengan persembahan oleh badut diiringi dengan aktiviti menjawab soalan serta pelbagai aktiviti menarik.

Children of Yayasan Sunbeams Home filling up their shopping baskets with Justice League products at Bath & Kids, 1Utama

Namun aktiviti “Supermarket Sweep” paling ditunggu-tunggu kerana mereka  yang berumur antara lima hingga 10 tahun ini diberi peluang mengambil sebanyak mana barang-barang koleksi tema kartun Justice League yang mereka mahukan dalam waktu yang diberikan.

Koleksi Justice League ini terdiri daripada kartun Superman, Batman, Supergirl dan Wonder Woman. Ia boleh didapati dalam bentuk barang mandian shampu 2-in-1, sabun mandi Head-to-Toe, Yogurt Body Wash, Bubble Bath, botol air, bekas makanan, selipar, alat tulis dan bermacam lagi.

Produk mandian ini datang dalam empat haruman iaitu Superman Smashing Citrus ZEST, Batman Awesome Apple Punch, Wonderwoman Sparkling Mango Mania dan Supergirl Dazzling Summer Berries serta koleksi Beaudex Kids.

Kesemua produk mandian ini dicipta selamat dan lembut untuk kulit kanak-kanak, bebas dari paraben, SLE/SLS dan malah ia mengguna bahan semula jadi seperti susu oat, susu soya dan susu beras yang menjadikan kulit sihat dan bersinar.

“Pada masa akan datang, kami bakl memperkenalkan lebih banyak tema kartun Nickelodeon yang memang tidak asing lagi bagi kanak-kanak antaranya Paw Patrol, Dora the Explorer, Teenage Mutant Ninja Turtles serta banyak lagi.”

GUARDIAN Umum Harga Runtuh Setiap Minggu Sepanjang Tahun

Dengan penjimatan daripada 10 hingga 70 peratus, memang wajiblah datang berbelanja di GUARDIAN untuk nikmati Kempen Harga Runtuh!

B

Guardian Malaysia telah mengumumkan bahawa ia akan menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini, satu langkah berani untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus.

dav

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen berkata:

“Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan.

Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad.

Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.”

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau.

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April.

Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%.

Beliau berkata: “Bukan itu sahaja. Saya jamin ada banyak lagi promosi menarik yang telah kami rancang untuk anda.”

Beliau menambah bahawa kempen-kempen ini membolehkan Guardian menentukan semula fokusnya terhadap DNA jenama itu, yang mana, sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ia juga selari dengan strategi Syarikat untuk menawan hati pelanggan, setiap kali mereka berkunjung ke stor Guardian!

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my
 

Pengalaman Audio Eksklusif dan Mewah di Sennheiser Suria KLCC

Ingin nikmati pengalaman audio terbaik, unik, unggul lagi eksklusif? 

IMG-20180202-WA0055

IMG-20180202-WA0056

Lawati Sennheiser yang baru-baru ini membuka stor pertamanya di gedung beli-belah terkemuka, di Suria KLCC.  Stor yang tampil mewah dengan gabungan elegan dan ekslusif ini menawarkan peralatan audio terbaik yang terdiri daripada rangkaian fon kepala, fon telinga, mikrofon dan amplifier.

Stor yang terletak di aras 1 ini menempatkan rangkaian luas produk pengguna dan professional audio Sennheiser yang ada di Malaysia dan juga peralatan audio bermusim yang hanya boleh didapati di stor Sennheiser sahaja.

“Kami teruja meraikan perasmian stor kami di gedung terkemuka seperti di Suria KLCC. Sebagagaimana pilihan pengguna semakin berubah, begitu juga pengalaman retail kami. Kami ingin menjadi sebahagian pengalaman perjalanan bagi setiap penggemar audio dengan menawarkan tempat untuk mereka yang sukakan musik, pencipta kandungan lagu dan peminat gajet berkumpul dan merasai pengalaman bersama Sennheiser, seiring dengan usaha kami membawa pengalaman audio di masa hadapan.”

-Martin Low, Pengarah Urusan Sennheiser Asia.

 Tempat yang menawarkan fon kepala terbaik di dunia

Stor terbaru direka untuk memberi pengalaman audio terbaik pada orang ramai. Stor di Suria KLCC ini adalah yang pertama di buka di Asia Tenggara dan menawarkan fon kepala terbaik di dunia iaitu Sennheiser HE 1. Dengan harga pasaran Euro50,000, ia adalah fon kepala yang tercanggih dengan sistem yang dicipta dengan audio engineering terbaik, Carrara marble dan digabungkan dengan state-to-the art amplifier.

Pencinta audio boleh berkunjung ke stor ini untuk melihat sendiri kecanggihan reka bentuk dan merasai sendiri audio yang ditawarkan oleh Sennheiser HE 1. Bagaimanapun, meeka perlu membuat tempahan terlebih dahulu untuk mengadakan sesi pendengaran audio.

Sennheiser bukannya asing dalam bidang audio kerana ia sudahpun berpengalaman lebih 70 tahun dan buat masa kini akan terus memberi pengalam audio di masa hadapan melalui pelbagai kerjasama.

Stor baharu ini bukan sahaja memperkenal jenama Sennheiser malah membawa bersama peralatan audio daripada jenama terkenal di dunia.

Antara produk yang ada di stor ini MOMENTUM HD 1 Pink Floyd Edition (RM2,649). Ia dicipta sebagai tanda kerjasama antara Sennheiser dan Pink Floyd, satu jenama yang terkenal. Sebagai tanda mengingati pameran Pink Floyd “Their Mortal Remains” yang diadakan di Muzium Victoria and Albert, London, Sennheiser mencipta MOMENTUM Wireless Edisi Istimewa.

Selain MOMENTUM HD 1 Pink Floyd, pecinta audio juga boleh melihat dan merasai pengalaman audio Robin Schulz Edisi Terhad Sennheiser HD 25. Artis tersohor dari Jerman ini pernah mengguna teknologi Sennheiser dalam awal kerjaya pembabitannya.

Kerjasama yang terjalin antara French Couture dan audio engineering Jerman menlahirkan Dior Homme x Sennheiser Edition. Koleksi ini terdiri daripada empat peralatan (RM5,300 hingga RM46,000) iaitu Sennheiser HD 800 S yang digandingkan dengan HDVD 800 Amplifier, PCX 550 Wireless audiophile noise-cancelling wireless travel headset , IE 800 ear-canal headphone yang digandingkan dengan beg Dior Homme dan pouch.

Selain audio, stor ini juga menawarkan audio solution seperti clip-on-microphone, AMBEO Smart Headset (RM1,690) dan aneka produk digital yang sesuai digunakan bersama telefon pintar mahupun tablet.