IPC Umum Penjenamaan Semula

Bukan itu sahaja, IPC juga sudah berwajah baru dengan banyak lagi kemudahan!

IMG-20180202-WA0007

IPC Shopping Centre dengan bangganya mengumumkan penjenamaan semula pusat beli-belah itu yang baru sahaja selesai dinaik taraf sepenuhnya.

Pembangunan semula dapat dilihat pada ruang fizikal dan jenama keseluruhannya yang direka bentuk bagi mewujudkan suasana membeli-belah yang lebih ceria, berinspirasi dan menggembirakan untuk pengunjung.

Ia merupakan kemuncak bagi sebuah projek berwawasan tinggi, menjadikannya sebagai projek pembangunan semula pusat beli-belah yang TERBESAR di rantau ini dengan pelaburan berjumlah RM200 juta bagi menukar wajah infrastruktur komuniti dan rupa bentuk lanskap dalaman dan sekitar pusat itu.

Pusat Membeli Belah Yang Unik dan Berlainan

Melihat kepada keperluan pengunjung serta komuniti yang sentiasa berubah-ubah, IPC memperkenal konsep ‘So Much More’ yang membawa maksud ia bukan sekadar destinasi membeli-belah malah menawarkan suatu pengalaman yang lebih daripada itu.

Pusat beli-belah terunggul yang terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara ini telah direka secara terperinci dengan memberi penelitian terhadap pengalaman membeli-belah menerusi reka bentuk ruang, penyusunan semula reka bentuk dalaman serta kemudahan yang mesra keluarga.

Pengarah Pusat Membeli Belah IKEA Asia Tenggara, Thomas Malmberg menjelaskan,

“Pasaran pengguna kini sentiasa berubah. Dalam persekitaran persaingan perniagaan yang sengit ini, kami memahami keperluan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan agar dapat kekal relevan dan sentiasa berada di depan. Oleh itu, kami sentiasa berusaha dan mendengar segala keluh kesah, kebimbangan serta kehendak dan keperluan masyarakat di sekeliling kami.

Pembangunan semula ini adalah untuk mereka, dan ia turut memberi peluang terbaik bagi membina hubungan yang lebih erat dengan rakan kongsi serta penyewa-penyewa yang baru dan sedia ada. Kami bersama-sama dengan jiran-jiran kami seperti The Curve, eCurve dan IKEA akan mengukuhkan lagi kedudukan Pusat Perniagaan Mutiara Damansara sebagai destinasi utama untuk keluarga serta teman-teman berkumpul, membeli belah, dan menjamu selera.”

Pusat beli-belah Untuk Semua

Idea disebalik pembangunan semula IPC Shopping Centre ialah untuk mewujudkan sebuah ruang kontemporari yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Reka bentuk terbarunya memastikan setiap anggota keluarga mempunyai ruang yang dapat memenuhi citarasa mereka tersendiri.

Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim menambah,

“IPC Shopping Centre telah melalui proses kematangan sejak 15 tahun yang lalu dan kami berasa gembira kerana dapat membangun bersama dengan kawasan-kawasan kejiranan di sekeliling kami dan menjadi tempat pertemuan yang penting untuk keluarga serta teman-teman. Sememangnya sudah menjadi wawasan kami untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat dengan menyediakan sebuah tempat yang cukup selesa seakan berada di rumah. Itulah hasrat IPC, menyediakan sebuah tempat yang selamat, selesa dan mesra keluarga.”

Lebih Banyak Pilihan Untuk Membeli Belah dan Menjamu Selera

Pengunjung kini boleh memilih untuk membeli belah atau menjamu selera di antara 145 kedai yang ada. Ini termasuk kedai-kedai gaya hidup, fesyen serta kecantikan dan kedai-kedai makanan dan minuman berkonsep terkini yang serba baru dan diperluaskan.

Pusat membeli belah ini menyaksikan 46% daripada penyewa asal kembali berniaga di sini seperti Harvey Norman, Popular Bookstore, Padini, Brands Outlet, Spotlight dan Ace Hardware. Penyewa baru termasuklah Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), Family Mart, IKEA Café, Watsons, Cotton On, LC Waikiki dan juga kedai utama Skechers yang terbesar di Asia Tengara.

Untuk makanan dan minuman pula, IPC Shopping Centre kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengunjung menjamu selera. Pengunjung boleh memilih sama ada menikmati makanan di tempat makan alfresco atau di ‘Foodland’, medan seleranya yang telah dinaik taraf. Antara restoran yang baru termasuklah Hana Japanese Dining, Paradise Dynasty, Suki-Ya, Ichiban Ramen dan Magnum Café. Para pengunjung juga pasti akan teruja melihat kepulangan restoran tempatan kegemaran mereka seperti Kluang Station, Uncle Lim, Absolute Thai, Noodle Shack, Nando’s, Starbucks dan Dome.

Kemudahan Baru dan Dinaik Taraf

IPC Shopping Centre turut percaya bahawa kenangan manis dan positif boleh tercipta saat pembeli-belah menjejakkan kaki ke kompleks beli-belah tersebut. Oleh itu, IPC Shopping Centre telah memberi penelitian terhadap perkara-perkara kecil yang diperlukan untuk mencipta pengalaman membeli belah yang terbaik seperti keselamatan, aksesibiliti, selesa dan menyenangkan. Selain itu, pembangunan semula yang dilakukan turut melibatkan sistem parkir terarah, penambahan tempat duduk dan kemudahan-kemudahan mesra keluarga seperti pintu masuk kanak-kanak, menaik taraf ruang keluarga dan ‘Funland’, sebuah taman permainan khas untuk si kecil.

Kehidupan Lestari Untuk Kemampanan Pengunjung

IPC Shopping Centre sentiasa berusaha untuk menjaga alam sekitar dengan menaik taraf Pusat Pembelian & Kitar Semula dan pemasangan panel solar yang dapat memastikan sasaran penjimatan tenaga tercapai.

IPC Shopping Centre juga sedang dalam proses untuk mendapatkan sijil bangunan hijau secara rasmi daripada badan persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan Kepimpinan Rekabentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED Gold) Malaysia.

Wajah Baru, Logo Baru

Selain daripada pembangunan semula, IPC Shopping Centre turut memperkenalkan logo terbaharunya sempena ulang tahun ke-15 jenama berkenaan. Logo tersebut memaparkan evolusi jenama berkenaan secara menyeluruh dan bagaimana ia terus kekal relevan kepada masyarakat.

Tahun Yang Meriangkan Untuk Keluarga

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, IPC Shopping Centre akan melancarkan sambutan perayaan yang bertemakan ‘A Tale of Great Fortune’.

Pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan tarian singa, aktiviti kraftangan untuk kanak-kanak, bengkel seni tradisional Cina, persembahan orkestra Cina dan pemberian hadiah-hadiah menarik.

 

 

‘Bloom of Grandeur’ Jadi Tema Tahun Baru Cina 2018 Avenue K

Memang ‘kena’ dengan temanya, selama sebulan pusat beli-belah Avenue K menjadi taman dipenuhi dengan aneka bunga-bungaan sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Lunar.

IMG_4953

Bermula 19 Januari sehingga 25 Februari, banyak promosi, reward, bengkel, aktiviti dan hiburan persembahan serta acapella disediakan untuk orang ramai yang datang membeli-belah di sini.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah kraf membuat lampu kertas, membuat kad raya, mencipta kipas daripada sampul ang pow dan menghasilkan pasu Ming.

Anda juga boleh dapatkan barangan keperluan sambutan Tahun Baru sama ada tradisional mahupun moden di outlet Avenue K seperti Tang Gu, Craft Factory, Living Cabin, Village Grocer, Love18 Chocolates, 3Bulbs Clothing, Cutie Land dan Leather Avenue.

Sambil membeli, pasti anda gembira melihat taman bunga yang dipenuhi dengan bunga Blue Willow, Pink Peonies diiringi dengan kehadiran burung serta rama-rama berbagai warna.

Bagi mereka yang berbelanja minimum sebanyak RM388 dari maksimum dua resit berpeluang menyertai AK Prosperity Draw with Asia Miles dan menjadi satu antara lima pemenang yang membawa pulang mata ganjaran 60,000 Asia Miles yang boleh ditukar kepada tiket pergi balik Kelas Ekonomi ke Hong Kong dan baucer RM1,000 dari Shoes Gallery by Parkson. Juga ditawarkan 5 hadiah sagu hati berupa baucer tunai bernilai RM500.

Bagi yang berbelanja minimum RM288 dan ke atas (RM238 dan ke atas untuk kad keahlian AK Neighbours) dari maksimum dua tiket berpeluang menyertai Avenue K Wheel of Prosperity di mana anda dapat membawa balik banyak hadiah yang menarik.

IMG_5003

Bagi yang berbelanja RM188 dan ke atas dalam satu resit, anda akan menerima set sampul Ang Pow eksklusif secara PERCUMA.

Memandangkan ia adalah edisi terhad, maka ia diberikan mengikut terma Siapa Cepat, Dia Dapat!

Memandangkan Hari Kekasih juga jatuh pada bulan yang sama, Avenue K juga meraikannya dengan menawarkan sekotak coklat daripada Love18 Chocolates kepada 50 pelanggan yang berbelanja kira-kira RM120 dari satu resit pada 14 Februari nanti.

Bukan itu sahaja, pelanggan Avenue K berpeluang memenangi set sepasang jam melalui penciptaan mesej cinta yag kreatif. Tuliskan mesej dan gantungkannya pada pokok Valentine Cherry Blossom yang terletak di Atrium. Lima mesej kreatif berpeluang mebawa balik set jam tangan bernilai RM550.

Jangan lupa layari http://www.avenuek.com.my untuk mengethui lebih lanjut aktiviti dan promosi yang ditawarkan sepanjang Tahun Baru Cina ini.

Miliki 2 Koleksi Produk Hello Kitty Dengan Berbelanja di GUARDIAN

Pasti ada ramai peminat kucing si Hello Kitty di luar sana kan?

GUARDIAN ada berita gembira yang ingin dikongsi bersama!
D

 

Guardian Health and Beauty Sdn Bhd dan Hello Kitty bekerjasama sekali lagi untuk memberikan senyuman kepada peminat, Hello Kitty tidak kira golongan muda mahupun yang berjiwa ‘muda’.

Buat kali pertamanya, peminat kucing paling comel ini bakal berpeluang memiliki tujuh barangan menarik yang direka khusus untuk Guardian Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr. Soren Lauridsen:C

“Inisiatif pemasaran unik ini diadakan untuk menggembirakan pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty.

Dua koleksi ini telah direka sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac nanti. Oleh itu, barangan ini akan dikeluarkan dalam dua fasa, masing-masing dengan set barangannya tersendiri.

Kami yakin bahawa barangan comel ini bakal menambat hati pelanggan dan peminat. Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah.”

Rangkaian barangan “Hello Kitty Celebrates”– terdiri daripada selimut, kusyen, buku nota dan penanda buku.. Ia direka untuk mencerminkan mood perayaan, boleh didapati di stor-stor Guardian bermula hari ini hingga 7 Mac.

Manakala koleksi yang lain – “Hello Kitty Hello Confidence,” pula terdiri daripada beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan beg komputer riba, hadir dalam warna ungu dan merah jambu dan membawa mesej “cinta”, “ceria” dan “semarakkan cinta” bagi melambangkan Hari Wanita Sedunia. Ia bakal dijual pada 8 Mac hingga 18 April.

Hello Kitty, yang telah memberi inspirasi kepada jutaan peminatnya di seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah menubuhkan taman temanya sendiri iaitu Hello Kitty Town di Puteri Harbour di Johor.

Bersempena dengan pelancaran koleksi ini, Guardian Malaysia akan menawarkan lawatan ke Hello Kitty Town dan peluang bertemu Hello Kitty kepada pelanggannya di selatan tanah air.

Pelanggan yang membuat pembelian sebanyak RM150, termasuk mana-mana barangan Hello Kitty di stor-stor Guardian terpilih, akan berpeluang untuk menerima dua tiket percuma ke Hello Kitty Town. Tiket adalah terhad.

Cara-cara penyertaan

Untuk membeli mana-mana daripada tujuh barangan yang ditawarkan, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja.

Jadi berkunjunglah ke stor Guardian berdekatan dan kumpul koleksi anda sekarang!