Idam Sajian Melayu Utara Asli? Pak Jen Gulai Panas Langkawi Ada Semuanya

Tetiba tekak nak makan gulai panas Melayu Utara. Bukan sahaja sedap malah asli?

 

qqq

Bolehlah mencubanya di Pak Jen Gulai Panas Langkawi yang terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Guest of honor, Chef Ismail giving a speech to media and guests

Diasaskan oleh dua anak muda berusia awal 20-an yang mempunyai susur galur dari Kedah, mereka tekad membawa masakan tradisional Melayu utara kepada warga kota metropolitan.

Pengasas Bersama Pak Jen Gulai Panas Langkawi, Safwan Bahari berkata mereka mahu berkongsi santapan orang-orang Kedah dengan warga Lembah Klang kerana sajian masakan ini sukar untuk didapati di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kami membesar dengan makan gulai panas, yang secara amnya dipanggil masakan kari. Semestinya terdapat banyak kedai makan di luar sana yang menyediakan gulai atau kari, tetapi untuk mendapatkan yang benar-benar atau hampir-hampir sama rasanya dengan gulai panas Utara di sekitar Lembah Klang memang sukar sekali,” kata Safwan.

Pak Jen Gulai Panas Langkawi memulakan operasinya pada bulan Disember 2017 dan selain daripada gulai panas, sajian itik golek dan daging dendeng juga menjadi kegemaran pelanggan.

“Itik golek yang disediakan di sini adalah resipi masakan rumah dan memang susah mendapatnya di restoran-restoran. Selalunya kami akan makan sajian itek golek ini bersama keluarga di majlis istimewa atau musim perayaan, dan tentulah masakan di rumah.”

Pada waktu makan tengah hari, dari hari Isnin hingga Jumaat, Pak Jen Gulai Panas Langkawi ada menyediakan hidangan nasi campur yang pelbagai. Terdapat kira-kira 20 lauk pauk pilihan nasi campur setiap hari dan setiap hari, dan hidangan yang disediakan silih bertukar ganti.

Chef-chef Melayu di Pak Jen Gulai Panas Langkawi mampu menyediakan sehingga 70 sajian termasuk resipi masakan Melayu dengan daging lembu wagyu. Lazimnya daging wagyu ini biasa dinikmati di steakhouse tetapi jarang di restoran Melayu.

Bekalan daging lembu wagyu didapati secara terus dari Margaret River, Australia, di mana keluarga Safwan mempunyai ladang ternakan sekutu di sana. Keluarga Safwan sudah berpengalaman dalam perniagaan daging selama sepuluh tahun.

“Kami amat teliti tentang kualiti ramuan dalam masakan. Ia mesti segar dan premium. Sama ada ikan, ayam atau sayur-sayuran, kami menapis betul-betul bagi memastikan kualitinya tinggi.

Pembekal-pembekal kami faham dan tahu kehendak kami yang agak cerewet. Itulah sebabnya kami menghargai pembekal kami yang memberi kerjasama dengan membekalkan bahan-bahan berkualiti .”

-Tan Jen, Pengasas Bersama Pak Jen Gulai Panas Langkawi.

Menu minuman termasuk Cenang Ais, Coke Tarik dan Laici Mojito merupakan minuman istimewa Pak Jen Gulai Panas Langkawi yang dicipta bersama oleh Safwan dan Tan.

Safwan dan Tan amat prihatin dalam penyediaan makanan. Oleh itu, tidak hairanlah Safwan dan Tan juga mementingkan rasa minuman yang disediakan. Sebagai contoh, jenis daun teh yang digunakan untuk the ais bukannya daun teh yang biasa didapati di kedai-kedai makan.

“Kalau kita ni anak kelahiran utara, kita membesar dengan meminum jenis teh ini. Kita tidak akan berkongsi rahsia teh ini, tetapi anak jati utara sudah tentu tahu rahsianya,” ujar Tan.

Lokasi Pak Jen Gulai Panas Langkawi strategik kerana ia terletak di Jalan Sultan Ismail yang sentiasa sibuk. Maka itu, Pak Jen Gulai Panas Langkawi semakin popular dalam kalangan mereka yang bekerja di pejabat kerana di sinilah yang menjadi tumpuan pada waktu makan tengah hari.

“Pak Jen Gulai Panas Langkawi juga menjadi tumpuan ‘jiran-jiran’ berdekatan seperti kakitangan dan pelajar dari Universiti Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), EXIM Bank, SME Bank dan Quill Group. Sebagai jiran yang baik, kami menawarkan diskaun jika mereka menunjukkan kad pelajar atau kad kakitangan,” kata Tan.

Pelanggan yang makan malam di Pak Jen Gulai Panas Langkawi pula terdiri daripada warga kerja kota serta keluarga-keluarga yang ingin menikmati hidangan yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi amat memuaskan hati.

Capailah impian gulai panas anda di Pak Jen Gulai Panas Langkawi.

Pak Jen Gulai Panas Langkawi Lot 4.02, Level 4, Quill City Mall Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s