MYDIN USJ Bersama SJ Echo Rai Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Tak kira bangsa, sebagai rakyat Malaysia wajar kita rai bersama-sama.

IMG_20180309_185956

Sempena ulang tahun ke-enam Mydin USJ, pusat beli-belh terkemuka ini meneruskan kerjasama erat bersama SJ ECHO, akhbar tempatan komuniti Subang Jaya bagi menjayakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2018.

Seawal 6.30 petang, orang ramai dan pelanggan MYDIN USJ berkumpul bersama-sama bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka ini yang diadakan sehingga pukul 11 malam.

Rumah terbuka ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Hannah Yeow Tseow Suan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya yang juga Speaker Dean Undangan Negeri (DUN) Selangor dan YB WOng Chen ADUN Kelana Jaya. Turut hadir adalah wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Polis Daerah Subang Jaya, Bomba & Penyelamat Daerah Subang Jaya serta tetamu jemputan MYDIN yang terdiri daripada rakan pembekal, rakan media cetak dan elektronik, rakan blogger, rakan selebriti tempatan serta rakan niaga..

Turut dijemput adalah 20 warga emas daripada Rumah Victory Puchong di mana mereka diberi angpau dan goodies bag.

Tidak ceria sambutan Tahun Baru Cina tanpa Yee Sang. Acara menggaul Yee Sang di pintu utama masuk utama Mydin Mall dijadikan gimik perasmian sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2018 kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, ia melambangkan kemewahan dan mampu melanjutkan usia.

Selepas itu, pengunjung dan tetamu disajikan dengan pelbagai juadah makanan seperti Yong Tau Foo, Char Kuetiau, Dim Sum, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Nasi Ayam, Laksa, Ayam Barbeku, Bubur Cha Cha dan banyak lagi di 24 buah gerai termasuk Food Truck secara PERCUMA!

Sambil makan, pengunjung dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian singa, tarian singa akrobatik, tarian kebudayaan cina, paluan gendang cina dan yang menarik sekali Chinese Face Mask Changing serta penampilan isntimewa pemenang Anugerah Industri Musik (AIM) 2016 Kategori Artis Wanita Cina Terbaik, Angeline Wong yang menghiburkan pengunjung dengan tiga buah lagu.

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, sesi cabutan bertuah untuk pelanggan Mydin diadakan pada rumah terbuka ini. Pemegang kad Meriah MYDIN berpeluang memenangi cabutan bertuah ini dengan syarat mereka berbelanja minimum RM88 di Pasar Raya Besar Mydin USJ dan Mydin Mall. Resit pembelian perlu dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di Kaunter Informasi MYDIN USJ dan penyertaan ini dibuka selama 7 hari bermula 2 Mac hingga 9 Mac.

Sesi cabutanbertuah untuk wakil media turut diadakan sebagai tanda apresiasi atas kerjasama utuh serta sokongan baik terhadap MYDIN selama ini.

Melalui rumah terbuka ini, komuniti Subang Jaya yang majmuk diharapkan dapat menerapkan nilai-nilai murni sesama mereka sekali gus menanam sifat hormat-menghormati dan kesefahaman dengan lebih harmonis.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: