Enaknya Jejalur Krim Biskut Coklat Cip MUNCHY’S CHOC-O

Memang tak boleh nak berhenti bila makan biskut cip MUNCHY’S CHOC-O ni!

munchys 5X6A8713

MUNCHY’S, jenama biskut tempatan nombor satu di Malaysia , berterusan memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang inginkan biskut yang sedap dan rangup melalui ciptaan lazat terkininya iaitu MUNCHY’S CHOC-O.

MUNCHY’S CHOC-O adalah inovasi terkini MUNCHY’S yang menampilkan biskut cip coklat rangup dengan permukaan yang dikerumuni jejalur krim coklat yang lazat. Biskut cip coklat menarik yang bersaiz satu gigitan ini bakal memuaskan hati serta cita rasa pengguna yang inginkan kenikmatan dan juga penggemar biskut melalui kerangupan yang lazat dan teksturnya yang cair di dalam mulut.

“Di MUNCHY’S, keseronokan tidak pernah terhenti kerana kami sentiasa memuaskan hati pengguna dengan menawarkan produk yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kami sentiasa berusaha untuk mencipta produk-produk inovatif yang boleh memuaskan keinginan pengguna dengan cara yang paling mudah dan mampu dimiliki, tanpa menjejaskan rasa dan ramuannya.

MUNCHY’S CHOC-O dicipta untuk pengguna yang ingin memanjakan diri, dan ini jelas membuktikan bahawa jenama kami inovatif dan benar-benar memahami gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Dengan produk baru ini, pengguna boleh memanjakan diri, dengan menikmati biskut yang lazat ini, pada bila-bila masa.”

-Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif MunchWorld Marketing Sdn Bhd.

Selama lebih 25 tahun, MUNCHY’S telah mencipta saat-saat yang lazat dan menyeronokkan untuk rakyat Malaysia dengan menawarkan pelbagai biskut dan snek pada harga yang berpatutan untuk setiap masa.

Pengguna yang sentiasa sibuk pada masa kini tidak mempunyai banyak masa untuk memanjakan diri. MUNCHY’S CHOC-O dicipta untuk memberi kepuasan dan kegembiraan kepada pengguna untuk merasai kenikmatan hidup melalui setiap gigitan biskut cip coklat yang lazat ini.

Melalui snek ini, pengguna kini boleh menikmati saat kepuasan dengan MUNCHY’S CHOC-O, tanpa berkira bila dan bagaimana mereka ingin memanjakan diri, sama ada ketika membaca buku yang menarik, menonton wayang bersendirian, atau semasa berehat seketika daripada kehidupan korporat yang mencabar.

MUNCHY’S CHOC-O boleh didapati dalam TIGA perisa berbeza:

  • Original Coklat – untuk penggemar biskut cip coklat sejati
  • Lebih Coklat – untuk peminat tegar coklat
  • Campuran Kekacang – untuk mereka yang sukakan cabaran dalam kehidupan!

Produk ini boleh didapati di kedai-kedai runcit, pasaraya besar dan cawangan runcit di seluruh negara. Ia boleh didapati dalam tiga pek saiz berbeza iaitu:

  • 78 gm-RM2.30/RM2.60 (Malaysia Timur)
  • 125 gm-RM3.60/RM3.80 (Malaysia Timur)
  • 235 gm (pek mudah bawa)- RM7.80/RM8.30 (Malaysia Timur).

Semua harga yang dinyatakan di sini termasuk GST.
Hashtag Rasmi: #MUNCHYSCHOCO

Mengenai MUNCHY’S

Sejak kelahiran MUNCHY’S pada tahun 1991, MUNCHY’S telah meraih nama sebagai jenama biskut tempatan No.1 di Malaysia*dan mempunyai kilang pembuatan dengan teknologi terkini di Batu Pahat, Malaysia, China dan Indonesia. Nama MUNCHY’S boleh didapati di semua kategori biskut dan mempunyai kehadiran jenama yang kuat yang dapat memenuhi semua segmen konsumer. Dengan misi untuk memenuhi setiap rumah dengan pelbagai jenis snek yang seronok untuk dimakan, produk MUNCHY’S boleh didapati di pelbagai kedai runcit di Malaysia dan lebih daripada 50 buah negara di seluruh dunia. Produk utamanya termasuk MUNCHY’S Cream Crackers, LEXUS Sandwich Biscuits, MUZIC Wafer, OAT KRUNCH dan CAPTAIN MUNCH cookies.

Dengan Facebook “like” melebihi 230,000, Facebook MUNCHY’S adalah interaktif dan penuh dengan kejutan.

Sila layari http://www.facebook.com/munchys atau laman web http://www.munchys.com untuk maklumat lanjut.

*Nielsen Retail Index Corporate Value Share, MAT Januari 2018

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s