ENERGIZER Malaysia Perkenal Rangkaian Produk Wangian Kenderaan Dari AS

Bukan sahaja wangi malah memberi kesegaran dalam kereta. Memang sesuai dengan namanya Refresh Your Car!

Photo 2 (1)

Energizer Malaysia meluaskan lagi portfolio jenama mereka di Malaysia apabila melancarkan rangkaian produk penyegar udara Refresh Your Car! di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Untuk pengetahuan semua, Refresh Your Car! adalah salah satu haruman kenderaan yang terkenal di Amerika Syarikat.

“Sejak beberapa tahun ini, rakyat Malaysia telah mendaftarkan lebih dari setengah juta kenderaan penumpang setiap tahun. Memandangkan cuaca panas di sini menyebabkan banyak bau yang kurang enak sering melekat pada kenderaan meskipun sudah banyak usaha dilakukan untuk menjadikan kenderaan nampak cantik serta berbau harum. 

Maka kami mengambil peluang untuk memasuki industri produk wngian kereta di Malaysia. Produk Refresh Your Car! yang dipaten untuk mengaburi dan menghilangkan bau kurang menyenangkan, kami sangat yakin produk kami akan menawarkan kelainan yang jelas kepada pemilik kenderaan di Malaysia yang berdepan kesan cuaca panas lagi lembap di dalam kereta mereka setiap hari.”

-Aaron Abner Ang, Pengurus Kanan Jenama-Malaysia, Singapura & Indonesia, Energizer Holdings Inc.

Untuk pasaran Malaysia, rangkaian produk Refresh Your Car! boleh didapati dalam EMPAT bentuk:

  1. Stik melintang yang unik bagi jenama ini/Vent sticks:
    -wangian yang ditawarkan adalah: Mango-Pina Colada, Fresh Strawberry + Cool Lemonade, Alp Meadow + Summer Breeze & New Car+Cool Breeze
  2. Pembaur minyak dalam klip-mimi/ Mini-clips oil diffusers:
    -wangian yang ditawarkan adalah: New Car+Cool Breeze, Alp Meadow + Summer Breeze, Fresh Strawberry + Cool Lemonade & Lighting B + Ice Storm
  3. Pembaur minyak dua-haruman/ Dual-scent oil diffusers:
    -wangian yang ditawarkan adalah: Mango-Pina Colada, Fresh Strawberry + Cool Lemonade, Alp Meadow + Summer Breeze & New Car+Cool Breeze
  4. Tin gel/ Gel cans

“Energizer  Malaysia mensasarkan untuk mengaut 3-5% segmen haruman automatif di Malaysia dalam tempoh masa 6 bulan. Buat masa ini, segmen ini bernilai RM70.5 juta. Kami akan memperkenalkan rangkaian produk kepada pemilik kereta buat masa ini dan bakal membawa masuk produk wangian untuk kediaman selain penambahan produk wangian kereta serta penjagaan kereta. Produk Gel Cans Refresh Your Car! misalnya boleh juga diletakkan dalam rumah. Kami harap rakyat di sini menyukai produk wangian yang kami perkenalkan”

Satu siri jelajah Refresh Your Car! telah diadakan di pusat beli-belah itu bermula pada 22hb hingga 25hb Mac lalu yang mana menyaksikan orang ramai melihat sendiri rangkaian penuh produk haruman kenderaan ini. Sebanyak empat gerai dengan haruman berlainan seperti Taman Buahan, Kota raya, pantai dan pergunungan salji di tempatkan di siri jelajah ini.

Rangkaian produk Refresh Your Car! kini boleh dibeli di semua pasar raya AEON dan pasar raya terpilih.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.refreshyourcar.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s