GUARDIAN Perkenal Hello Kitty Hello Confidence

Haa, apa lagi, cepat-cepat tambahkan koleksi Hello Kitty sedia ada!

Portrait of young womanPortrait of young womanPortrait of young womanPortrait of young woman
Koleksi aksesori edisi terhad Hello Kitty yang bergaya daripada beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan sarung komputer riba, kini menjadi bualan hangat para pelanggan Guardian dan peminat kucing paling comel di dunia!

Boleh didapati dalam warna ceria ungu dan merah jambu, koleksi itu membawa mesej “ceria” dan “semarakkan kasih sayang”, dan direka khusus untuk sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac.

Koleksi yang dikenali sebagai “Hello Kitty Hello Confidence”, boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 8 Mac sehingga 18 April.

Terdahulu, Guardian Malaysia telah memperkenalkan koleksi istimewa “Hello Kitty Celebrates”, pada 1 Februari hingga 7 Mac, bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mr Soren Lauridsen berkata:

“barangan edisi terhad ini dihasilkan dengan tujuan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty. Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah.’

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sanrio Asia, Caroline Tsang:

“Dua koleksi yang direka khusus untuk Guardian ini, menampilkan gaya yang lebih moden dan berunsur perayaan. Kami pasti pelanggan dan peminat akan menyukai kepelbagaian stail dan kesegaran yang kami bawakan untuk program ini.”

Untuk mendapatkan barangan koleksi istimewa ini, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s