“Inisiatif KIPLING” Tingkat Kesedaran Mengenai Ungka Tangan Putih

Memang terbaiklah kerjasama KIPLING Malaysia dan PERHILITAN dalam menyelamatkan dan melindungi haiwan terancam yang semakin pupus ini.

KIPLING Malaysia, satu jenama fesyen beg tangan terkemuka dan PERHILITAN berganding bahu meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai Ungka Tangan Putih dan usaha mengurangkan permintaan dalam menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan.

Kerjasama kedua-dua pihak itu dipanggil “Inisiatif Kipling”.

IMG20180327121259

Usaha Kipling dan PERHILITAN itu diraikan dalam majlis pelancaran KIPLING x emoji Asia Exclusive Collection yang telah diadakan di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Bermesejkan ‘Stylish and Fictional Products that Lighten Your Day’, majlis ini memperkenalkan koleksi Edisi Terhad Eksklusif Asia. Koleksi terbaharu ini memberi pengalaman baru dalam menzahirkan ekspresi diri dengan lebih gembira dan seronok.

“Kami berasa bangga dapat bekerjasama bersama PERHILITAN dalam kempen Inisiatif Kipling ini. Inisiatif yang diadakan ini adalah untuk memberi kesedaran dan menawarkan sokongan pada PERHILITAN dalam usaha mereka menghentikan permintaan haiwan ini secara haram.”
-Tan Seong Teck, Pengarah Eksekutif Ram Pacific Malaysia.

Ungka Tangan Putih telah diklasifikasikan sebagai Haiwan Terancam oleh IUCN Red List dan tersenarai dalam Appendix 1 oleh Convention on International trade in Endangered Species (CITES) dan juga Totally Protected Species Under Second Schedule Wildlife Conversation Act 2010.

Kipling telah menjadikan dua ekor Ungka Tangan Putih ini sebagai ‘anak angkat’ tahun lepas di Zoo Negara dan sekarang ini aktif melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepupusan haiwan ini. Jualan beg Kipling membantu meneruskan sumber kewangan bagi inisiatif ini.

“Untuk melindungi haiwan liar ini, melalui kempen kesedaran kepada orang ramai membantu kepada langkah yang diambil oleh pihak kerajaan seperti yang dinyatakan dalam National Policy on Biodiversity.”
-Salman Haji Saaban, Pengarah Enforcement Division PERHILITAN.

Untuk maklumat lanjut, layari: FB (KiplingMalaysia) dan IG (@KiplingMalaysia) atau kunjungi outlet Kipling di:

  • KIPLING Mid Valley Megamall
  • KIPLING 1 Utama Shopping Centre
  • KIPLING Aeon Tebrau City
  • KIPLING Queensbay Mall

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s