Johnsons Rai Ulang Tahun ke-125 Dengan Pertandingan Digital

Tahniah Johnson’s atas ulang tahun ke 125. Ini bermakna selama 125 tahun juga Johnson’s menjaga kulit kita sepanjang tempoh itu!

Johnson's 125 Years_Vintage Tin
Untuk meraikan hari bermakna itu, Johnson’s® menyeru pengguna Malaysia berkongsi kegembiraan dengan menyertai peraduan Johnson’s®125 Years di mana mereka  berpeluang memenangi kotak tin vintaj edisi terhad dengan produk bersama cetakan khas nama pengguna di atasnya.

“Warisan 125 tahun kami dibina hasil sokongan para ibu dari beberapa generasi yang percaya akan Johnson’s® untuk menjaga kulit halus bayi mereka. Itulah sebabnya kami menyeru para ibu Malaysia, terutamanya mereka yang menggunakan produk Johnson’s® untuk menyertai sambutan kami dan turut sama menyertai peraduan tersebut.Kami menyediakan 1,000 unit kotak tin vintaj edisi terhad dan kami berharap dapat menghadiahkannya kepada pengguna yang paling setia! “

-Christy Yong, Pengurus Pemasaran Kanan Johnson & Johnson Malaysia.

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu mengambil foto kenangan kegemaran anda dengan produk Johnson’s®, tuliskan kapsyen ringkas yang menggambarkan kenangan tersebut dengan hashtag #Johnsons125Years, dan muat naiknya di halaman media sosial anda. Setiap minggu selama 8 minggu berturut-turut, 125 pemenang dengan penyertaan yang terbaik akan dipilih untuk menerima hadiah.

Mengulas mengenai kejayaan Johnson’s® sejak 125 tahun yang lalu dalam mendapatkan kepercayaan para ibu dan pengamal kesihatan di seluruh dunia, Christy berkata bahawa jenama ini sangat memahami tentang kulit bayi melalui penyelidikan dan inovasi produk secara berterusan yang bukan sahaja membantu ibu menjaga anak-anak mereka, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan mereka melalui ikatan kasih sayang ibu-bayi.

“Selama lima tahun yang lalu, Johnson’s® secara konsisten telah menerbitkan lebih banyak kajian tentang kulit bayi berbanding syarikat penjagaan kesihatan global yang lain. Penyelidikan ini membantu menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal, cukup lembut untuk kulit bayi yang unik dan masih berkembang sementaranya menjaga kulit ibu supaya lembut dan sihat” 

Beberapa inovasi utama Johnson’s® termasuk:
• Jenama pertama menghasil dan memasarkan produk pembersihan yang dirumuskan supaya lembut dan selamat pada mata bayi dengan tanda lambing “NO MORE TEARS”; dan
• Satu-satunya jenama yang mempunyai rutin 3 langkah sebelum tidur yang telah terbukti dapat membantu bayi supaya tidur lebih cepat, lebih nyenyak dan mengurangkan kekerapan bangun pada waktu malam.

Selain daripada senarai inovasi, Christy menyatakan:

“Kami memahami bahawa ikatan emosi pertama bayi dibina daripada hubungan fizikal dengan penjaga mereka. Kulit bayi yang 30% lebih halus berbanding orang dewasa, perlu dilembabkan dengan secukup-cukupnya untuk memastikan ketahanannya kuat dan sihat. Johnson’s® adalah jenama pertama yang menggalakkan ikatan ibu-bayi menerusi sentuhan dan penggunaan produk kami yang melembapkan dan melindungi pertahanan kulit bayi, mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi “.

Christy menambahkan bahawa peraduan ini direka untuk membawa ibu dan bayi mereka bersama-sama dan memberikan peluang yang sempurna untuk ibu bapa berkongsi detik-detik istimewa mereka dengan Johnson’s® sama ada mereka menggunakan produk pada bayi mereka atau untuk diri sendiri.

Untuk ibu selebriti Scha Alyahya, masa kegemarannya dengan Johnson’s® adalah ketika menikmati mandian buih bersama anaknya, Lara Alana. Hos TV, model dan pelakon ini mengakui bahawa jadualnya yang ketat, menghadkan interaksinya dengan Lara, sebab itulah dia suka mandi bersama anaknya.

“Waktu mandi memberi saya peluang untuk meluangkan masa yang berkualiti dan menyeronokkan dengan Lara. Kami suka bersantai di dalam tab mandi, bermain dengan buih dan memercikkan air antara satu sama lain – ini adalah masa untuk mengeratkan hubungan yang menakjubkan bagi kami!

Memandangkan masa mandi adalah waktu yang sangat berharga untuk saya, saya cerewet dengan pilihan produk mandi untuk melindungi kulit Lara. Produk mandian Johnson’s® adalah pilihan saya! Ia menyediakan pelembab dan nutrisi yang tahan lama untuk saya dan Lara, menjadikan kulit kami lembut dan sihat. Lara juga merupakan peminat produk Johnson’s®, dan saya harap dia juga akan menjadi ibu Johnson’s® untuk anaknya suatu hari nanti! “.

Apakah detik-detik kegemaran anda dengan Johnson’s®?

Muat naik foto dan kapsyen dengan hashtag #Johnsons125years hari ini!

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, layari laman Facebook Johnson’s® Malaysia @JohnsonsbabyMY.

Johnson’s®

Di Johnson’s®, kami percaya bahawa setiap bayi berhak untuk lebih lagi. Lebih banyak peluang untuk sentuhan kulit ke kulit. Lebih banyak masa untuk mengukuhkan ikatan. Lebih banyak rangsangan deria. dan perkembangan yang lebih sihat. Penyelidikan mendedahkan bahawa sentuhan rutin dan urutan oleh ibu bapa atau pengasuh yang penuh kasih sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, komunikasi dan pembelajaran bayi. Di Johnson’s®, kami memajukan penyelidikan yang mendedahkan bagaimana pengalaman harian yang melibatkan deria, seperti masa mandi, waktu bermain dan semasa mengurut bayi, boleh membawa kepada perkembangan bayi yang bahagia dan sihat. Produk Johnson’s® dibangunkan untuk menyokong pelbagai rutin harian yang menggalakkan ibu untuk sama-sama terlibat dalam pengalaman berbilang sensori bayi mereka.

Johnson & Johnson

Prihatin terhadap dunia, satu orang pada satu masa, memberi inspirasi dan menyatukan pengguna Johnson & Johnson. Kami merangkumi penyelidikan dan sains – membawa idea, produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk memajukan kesihatan dan kesejahteraan oang ramai. Kira-kira 130,000 pekerja kami di lebih daripada 200 syarikat operasi Johnson & Johnson bekerja dengan rakan kongsi dalam industri penjagaan kesihatan yang menyentuh kehidupan lebih daripada satu bilion orang setiap hari, di seluruh dunia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s