28Mall.com Anjur Pertandingan ‘Miss Talent International Competiton Malaysia 2018’

Siapa yang ada banyak bakat tu, bolehlah cuba pertandingan anjuran 28Mall.com ini.

IMG_20180314_125517

28Mall.com, pemegang lesen untuk Pertandingan ‘Miss Talent International Competition’ di Malaysia telah mengadakan satu persidangan media di pusat beli-belah MyTOWN.

Tujuan persidangan media itu diadakan adalah untuk mengumumkan secara rasmi mengenai Pertandingan ‘Miss Talent International Malaysia’ yang mana DUA pemenang akan menjadi wakil negara di peringkat antarabangsa yang bakal diadakan pada bulan Mei nanti di Hong Kong selain memenangi hadiah wang tunai bernilai RM200,000.

“Ini bukanlah pertandingan ratu cantik yang biasa tetapi pertandingan yang lebih mencungkil bakat dan menguji tahap kemahiran peserta dalam media sosial kerana mereka bakal menjadi “online influencer”  yang mana akan dapat meningkatkan jenama keperibadian dan pemasaran untuk masa hadapan dalam bidang ini.” 

-Fione Tan, Peneraju bersama  dan Ketua Pegawai Eksekutif 28Mall.com.

Tumpuan utama pertandingan adalah Anugerah ‘Miss Social Media Award’ edisi Malaysia yang mana hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000 akan diberikan kepada pemenang anugerah tersebut.  Selain wang tunai, pemenang juga akan dilantik sebagai Duta Media Sosial dan Influencer 28Mall.com dan penaja.

Terdahulu, anugerah itu diadakan buat pertama kalinya di Hong Kong pada Januari lalu dan dimenangi oleh Alice Au yang kini menjadi Duta Media Sosial 28Mall.com di Hong Kong.

Dalam persidangan media itu juga, penaja dan rakan kongsi yang bekerjsama dengan 28Mall.com diperkenalkan sebelum majlis menandatangani perjanjian diadakan. Antara pihak yang bekerjsama adalah eOneNet.com, Akademi Amber Chia, Studio Exes, Live Pictures, Nulnu Lifesyle Mall, SBS Print, Fazup Anti-Radiation France, SYLJapan, GWifi Global, InNet.Asia, 1CaringHeart serta Asia Association of Influencer manakala pusat beli-belah MyTOWN menjadi penaja tempat pertandingan dan Mighty Monster Character Cafe & Bar penaja makanan.

28Mall.com turut megumumkan penjualan tiket untuk pertandingan akhir di KL pada Mei 2018 ini dengan pelbagai hadiah menarik menanti untuk mereka yang membeli tiket pertandingan itu termasuk bonus serta baucar beli-belah bernilai 100% dengan harga tiket yang dibeli selain berpeluang menghadiri majlis selepas pertandingan dan bergambar bersama pemenang.

Ujibakat telah diadakan pada hari yang sama dengan persidangan media yang menyaksikan peserta menyanyi, berlakon dan menari.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Facebook Miss Talent International Competition Malaysia atau hubungi 03-22846418.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s