CJ WOW SHOP Rai Ulang Tahun ke-2 Dengan Ganjaran Hebat

Apatah lagi dengan adanya kerjasama hebat bersama bintang TV, Yana Samsudin

Photo 2JPG

CJ WOW SHOP, destinasi beli belah pintar sehenti Malaysia mengumumkan pelancaran sambutan meraikan ‘2 Tahun, Lebih WOW!’.

Sempena pencapaian ini, rakyat Malaysia berpeluang menyertai karnival beli-belah dari rumah yang terbesar menampilkan beberapa siri promosi selama satu bulan menerusi saluran CJ WOW SHOP termasuk TV, dalam talian dan aplikasi mudah alih mulai 1 April 2018.

Sejak dilancarkan pada 2016, CJ WOW SHOP telah menambah penawaran produk daripada 27 kepada lebih 450. Antaranya termasuklah produk isi rumah, barangan elektrik, gajet, produk kecantikan, fesyen dan banyak lagi.

Saluran membeli belah ini bakal mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh selepas berjaya mencatat lebih 650,000 orang pelanggan dan mengutip jualan melebihi RM130 juta pada tahun 2017.

En. Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP berkata,

“Pencapaian yang hebat ini memberi semangat kepada kami untuk lebih fokus dalam memenuhi keperluan lebih ramai rakyat Malaysia. Hari ini CJ WOW SHOP telah berkembang menjadi sebuah destinasi membeli belah pintar sehenti dan kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa pelanggan kami. Di samping meraikan kejayaan ini, sambutan ulang tahun ini juga merupakan penghargaan kami buat pelanggan dengan memenuhi keperluan mereka. Ini termasuklah menyediakan produk yang lebih hebat, penjimatan dan ganjaran yang lebih tinggi bagi memeriahkan lagi hidup mereka.”

Ganjaran Eksklusif Beg WOW oleh Duta Ulang Tahun Yana Samsudin untuk Pelanggan
CJ WOW SHOP juga telah melantik selebriti terkenal dan pemenang pelbagai anugerah, Yana Samsudin, sebagai duta ‘2 Tahun, Lebih WOW!’.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan sambutan hangat yang diterima selepas beliau menjadi pengacara undangan selebriti rancangan istimewa saluran ini, ‘The WOW Show’. Yana mempunyai rekod prestasi yang terbukti antaranya kejayaan beliau mencapai jualan melebihi 200 unit Athira Pendant oleh Habib Jewel dalam masa 22 minit.

Kerjasama ini merangkumi juga “Beg WOW”, beg mesra alam edisi terhad yang direka dan dibawa khas oleh Yana Samsudin. Sepanjang bulan April, hadiah eksklusif ini akan diberikan secara percuma kepada para peminat Yana dan para pembeli yang membuat sebarang pembelian di CJ WOW SHOP.

Pelantikan ini juga selaras dengan konsep CJ WOW SHOP untuk membawa pengalaman ‘shoppertainment’ yang unik dan menarik. Yana Samsudin akan berganding bahu dengan hos tetap rancangan CJ WOW SHOP seperti Zaim Helmi dan Lily Liyana bagi menghiburkan penonton.

Komitmen untuk Berkembang Bersama Pelanggan dan Rakan Niaga

Pencapaian tahun 2017 telah meningkatkan lagi keyakinan CJ WOW SHOP untuk terus berkembang bersama pelanggan dan rakan niaga, terutamanya syarikat-syarikat tempatan yang menyediakan produk hebat.

Pada masa ini, 70% daripada produk yang dijual melalui saluran ini terdiri daripada jenama tempatan termasuklah Mugen, Riino, Elba, Habib Jewel, Ariani dan Winds, penjual gajet, peralatan serta produk isu rumah.

En. Kim berkata:

“Kerjasama rapat dengan syarikat kecil dan sederhana tempatan sentiasa menjadi keutamaan kerana CJ WOW SHOP merupakan platform pemasaran menyeluruh untuk membantu perniagaan ini mencapai potensi pasaran meluas yang sebenar. Dalam bulan-bulan yang akan datang, kami juga akan meningkatkan khidmat pelanggan serta pengalaman membeli belah secara keseluruhan bagi menyokong strategi pertumbuhan kami.”

CJ WOW SHOP adalah usaha sama antara Media Prima Berhad dengan CJO Shopping Co Ltd (CJO) dari Korea Selatan, yang pengendali rangkaian belibelah di rumah melalui TV No 1 di Asia. Dilancarkan dengan meriah pada bulan April 2016, kerjasama strategik CJ WOW SHOP dengan jenama tempatan seperti Proton dan Simplysiti telah menyaksikan syarikat menerima pengiktirafan serantau dari The Spark Awards 2017 untuk Penyelesaian Risikan Pemasaran dan Jualan Terbaik (Emas) dan Marketing PR Awards 2017 Asia Tenggara untuk Kempen PR Terus kepada Pelanggan Terbaik (Gangsa).

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cjwowshop.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s