MILO Lancar Inisiatif “MILO Aktif Negaraku”

Siapa yang tak kenal jenama hebat ini?

Selain telah membantu 5 juta rakyat Malaysia menjalani gaya hidup aktif, MILO kini meningkatkan sifat kesukanan melalui teknologi canggih

3 - (L-R) MILO football freestyler; MILO Champions Clinic Coach Chiew Chun Yong; Alois Hofbauer, Nestlé Malaysia CEO; Philomena Tan, Nestlé Malaysia Business Executive Officer (MILO);
MILO®, telah melancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku. MILO® dengan tekad untuk membantu 5 juta rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif menerusi pelbagai jenis program sukan yang disediakan di bawah inisiatif MILO® Aktif Negaraku.

“Lebih daripada 60 tahun, MILO® telah membekalkan tenaga dan nutrisi kepada rakyat Malaysia dan tidak mengenal lelah untuk membangunkan sukan tanah air serta menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif. MILO® Aktif Negaraku adalah sebahagian daripada rancangan berterusan kami untuk memperluas misi menggalakkan 5 juta rakyat Malaysia menjadi aktif. Inisiatif ini mencerminkan janji kami untuk memberikan ‘Good Food, Good Life’ kepada semua rakyat Malaysia.

“Misi untuk menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif adalah selari dengan komitmen global Nestlé untuk membantu lebih 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengamalkan gaya hidup lebih sihat.”

-Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Bagi menggalakkan 5 juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku.

Inisiatif ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk :

  • MILO® Champions Clinic
  • MILO® ActivJam Senamrobik
  • MILO® Hidup Bola
  • Hari Sarapan Malaysia MILO
  • pengenalan teknologi canggih MILO® Bola Juara.

Menerusi pelbagai aktiviti ini, MILO® Aktif Negaraku mampu mewujudkan pelbagai peluang untuk memulakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sejak 60 tahun lalu, MILO® telah menerajui pembangunan sukan di peringkat akar umbi bagi semua rakyat Malaysia. Setiap tahun, MILO® telah menganjurkan pelbagai aktiviti hebat yang dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia. MILO® Aktif Negaraku melambangkan komitmen kami untuk membina masa depan yang lebih aktif bagi rakyat Malaysia.

Dalam merealisasikan komitmen ini, kami telah membawa bersama pelbagai platform dengan unsur-unsur baharu yang mengujakan, seperti kerjasama dengan FC Barcelona untuk MILO® Champions Clinic: Edisi Barca, serta beberapa inisiatif terbaharu, seperti MILO® Bola Juara, teknologi canggih yang diperkenalkan buat julung kali di peringkat dunia.”

-Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

MILO® Bola Juara, “Smart Ball” unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan sukan mereka.

MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.

MILO® Champions Clinic:

-Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona!

Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO® Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai sukan- sukan yang terlibat dalam MILO® Aktif Negaraku, serta perkembangan usaha MILO® dalam menggalakkan gaya hidup aktif di Malaysia, sila layari www.milo.com.my atau www.facebook.com/MiloMalaysia

Mengenai Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL)

Baru-baru ini, MILO® Activ-Go® telah memperoleh Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL). HCL merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia, dan logo ini hanya akan diberikan kepada syarikat-syarikat makanan dan minuman yang memenuhi kriteria nutrisi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Logo ini mudah dikenal pasti kerana ia dipamerkan di hadapan bungkusan makanan atau minuman, sekaligus dapat membantu pengguna membuat pilihan produk makanan yang lebih sihat.

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari http://www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s