PENSONIC Jadi Pengedar Eksklusif Jenama Morphy Richards dan Belling

Tahniah PENSONIC!

Group Photo

Pensonic telah mendapat hak pengedaran eksklusif untuk peralatan terkenal UK iaitu jenama Morphy Richards dan Belling. Kedua-dua jenama tersebut berada di bawah Kumpulan Syarikat Glen Dimplex.

Perjanjian perkongsian yang telah ditandatangani pada 15 Mac 2018 lalu memberi hak istimewa kepada Pensonic untuk menjadi pengedar tunggal peralatan Morphy Richards and Belling di pasaran Malaysia dan Singapura.

Pensonic, iaitu sebuah syarikat tempatan yang berkembang maju, mempunyai rangkaian pengedaran sebanyak 10 cawangan dan lebih daripada 900 orang peniaga di Malaysia, dan juga pejabat-pejabat di Malaysia serta Singapura. Ini secara strategik menempatkan Pensonic sebagai pilihan semulajadi untuk mengedar dan menjual jenama-jenama ini di Malaysia dan Singapura.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Pensonic Holdings Berhad En.Vincent Chew berkata:

“Perkongsian di antara Kumpulan Syarikat Pensonic dengan Kumpulan Syarikat Glen Dimplex membawa kepakaran dari segi yang mendalam daripada kedua-dua syarikat ini mengenai produk di rumah, untuk menyampaikan peralatan yang lebih peka kepada keperluan pelanggan-pelanggan dan mampu bertanding di pasaran global yang kini semakin mencabar. Peniaga-peniaga kami berada di banyak lokasi di Malaysia dan Singapura supaya pelanggan-pelanggan boleh mendapatkan produk dengan mudah, sokongan dan khidmat pelanggan yang cemerlang.

Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meluaskan lagi daerah liputan perniagaan dengan adanya peluang pengedaran produk-produk ini. Tambahan, kedua-dua jenama ini akan melengkapan rangkaian jenama-jenama kami yang sedia ada serta menyumbang kepada kemajuan dan ketahanan Kumpulan Syarikat di masa akan datang”. Peluang pengedaran produk juga tiba tepat pada masanya kerana Pensonic menjangkakan pemulihan dalam pasaran pengguna dan kami telah bersedia untuk menawan pasaran yang lebih besar apabila keadaan ini berlaku. Walaupun keadaan ekonomi semakin mencabar dan pasaran tidak menentu, produk di rumah mempunyai masa depan yang cerah kerana pembeli inginkan produk yang memudahkan dan memberi nilai kepada gaya hidup mereka.”

Sempena menandatangani perjanjian perkongsian dan pelancaran dua jenama tersebut, satu peraduan akan diadakan bagi menambahkan kesedaran di kalangan pengguna tempatan mengenai seterika Morphy Richards (MR).

MR telah memperkenalkan seterika kawalan elektrik pada tahun 1939, dan pada satu ketika dahulu, pernah menjadi pemimpin pasaran dunia. Jenama ini pulih semula setelah memperkenalkan rangkaian seterika bermutu tinggi yang inovatif untuk meningkatkan semula keyakinan pelanggan supaya seterika MR menjadi pilihan pertama mereka. Fokus peraduan ini adalah pada sejarah dan kemasyhuran MR dalam membuat peralatan rumah yang berprestasi tinggi, terutamanya seterika elektrik.

Tempoh pertandingan ialah dari 15 Mac hingga 31 Mei 2018.

Cara menyertainya:

Pelanggan boleh menyertai peraduan ini dengan menangkap gambar-gambar seterika vintaj MR dan poskannya di Facebook Morphy Richards. Hadiah-hadiah bernilai RM33,833.00 bakal dimenangi, oleh itu lebih baik anda mula mencari seterika vintaj MR sekarang juga!

Anda dipelawa mengunjungi Facebook Morphy Richards: https://www.facebook.com/MorphyRichardsMalaysia/ untuk keterangan lanjut.

Pecahan butir hadiah-hadiah untuk dimenangi dari Morphy Richards adalah seperti berikut:-

  • Hadiah Utama (bernilai RM12,668.00):
    1. Cerek ‘Rose Gold’ Morphy Richards
    2. Pembakar Roti ‘Rose Gold’ Morphy Richards
    3. Pembancuh ‘Espresso’ Morphy Richards
    4. Pengisar Pelbagai Morphy Richards
    5. Seterika Penjana Stim Morphy Richards
    6. Papan Seterika Bermutu Tinggi Morphy Richards
    7. Pembersih Vakum ‘Supervac Deluxe’ Morphy Richards
    8. Pembersih Stim 9 dalam 1 Morphy Richards
    9. Kipas Menara Prisma Morphy Richards
    10. Pendingin Udara Sejatan Morphy Richards
    11. Pendingin Wain 46 botol Belling
  • Hadiah Naib Johan Pertama (bernilai RM8,271.00):
    1. Cerek ‘Rose Gold’ Morphy Richards
    2. Pembakar Roti ‘Rose Gold’ Morphy Richards
    3. Pembancuh ‘Espresso’ Morphy Richards
    4. Pengisar Pelbagai Morphy Richards
    5. Seterika Penjana Stim Morphy Richards
    6. Papan Seterika Bermutu Tinggi Morphy Richards
    7. Kipas Menara Prisma Morphy Richards
    8. Pendingin Wain 18 botol Belling
  • Hadiah Naib Johan Kedua (bernilai RM5,714.00):
    1. Cerek ‘Rose Gold’ Morphy Richards
    2. Pembakar Roti ‘Rose Gold’ Morphy Richards
    3. Seterika Penjana Stim Morphy Richards
    4. Papan Seterika Bermutu Tinggi Morphy Richards
    5. Pendingin Wain 18 botol Belling
  • Hadiah Saguhati x 20 pemenang (bernilai RM7,180.00):
    1. Seterika Stim Turbo Morphy Richards

Pemenang akan diumumkan di Facebook MR pada bulan Jun 2018.

Selain daripada Morphy Richards dan Belling, jenama lain di bawah Kumpulan Syarikat Pensonic adalah Lebensstil Kollektion, Cornell dari USA, Indesit and Gaggia dari Italy, dan Princess dari Holland.

Mengenai Pensonic

Kumpulan Syarikat Pensonic diasaskan pada 1965 sebagai Keat Radio Co. Sdn. Bhd. Jenama Pensonic telah ditubuhkan pada tahun 1982 setelah peniagaan syarikat bertambah maju. Kini, Pensonic merupakan pengedar Peralatan Elektrikal Rumah yang terkemuka di Malaysia.

Dengan Pensonic sebagai jenama terasnya, Kumpulan Pensonic juga mengedarkan produk peralatan rumah jenama-jenama terkemuka seperti Lebensstil Kollektion, Cornell dari USA, Indesit dan Gaggia dari Italy, dan Princess dari Holland.
Disahkan ISO 9001-2000 sejak tahun 2002, Pensonic disokong oleh pelbagai kemudahan perkilangan, gudang, bilik pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang lengkap, mempunyai rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10 cawangan dengan lebih daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk Pensonic dieksport ke lebih daripada 30 buah negara di ASEAN dan Timur Tengah.

Anda dijemput melayari laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page, laman sesawang Pensonic: https://www.pensonic.com/ atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770 untuk maklumat lanjut.

Mengenai Kumpulan Syarikat Glen Dimplex

Glen Electric telah ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Martin Naughton dan empat rakan sekerja di Newry, Ireland Utara. Perniagaan baru ini, yang mempunyai 7 pekerja, memulakan perniagaan baru membuat radiator yang menggunakan minyak.

Dengan pemerolehan Dimplex pada tahun 1977, iaitu sebuah syarikat yang saiznya lapan kali lebih besar dari Glen dan jenama peneraju dalam pemanas elektrik, cita-cita pasukan pengurusan muda Glen Dimplex telah tercapai. Kini, kedudukan Kumpulan Syarikat Glen Dimplex sebagai peneraju dunia dalam pemanas elektrik pintar dan solusi tenaga boleh baharu tidak dapat dipertikaikan. Kumpulan ini juga berada di kedudukan yang tinggi di pasaran global dalam peralatan rumah, pendinginan dan pengudaraan.

Kami mempunyai kemudahan pengilangan di seluruh dunia dan memberi perkhidmatan untuk pasaran domestik dan komersial global dengan rangkaian solusi pintar karbon rendah bagi pemanasan ruang dan air.
http://www.glendimplex.com/

Mengenai Morphy Richards

Morphy Richards (MR), jenama di bawah Kumpulan Syarikat Glen Dimplex, telah meraikan tahun ke-82 pemasaran peralatan domestik kecil pada tahun 2018. Sejak dahulu sehingga sekarang, semasa Donal Morphy and Charles Richards mula-mula mendaftarkan syarikat mereka, jenama ini sentiasa menghasilkan peralatan moden yang inovatif. Kini, jenama ini amat popular sehingga anda akan menjumpai sekurang-kurangnya satu peralatan Morphy Richards di 90% dari rumahtangga British.

Jenama ini menjual lebih daripada 4 juta peralatan setiap tahun, dan berbangga dengan rangkaian produk yang lengkap dengan cerek, pembakar roti, ‘slow cooker’, pembancuh kopi, seterika, penjana stim, pembersih vakum dan pemproses makanan.

Peningkatan berterusan dan pengoptimuman dalam reka bentuk dan fungsi bermakna setiap peralatan Morphy Richards memberikan prestasi cemerlang manakala membantu mengurangkan penggunaan tenaga.

http://www.morphyrichards.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/MorphyRichardsMalaysia/
Lokasi kedai-kedai MR di http://www.morphyrichards.com.my/store-locator .

Mengenai Belling

Belling adalah amat penting dalam masakan British sejak seabad yang lalu dan kami berbangga untuk menyatakan bahawa empat generasi tukang masak telah membesar dengan peralatan Belling di dapur mereka.

Ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Charles Reginald Belling, sekarang Belling merupakan salah satu di antara jenama peralatan memasak yang terkenal dan paling lama di UK. Reputasi terunggul ini dibina di atas kebolehan membuat peralatan inovatif, bermutu premium dan mesra keluarga.

Hari ini, Belling berbangga menjadi sebahagian daripada pembuat peralatan memasak yang terbesar dan masih beroperasi di UK, membuat peralatan British yang unik, khas untuk tukang masak British. Ketuhar ruang serbaguna jenama ini bukan sahaja mempunyai rekabentuk yang menawan, malah membolehkan pengguna memasak pelbagai makanan yang menyelerakan pada masa yang sama.

Inovasi merupakan salah satu daripada sempadan yang sedang kami langkaui, dengan komitmen untuk menyampaikan kecekapan, kualiti dan kebolehpercayaan dalam setiap produk.

http://www.belling.co.uk
http://www.belling.com.au

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s