Cantik Dara Sdn Bhd Umum Penjenamaan Semula

Syarikat kecantikan Cantik Dara Sdn Bhd yang beroperasi di Shah Alam telah merombak semula hala tuju dan pelan strategik pemasaran rangkaian produk kecantikan dan penjagaan kulit dengan melakukan penjenamaan semula.

IMG_20180404_155452

Pelan syarikat itu dikongsi bersama wakil media dan penulis blog di dalam satu majlis persidangan media di Kuala Lumpur pada 5 April lalu.

Penjenamaan semula produk kecantikan dan penjagaan kulit keluaran Cantik Dara dilakukan menerusi pembungkusan baru serta rangkaian produk baru.

IMG-20180404-WA0017

Persidangan media itu diserikan lagi dengan kehadiran pelakon Nur Risteena Munim Zainul Ilyas yang juga Pengarah Urusan Cantik Dara Sdn Bhd. Sebagai salah seorang pemegang saham Cantik Dara, beliau bakal menentukan operasi dan pelaksanaan syarikat dalam usaha mengetengahkan serta meluaskan lagi jenama dan produk Cantik Dara di dalam pasaran.

Menurut Risteena, beliau berhasrat untuk mengetengahkan satu produk kecantikan dan penjagaan kulit tempatan yang berkualiti pada harga mampu milik untuk kegunaan semua.

“Saya cuba gunakan sendiri produk ini dan saya dapat rasakan kesannya. Sejak menggunakan produk Cantik Dara ini, kulit saya sudah semakin bebas masalah. Itulah yang memberikan keyakinan untuk saya membantu mereka di luar sana yang turut mengalami masalah kulit serta memliki kurang keyakinan diri untuk muncul di khalayak ramai.

Saya juga mahu memberi peluang kepada segilintir masyarakat untuk menjana pendapatan bersama Cantik Dara dengan menjadi agen serta stokis. Saya yakin dengan kualiti produk ini, ia bukan sahaja akan laris serta mendapat sambutan, bahkan mampu membantu agen dan stokis Cantik Dara untuk meningkatkan taraf kualiti hidup mereka.”

Untuk makluman, rangkaian produk Cantik Dara dijamin bebas dan selamat daripada bahan kimia dan bahan terlarang kerana ia telah dihasilkan di Melaka Biotechnology Corporation (Melaka Biotech). malah produk yang halal serta sah wudhu ini turut mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terdapat LIMA rangkaian produk Cantik Dara iaitu:

  • Sabun Habatus Sauda
  • Serum Moisturizer Apple Stemcell
  • CC Cream Foundation Full Coverage Natural Color
  • Lip Matte
  • Mascara

Dalam pada itu,  pihak pengurusan Cantik Dara juga turut berbesar hati dapat melancarkan Applikasi Cantik Dara mengguna teknologi e-KUT. Dengan adanya aplikasi kecantikan itu, Cantik Dara adalah produk kecantikan dan penjagaan kulit tempatan PERTAMA di dunia yang mengunakan teknologi seumpama ini yang mana ia dapat memberikan pegalaman baru buat pengguna untuk mendekatkan diri dengan produk Cantik Dara menerusi paparan video.

Selain mengetengahkan info produk, pengguna juga berpeluang untuk mengetahui cara penggunaan produk Cantik Dara dengan lebih efisien dan mendalam lagi menerusi paparan-paparan video tutorial yang turut dikongsi dalam aplikasi itu.

Bukan itu sahaja, menerusi aplikasi ini juga pengguna berpeluang membuat pembelian produk Cantik Dara menerusi link laman web yang turut disertakan iaitu http://www.cantikdara.biz

Orang ramai yang berminat untuk menajdi agen dan stokis produk Cantik Dara Beauty & Skincare, anda sangat dialu-alukan. Anda boleh berurusan dengan pihak pengurusan menerusi talian 03-78325333 ataupun emal:info@cantikdara.com

Layari www.facebook.com/cantikdara atau www.instagram.com/cantikdara.official

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s