CLEAR Superfresh Apple Bantu Hijabista Atasi Masalah Kulit Kepala dan Rambut

Wanita Hijabista, kini masalah kelelumur tiada lagi dengan CLEAR Superfresh Apple. Rambut juga kekal segar dan harum dengan bauan epal.

IMG_20180316_152704

CLEAR memahami masalah kulit kepala dan rambut yang sering dihadapi oleh mereka yang berhijab. Dengan keadaan cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia, apatah lagi mengenakan hijab yang tebal serta tidak telap udara dalam tempoh yang lama menyebabkan mereka yang berhijab ini cenderung mendapat masalah kulit kepala berminyak, kulit kepala gatal-gatal, timbulnya kelelumur yang berkuping menyebabkan mereka mudah berasa malu, tidak selesa dan kurang keyakinan diri.

Maka terciptalah CLEAR Superfresh Apple yang baharu, iaitu syampu anti-kelelumur diformulasi dengan teknologi Nutrium 10 dan wangian epal segar. Nutrium 10 ini mengandungi pelbagai ramuan nutrien, vitamin dan mineral yang meberi nutrisi kepada kulit kepala untuk perlindungan daripada kelelumur terus-menerus dan menghalang kemunculan semula kelelumur. Superfresh Apple turut mejadikan rambut kekal segar dan harum berkekalan dengan wangian epal untuk tempoh 24 jam.

“Sebagai salah satu peneraju dalam bidang penjagaan kulit kepala, CLEAR memberi penyelesaian untuk penjagaan rambut dan kulit kepala yang bukan sahaja menangani simptom-simptom kelelmur, tetapi turut menutrisi rambut dari akar hingga ke hujungnya dan kulit kepala  serta menghilangkan kelelumur. Di CLEAR kami memahami bahawa setiap individu memerlukan penjagaan kulit kepala yang berbeza, maka dengan itu kami telah menghasilkan formulasi-formulasi untuk memenuhi keperluan rambut dan kulit kepala yang berbeza. Superfresh Apple yang baharu telah diformulasi untuk kaum wanita terutamanya hijabista untuk melegakan kegatalan, menghilangkan sebum berlebihan dan keruping kulit kepala sambil memberikan mereka kesegaran dan haruman wangian segar epal yang berkekalan dan keyakinan baharu mereka.

Kami percaya kelelumur bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan wanita yang tidak berhijab, tetapi ia turut memberi kesan kepada hijabista. Kami mahu pengguna berasa yakin dan cantik tidak kira di mana sahaja, kerana kulit kepala yang sihat dan rambut yang segar bole menjadikan mereka lebih ceria dan bertambah yakin. 

Kaum wanita terutamanya hijabista haruslah mengguna syampu penjagaan kulit kepala yang baik supaya mereka kekal kelihatan anggun bergaya sepnjang hari, terutamanya dalam keadaan cuaca panas yang biasa kita hadapi. Diformulasi khas untuk memenuhi keperluan hijabista, CLEAR menawarkan penyelesaian untuk penjagaan kulit kepala serta kesegaran 3 kali ganda tanpa kelelumur, tanpa minyak, tanpa kegatalan serta wangian epal segar yang berkekalan. Dengan CLEAR Superfresh Apple, anda boleh menggayakan rambut anda yang bersih dan segar dengan penuh keyakinan!”

-Phoenix Ho, Pengurus pemasaran Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

CLEAR Superfresh Apple boleh dibeli pada harga RM19.50 (340ml) di semua pasar raya, pasar raya besar, farmasi utama dan pengedar sah di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s