GUARDIAN Botaneco Garden Trio Oil Bantu Kurangkan Masalah Kelelumur

Memang stress kalau ada kelelumur sebab rambut jadi gatal-gatal dan tidak selesa. Nasib baik ade penyelesaian daripada Botaneco Garden Trio Oil. 

 

IMG_20180329_131610

Diilhamkan dari alam semula jadi,  syampu dan perapi anti-kelemumur rangkaian Trio Oil Organik Botaneco Garden ini dikonseptualisasikan, dimajukan, dihasilkan dan boleh didapati secara eksklusif di Guardian .

Rangkaian anti-kelemumur ini adalah pilihan pengguna yang mempunyai kesedaran mengenai eko yang menggemari syampu dan perapi harian yang lembut namun berkesan untuk menangani kelemumur .

BotanecoGardenTrioOil-Anti-dandruff_02

Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Alfonso Roderos (kanan) menjelaskan bahawa syarikat mengalami perkembangan pesat yang seiring dengan segmen penjagaan rambut dan kulit melalui jenama-jenama seperti Botaneco Garden.

“Keperluan, nilai dan jangkaan pengguna produk kecantikan akan semakin cenderung dan prihatin terhadap kesihatan dengan mencari formula yang bebas dari bahan kimia berbahaya serta lebih menekankan kepada pilihan yang mesra alam, bebas daripada kekejaman, menawarkan pengalaman yang baik dan memberi tumpuan kepada keperluan untuk pengalaman jenama yang lebih tulen dalam kehidupan sebenar, dan melalui platform digital. “

Roderos juga menambah jenama Botaneco Garden berkembang pesat selaras dengan peningkatan minat pengguna terhadap bahan mesra alam. Jenama ini kini mempunyai 43 produk sejak diperkenalkan pada tahun 2013.

“Trend global yang semakin meningkat bergerak ke arah produk yang lebih lembut dan mesra alam sekitar . Produk-produk ini sering menggunakan bahan mesra alam, berasaskan organik, dan mampan. Sudah menjadi satu kebimbangan global untuk mengurangkan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar serta memberi keyakinan terhadap kualiti proses yang dibawa . Dengan Botaneco Garden, Guardian dapat memberikan apa yang diingini oleh pengguna pada harga yang berpatutan dengan jaminan produk yang diuji secara dermatologi dan terbukti dengan kualiti, bahan-bahan yang terjamin eko.”

Terdapat EMPAT kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden:

  1. Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi dan Aloe Vera sebagai bahan utama
  2. rangkaian premium Minyak Argan dan Minyak Zaitun Organik
  3. rangkaian Botaneco Garden Baby yang menggunakan Chamomile dan Koloid Oatmeal yang terjamin eko untuk rangkaian bayi yang lembut dan berkesan
  4. rangkaian Trio Oil Organik yang menggunakan Trifecta 100% minyak yang dijamin eko – Babassu, Baobab dan Chufa.

Kebanyakan produk Botaneco Garden mempunyai formula bebas dari Parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin & DEA untuk rumusan yang unik dan prihatin bagi kulit, rambut, dan juga alam sekitar.

Setiap produk dalam rangkaian Trio Oil Botaneco Garden mempunyai LIMA pelembap – TIGA minyak utama, dan dua lagi yang dipilih kerana fungsi khusus mereka untuk rambut dan kulit.

Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Oil Organik Botaneco Garden diperkaya dengan Jojoba dan minyak kelapa. Manfaat pelembab dari rangkaian ini menjadikannya lembut dan berkesan dalam mengurangkan pembentukan kelemumur yang biasanya disebabkan oleh pengeringan kulit yang berlebihan dan aktiviti kelenjar minyak yang berlebihan .

Kajian penyelidikan menekankan manfaat minyak jojoba sebagai bahan pelembab. Secara tradisional minyak jojoba telah digunakan untuk rambut di Amerika Latin dan rawatan kecantikan sebagai perapi kulit dan rambut . Ia terkenal dengan penyerapan yang cepat .

Minyak kelapa mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kelembapan rambut dengan baik . Ia telah digunakan secara tradisional untuk kulit dan perapian rambut, dan untuk mengurangkan tanda-tanda kelemumur dengan mengurangkan keadaan kulit kering.

Kadar tinggi pengunaan syampu menjadi pasaran terbesar bagi kategori pejagaan peribadi, mewakili 37% daripada jumlah pasaran penjagaan rambut antarabangsa . Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, penggunaan syampu mungkin lebih tinggi daripada purata global kerana kebanyakan rakyat Malaysia cenderung untuk mencuci rambut setiap hari.

“Dengan Botaneco Garden, kami telah mencipta keseimbangan antara alam semula jadi dan sains yang menyediakan rutin penjagaan rambut yang lembut dan prihatin, walaupun untuk kulit kepala dan rambut yang cenderung untuk menghidapi kelemumur. Lima pelembab dalam produk Botaneco Garden menangani kulit kepala kering, iaitu penyebab kelemumur yang paling kerap. Penggunaan minyak pati seperti pudina, mentol dan minyak pokok teh yang secara tradisinya digunakan untuk mengurangkan kepingan kelemumur selari dengan faedah-faedah pelembab dalam rangkaian Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden.”

– Michelle Yeap, Pengurus Produk, Kesihatan & Kecantikan Kumpulan

Ciri-ciri Minyak Pokok Teh telah dikaji dan diuji dalam ujian makmal untuk keberkesanannya dalam mengurangkan pembentukan kelemumur, dan memperbaiki keadaan kulit kepala dan rambut. Pudina mengandungi mentol, selenium dan zink yang dibuktikan sebagai bahan anti empingan .

“Bagi mereka yang mempunyai kelemumur, ambil perhatian bahawa ianya tidak boleh sembuh tetapi dapat dikurangkan. Penggunaan harian dari rangkaian penjagaan rambut anti-kelemumur yang lembut dan diilhamkan daripada alam semulajadi seperti Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden boleh membantu mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur, sambil menjadikan rambut halus dan lebih mudah diurus. Apabila rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang lebih baik, pengguna boleh bertukar kepada syampu dan perapi yang lembut untuk penggunaan harian, dengan rangkaian anti-kelemumur yang sedia ada jika keadaan itu kembali.”-Yeap.

Syampu dan Perapi Anti-Kelemumur Botaneco Garden Organic Trio Oil berharga RM19.90 setiap satu, dan boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara, dan melalui e-store Guardian www.guardian.com.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s