Jom ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’

Bukan sahaja boleh menang hadiah bernilai RM200,000, malah boleh mendapat kereta Nissan X Trail dan bermacam-macam produk peralatan rumah Pensonic!


Pensonic telah melancarkan Kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ dengan lebih banyak ganjaran-ganjaran hebat sebagai tanda terima kasih kepada pengguna di atas sokongan mereka.

Kempen Chef’s Like Pensonic misalnya pada tahun-tahun sebelum ini amat popular kerana ia seperti pesta bagi pengguna produk Pensonic. Terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas memasak bersama Cef Selebriti Dato Cef Haji (DCH) Ismail yang menyeronokkan, peraduan ‘Raya Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’. Musim ketiga rancangan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ Berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta walaupun ia disiarkan hanya di TV3.

Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ bakal ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018. Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018.

Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:
1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
2. ‘Like’ Facebook Pensonic & poster peraduan.
3. ‘Share’ poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.

Nota: Pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini. Selalulah kunjungi FB Pensonic  jika anda ingin mengetahui senarai hadiah-hadiah istimewa yang akan dipaparkan.

Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, hadiah Istimewa termasuklah:
1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
2. TV LED 43″ Pensonic
3. Pendingin Udara Pensonic4.
4. Ketuhar 45L Pensonic
5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic
6. Penyaman Udara

Pemenang Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.

Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!

Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini.

Artis-artis tempatan bersama-sama dengan cef kegemaran anda Dato Cef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang. Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah  Zainul Ilyas, Ika Nabila Abdul Rahim dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.

“Tujuan produk-produk Pensonic wujud adalah untuk pengguna menikmati hidup dengan sepenuhnya dan membantu anda meluangkan masa dengan mereka yang tersayang, terutamanya keluarga anda. Tiada perkara yang lebih memuaskan hati daripada memasak hidangan-hidangan anda sendiri dan berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Oleh itu, kami berharap supaya anda mempunyai pengalaman yang menyeronokkan apabila anda memasak untuk mereka yang tersayang. Resipi-resipi DCH Ismail dalam rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ dan Kelas-kelas Memasak ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’, termasuk produk-produk Pensonic, tentu akan membuat pengalaman memasak satu perkara yang menyeronokkan.”

-Pengarah Executive Kumpulan Pensonic, En.Nelson Chew.

Beliau menambah,

“Tahun ini juga, kami bekerjasama dengan peniaga-peniaga untuk mengadakan ‘Kelas-kelas Memasak Secara Langsung’ (Live Cooking Classes) di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Lokasi kelas-kelas memasak ini akan dipaparkan di Facebook Pensonic, oleh itu anda dipersilakan supaya mengikuti (follow) kami di Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam kelas memasak ini dapat membawa pulang hidangan lazat yang telah mereka sediakan dalam kelas memasak, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM450.00, termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!

Satu lagi berita menarik ialah peserta-peserta Kelas Memasak juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000.00 apabila mereka menonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’, dan menyertai peraduan Beli, Tonton & Menang. Jadi, segera ke laman Facebook Pensonic untuk mengetahui lebih lanjut!”

Pensonic, bersama-sama dengan DCH Ismail, inginkan rakyat Malaysia menikmati hidangan-hidangan berkhasiat yang dimasak di rumah, meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan mengamalkan kehidupan yang sihat.

Resipi-resipi dalam rancangan ini mudah disediakan, menggunakan bahan-bahan yang biasanya boleh didapati dalam kebanyakan rumahtangga di Malaysia. Keasyikkan DCH Ismail, resipi-resipi yang sedap dan masakan yang dipermudahkan dengan menggunakan produk-produk Pensonic, sudah pasti akan mendorong anda untuk memasak makanan ‘gourmet’ anda sendiri!

Kami mengesyorkan supaya anda meluangkan sedikit masa menonton rancangan masakan kami. Anda akan belajar bagaimana untuk memasak seperti seorang ‘Chef’, serta berpeluang memenangi produk-produk Pensonic yang hebat untuk kediaman anda dengan menyertai Peraduan Facebook Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.

Dengan produk Pensonic di rumah anda yang membolehkan anda menikmati hidangan lazat yang mudah disediakan, bersedialah untuk bergembira.

Anda dijemput melayari laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page, laman sesawang Pensonic: https://www.pensonic.com/ atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s