Aroma Mocktail Jadi Inspirasi SAFI SHOWER

Dengan rangkaian SAFI SHOWER ini, saat mandi kini jadi lebih bermakna. Setiap buih yang terhasil membawa bersama haruman yang tenang serta menyegarkan, sambil membelai kulit agar lebih lemut, licin dan lembap.

 

SAFI, rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30 tahun adalah jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER.

Rangkaian gel mandian ini diinspirasikan daripada keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit digabung dengan manfaat alam semla jadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria. Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberi perlindungan harian kepada isi keluarga.

Nuansa SAFI SHOWER hadir dengan keunikan tersendiri. Adunan segar kelazatan mocktail yang hadir dalam botol dengan rona tropika-kuning, jingga, merah jambu dan hijau sangat menarik perhatian dan menceriakan suasana dalam bilik mandi.

Bentuk pam yang ergonomik memberikan anda kawalan menyeluruh sewaktu mengguna gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga.

Ia boleh didapati dalam DUA bentuk formulasi iaitu gel dan krim mandian yang dihasilkan mengikut cita rasa ramai. Serai Lime Splash dan Passion Honey Extract adalah gel mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang seimbang manakala Kokonut Shake serta Berry Smoothies dalam bentuk krim yang diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol serta bebas paraben.

Rangkaian terbaharu ini hadir dalam EMPAT variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan seisi rumah. Ia juga boleh didapati dalam pek isian semula (850g).

  • Serai Lime Splash
    -Untuk ‘layanan’ ala tropika yang sebenar, gabungan ramuan segar serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan antibakteria semula jadi tetapi mampu memberi ketenangan dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan setiap deria anda!
  • Passion Honey Frost
    -Bagi yang mengimpikan belaian romantis ala bulan madu di pantai, kemanisan madu yang dipadankan dengan kesegaran buah markisa bukan sahaja menghangatkan suasana, malah memberikan kulit anda kelembapan berganda apabila dibilas bersama ketika mandi
  • Kokonut Shake
    -Berehat dan bermanja tidak lengkap tanpa merasai kesegaran minuman air kelapa. Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkn kulit malah menjadikan permukaan kulit anda kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri!
  • Berry Smoothies
    – Buat si pengembara yang ingin berasa seperti berada di tepi kolam renang, gabungan strawberi, limau dan barli memberikan manfaat pencerahan semula jadi. Kini anda boleh keluar bersantai sambil menikmati sinaran matahari dengan lebih yakin!

Rangkaian SAFI SHOWER ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasar raya hyper. Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau RM12.90 (850g pek eko isian semula).

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat, anda boleh menjimatkan masa melalui penghantaran SAFI SHOWER terus ke pintu depan dengan melayari https://shopee.com.my.

Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/SAFI.MY atau Instagram:@safimalaysia, laman youtube:www.youtube.com/safimalaysia dan http://safi.com.my/

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s