Enaknya Nasi Lemak Cajun dan Creamy Durian Special di Just Seafood

Anda suka makan kepah,kupang, ketam. sotong mahupun kerang yang besar-besar dan segar-segar?

Kalau jawapan anda Ya, jom singgah dan rasa menu hidangan laut di restoran makanan laut Just Seafood.

Terletak di aras bawah pusat beli-belah Sunway Giza, Kota Damansara, restoran yang dimiliki oleh Terence Ham ini sememangnya hanya menyediakan hidangan berasaskan seafood sahaja dan tidak menyediakan sebarang menu berasaskan daging.

IMG_20180410_132907

Menu yang istimewa dan terkenal di restoran dua tingkat ini adalah Nasi Lemak Cajun, satu hidangan stail cajun yang tidak boleh dijumpai di mana-mana restoran. Makanan laut seperti ketam, kupah, kerang, udang, sotong kembang dan ketam dengan sedikit lobak, ubi kentang, bawang, ikan bilis serta kacang digaul bersama sos istimewa sebelum dihidangkan di atas kertas putih yang dibentangkan di atas meja. Sos yang digunakan sebagai sambal ternyata enak dan menjadikan sajian makanan laut ini satu hidangan yang sangat menyelerakan!

Jika anda ingin menambah petai, sayur brokoli dan siput sedut bersama hidangan sedia ada,  boleh berbuat demikian di menu Add On.

nfd

Satu lagi menu yang sangat recommended di restoran Just Seafood adalah Creamy Durian Special. Jika makanan laut Nasi Lemak Cajun digaul bersama sos istimewa, makanan laut untuk Creamy Durian Special pula digaul dengan isi durian. Memang  sangat sesuai bagi ‘hantu’ durian. Kemanisan isi durian dicampur dengan makanan laut yang segar, ternyata menjadikannya satu sajian yang hebat dan meningkatkan selera!

Menariknya restoran Just Seafood ini, jika anda datang berempat, anda tidak terikat untuk membeli set hidangan empat orang. Anda boleh sahaja memilih set untuk dua orang, sudah memadai.

Harga setiap set untuk:

  • 2 pax-RM119 ++
  • 4 pax-RM219++
  • 8 pax-RM429++

Selain itu, Just Seafood juga menyediakan salad, tiram, gorengan, menu berasaskan ikan, Golden Salted Egg dan bermacam-macam hidangan yang sudah tentunya menyelerakan!

Oleh itu pastikan anda datang ke restoran ini bersama perut yang kosong. Jika anda datang dengan perut penuh, anda pasti terkilan dan merasa rugi kerana tidak dapat menikmati keenakan makanan di sini.

Kemudahan:

  • Tandas
  • Ruang makan yang luas, tidak perlu beratur lama untuk membuat pesanan
  • Ruang majlis persendirian
  • Mudah akses dengan bas dan MRT

Alamat:

A-9-G, Sunway Giza Mall,

Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway,

Kota Damansara

47810 Petaling Jaya

No tel: 017-2295005 (Terence Ham)

Emel: terenceham@justseafood.com.my

FB:fb.com/justseafoodmy

IG:@justseafoodmy

Review:

Memang saya recommend untuk bawa keluarga, saudara mara dan teman-teman merasai kehebatan dan keenakan makanan di sini apatah lagi ia tidak menyediakan makanan berunsurkan daging, hanya makanan laut semata-mata. Sekali ke sini, pasti akan datang lagi dan lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s