AvatarOn Menambah Serikan Dinding Kediaman

Selalunya penutup soket di rumah hanya satu warna sahaja iaitu putih. Sudahlah warna dinding pun putih polos, tak menarik langsung. Tapi dengan adanya penutup soket AvatarOn dari Schneider Electric, dinding yang putih selama ini pastinya nampak berseri-seri.

Apa yang menarik sangat dengan penutup soket AvatarOn Schneider Electric?

Penutup soket AvatarOn ini dihiasi dengan pelbagai rekaan seni yang menarik malah ia boleh di ‘customise’ dengan gambar sendiri, gambar pemandangan dan apa jua gambar mengikut cita rasa masing-masing.

Mr. Sitao Ma, VP of Wiring Devices Asia Cluster of Schneider Electric China (second from left) and Mr. Francis Heng Business VP Retail of Schneider Electric Malaysia (third from left) (2

Schneider Electric, nama yang tidak asing lagi dalam Transformasi Digital Pengurusan Tenaga dan Automasi dalam kediaman, bangunan, pusat data, insfraktuktur dan indusri memperkenalkan AvatarOn, iaitu penutup soket bercorak dengan pelbagai rekaan dan warna.

Product Showcase (4)

Apabila digunakan dalam kediaman, penutup soket AvatarOn yang boleh didapati dalam reka bentuk plastik, kayu, logam, marmar dan kulit serta dicetak mengikut cita rasa pengguna,  menambahkan lagi keserian dekorasi hiasan dalaman.

Bercakap dalam majlis pelancaran yang diadakan di pusat beli-belah Bangsar, Francis heng, Business VP Retail, Schneider Electric Malaysia berkata:

“Rumah adalah gambaran sebenar diri kita sebagai individu, dan sebagai rakyat Malaysia, kita dipandu oleh kepekaan terhadap gaya.  Di Schneider Electric, kami memahami kemahuan rakyat Malaysia yang inginkan produk inovatif yang boleh disebatikan dengan apa jua gaya hidup yang diambil. AvatarOn adalah satu produk masterpiece untuk kediaman, digabungkan dengan keupayaannya beraksi, dengan ciri kebolehpercayaannya, tahan lama dan penjimatan tenaga, produk revolusi yang mempunyai gabungan estetik, fungsi dan praktikal menjadikannya satu produk yang bagus untuk hiasan dalama di rumah dan pejabat.”

Datang dengan teknologi “Slim Rocker, Sure Click” penutup soket dengan keseluruhannya direka bentuk secara nipis ini menjadikannya produk yang near-zero contact jitter, kurang percikan sekali gus menjadikan penggunaannya selamat. Bingkainya pula dihiasi dengan garisan halus rona kuning emas dan kayu putih lembut menambahkan lagi gaya moden dan elegan.

“Kami tahu gaya rekaan hiasan dalaman untuk rumah cepat berkembang ditambah dengan permintaan daripada gaya hidup yang semakin sibuk, maka kami mencipta produk inovatif AvatarOn yang mana penutupnya fleksibel dan mudah ditukar pada bila-bila masa untuk kesenangan mereka. Selain mempunyai penutup yang menarik, AvatarOn juga datang dengan aksesori seperti pemegang kunci dan soket pengecas USB untuk penggunaan seharian, sesuai dengan keperluan masa kini sama ada di rumah atau pun pejabat.”

Dalam majlis itu juga, Schneider Electric mengumumkan jalinan usahasama dengan Photobook Malaysia, pihak yang bertanggungjawab menghasilkan ‘customise’ rekaan untuk penutup soket AvatarOn dan kemudian mencetaknya. Ini adalah kali pertama usahasama diadakan di antara keduadua pihak dan secara tidak langsung menjadikan  Schneider  perintis pertama mengadakan usahasama ini.

Tahun lepas, Schneider telah menerima anugerah dalam iF Design Award, salah satu pertandingan antarabangsa dalam bidang reka bentuk yang terkenal di dunia. Produk revolusi penutup soket AvatarOn yang mudah ditukar menjadikannya satu produk yang mudah digabungkan dengan apa jua gaya hiasan dalaman yang diketengahkan.

Sempena pengenalan AvatarOn ini, Schneider telah mengadakan satu pertadingan reka bentuk bermula 1 Mac lalu dan bakal berakhir 30 April ini. Peserta perlu mencipta satu rekaan kreatif mereka di atas kanvas berukuran 85mm x 85mm. Ia terbuka kepada mereka yang profesional dan bukan-profesional dengan kedua-dua kategori tidak memunyai tema yang khusus.

10 rekaan terbaik bakal dipamerkan dalam Archidex 2018 dan juga menghiasi halaman muka surat Facebook Schneider Electric Malaysia. Hasil kreatif pemenang juga bakal dimasukkan dalam koleksi penutup  soket AvatarOn Edisi Terhad.

Schneider buat masa kini bergabung dengan TIGA institusi pendidikan yang mana pertandingan reka bentuk ini dijadikan sebagai daripada projek kursus mereka dala m menggalakkan lagi lebih ramai pelajar mengemukakan idea kreatif mereka. Institusi pendidikan itu adalah Universiti Teknologi Malaysia, Kolej Universiti First City dan Universiti Teknologi MARA. INTI Centre of Art and Design dan The One Academy turut mempromosikan projek tersebut kepada pelajar mereka.

Penutup soket AvatarOn ini boleh didapati melalui pengedar rasmi Schneider Electric yang terpilih bermula dengan harga RM21.

Untuk maklumat lanjut, layari www.schneider-electric.com.my/avataron

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s