Anda pelanggan tetap Guardian?
Tahun ini, sekali lagi anda berpeluang mengundi produk jenama kegemaran anda dan bakal memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM40,000!
Kali ini lebih 150 jenama dipertandingkan dalam 64 kategori
Anugerah apresiasi tahunan yang telah dilancarkan sejak 18 tahun lalu, telahpun bermula hari ini dan hanya berakhir pada 14 Mei 2018. Tahun ini, lebih 150 jenama bersaing dalam 64 kategori untuk anugerah yang menjadi rebutan itu.
Ms Shirley Ham, Pengurus Kanan, Pemasaran Digital (E-Dagang) Guardian Malaysia berkata:
“Ketika Guardian Malaysia mengkongsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengundi jenama kegemaran mereka.
Kami melihat anugerah tahunan ini sebagai cara kami menyumbang kepada pengukuhan hubungan di antara pemilik jenama dan pelanggan kami. Ia turut memberi penilaian yang tidak berat sebelah kepada pemilik jenama, kerana undian adalah daripada pelanggan yang benar-benar membeli dan menggunakan produk mereka.
Kini, 18 tahun kemudian, keperluan untuk terus berhubung dengan pelanggan dan memahami keperluan mereka adalah lebih penting daripada sebelumnya.”
Dikenali sebagai Most Voted Brands (MVB) Award, format undian tahun ini juga direka untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan pengguna, gaya hidup dan trend berbelanja yang pantas berubah! Mencerminkan gaya hidup digital majoriti pelanggan kini, proses undian masih dikendalikan dalam bentuk digital iaitu diadakan secara atas talian.
Soalan yang diberikan bertujuan membolehkan Guardian dan pemilik jenama untuk memahami tingkah laku keutamaan jenama dengan lebih baik, serta memberi gambaran kepada demografik dan segmentasi pelanggan.
Untuk pelanggan pula, hadiah-hadiah menarik berjumlah RM40,000 harus dimenangi!!
Hanya TIGA langkah mudah untuk mengundi:
- belanja
- undi
- hantar beserta kod pada resit
Semua pelanggan yang menghantar undian dengan kod resit yang sah berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 hadiah menarik yang ditawarkan, berupa baucar percutian dan baucar Guardian berjumlah RM40,000.
Berikut adalah senarai hadiah:
- Satu (1) hadiah utama iaitu baucar percutian bernilai RM10,000 dan baucar
Guardian bernilai RM2,000 - Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar percutian bernilai RM5,000 dan baucar
Guardian bernilai RM500 - Lima (5) hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000
- Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.
Unutk layak mengundi, pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM10 di mana-mana stor Guardian atau stor atas talian.
Seterusnya layari https://mvb.guardian.com.my.
Pengundian boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh 19 April sehingga 14 Mei 2018.
Peraduan ini dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan mesti menyimpan resit Guardian yang asli yang mengandungi nombor invois cukai, kod stor, tarikh dan amaun pembelian.
Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat lengkap mengenai anugerah dan pengundian, sila layari https://mvb.guardian.com.my/#/term.